Isnin, 3 November 2014

MAKANAN YANG MENCERDASKAN OTAK ANAK ANDA



Acapkali kita merungut mengapa anak kita tidak berjaya seperti anak orang lain? Mengapa anak kita sering gagal atau mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan? Mengapa anak kita tidak berjaya mendapat nombor satu di dalam kelas? Ini semua berlaku bukan kerana kurang usaha semata mata tetapi juga kerana mungkin otak anak anda kurang cerdas. Otak yang cerdas sangat diperlukan oleh kanak kanak lebih lebih lagi apabila mereka ingin menerima pelajaran yang diajar oleh guru guru mereka di sekolah.

Faktor pemakanan sangat penting sebenarnya dalam membuat otak anak anda cerdas ataupun tidak. Jika anda sering memberikan makanan yang tidak berkhasiat kepada anak anda seperti makanan yang berminyak dan  makanan ringan, bagaimana otak mereka mahu cerdas? Bagaimana anak anda mahu menerima pelajaran dengan mudah?

Di bawah ini saya mahu kongsikan beberapa makanan yang sesuai dimakan oleh anak anda untuk mencerdaskan otak mereka. Saya berharap anda dapat mengamalkannya di rumah dengan memberi makanan makanan yang berkhasiat sahaja untuk membantu mereka mencerdaskan otak.




untuk mencerdaskan otak
Telur


Pertama, makanan yang sesuai untuk mencerdaskan otak adalah telur. Telur adalah pembekal sumber protein yang sangat baik untuk anak anak anda. Oleh itu, berikan anak anak anda telur rebus setiap hari sebelum mereka pergi ke sekolah.

Mentega kacang

Kedua adalah mentega kacang. Kacang dan mentega kacang kaya dengan Vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membrane saraf. Mengapa begitu banyak sekali produk mentega kacang di pasaran? Kerana mentega kacang ini sesuai dimakan oleh anak anak anda untuk membantu mereka mencerdaskan otak sebelum pergi ke sekolah.

Bijirin

Ketiga adalah bijirin. Pernah dengar jenama Honeystar, Cococrunch, dan Cornflakes? Ini adalah bijirin bijirin yang sesuai dimakan oleh anak anak anda sebelum mereka ke sekolah. Mengapa? Ini kerana otak memerlukan tahap gula yang secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Oleh itu, pengambilan bijirin pada waktu pagi sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut.

strawberry

Keempat adalah buah buahan seperti buah strawberri dan ceri. Buah buahan seperti ini bukan sahaja mempunyai antioksida yang sangat berkuasa tetapi juga mempunyai Vitamin C yang mampu mengelakkan penyakit kanser. Jika anak anak anda mengambil buah buahan ini secara konsisten. Ini dapat membantu dalam memperbaiki daya ingatannya.


Kacang badam

Kelima adalah kekacang seperti kacang tanah dan kacang badam. Kekacang adalah makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

Sayuran

Keenam adalah sayur sayuran. Ini tidak perlu saya terangkan dengan lebih mendalam lagi kerana semua orang tahu tentang kebaikan sayur sayuran bukan? Untuk mencerdaskan otak anak anda, pilihlah sayur sayuran yang berwarna warni kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida, vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mampu mengekalkan sel otak yang kuat.

Yogurt

Ketujuh adalah susu dan yogurt. Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurontransmitter. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya menyarankan kepada anda untuk mengambil produk Omega Guard untuk membantu dalam kecerdasan otak dan minda anak anda. Di dalam Omega Guard terdapat banyak DHA untuk mencapai tujuan tersebut. Omega Guard dibuat daripada ikan laut dalam yang tulin dan diproses dengan menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini  Insha Allah… dengan izin Allah produk ini mampu membuatkan otak anda lebih cerdas dan mudah untuk menerima pelajaran.

Omege Guard


Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.



















9 ulasan:

  1. Omega Guard tu tablet ker? rasa macam mana? kalau macam gula2 takde perisa tu akak nak try bg anak akak. Tapi kalau jenis vitamin yg ada perisa anak akak x nak.Tapi kalau boleh campur susu takpe. Sekarang ni akak cuma bg mealshake ker kat anak. vitamin untuk otak akak bagi GXtra

    BalasPadam
  2. Kalau dulu2 zumal amalkan mesti pintar yer ;)

    BalasPadam
  3. Baik bagi omega guard je.. Insyaallah berkesan dan dijamin..
    PROJEK KURUS BERSAMA CIK VITA

    BalasPadam
  4. Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya.. Jalalboy

    BalasPadam
  5. mesti ramai mak-mak yang nak anak bijak kan? memang diakuilah pemakanan memang memainkan peranan yang besar dalam pertumbuhan kanak-kanak..

    BalasPadam
  6. sebahagiannya ada dalam senarai yang lain tak ada hua...ikan tak der ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kot sebab ikan kan pembekal protein....

      Padam
  7. Betul, makanan dalam gambar tu bagus encourage anak makan.
    Jangan disekat sangat makanan berkhasiat macam ni unless anak memang obes.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.