Isnin, 24 November 2014

‘KAKI’ HARIMAU MALAYA PATAH DI AWAL PERLAWANAN


Sumber : Google

       
            Perlawanan antara pasukan bola sepak negara – Harimau Malaya menentang Myanmar semalam berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Mungkin pada pandangan sesetengah orang keputusan itu sudah dikira baik tetapi pada saya, sebagai seorang pemerhati sukan, keputusan itu  adalah satu keputusan yang teruk!

         Oleh sebab itulah saya tidak mahu menonton perlawanan itu semalam. Saya tidak mahu rasa kecewa singgah di sanubari saya apabila menonton anak buah Dollah Salleh itu beraksi di padang. Saya malu jika kekalahan menimpa mereka. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu menonton. Saya lebih suka mendengar berita sahaja untuk mengikuti perkembangan prestasi atlet atlet negara untuk Piala Suzuki AFF kali ini.


        Sebagai penulis blog yang sayang akan negaranya, bukan niat saya untuk memperlecehkan atlet atlet bola sepak kita. Tetapi jika beginilah prestasi  atlet atlet kita, siapa yang tidak malu? Sepatutnya pengakhiran perlawanan itu tidak boleh seri tanpa jaringan. Sepatutnya mesti 2-0! Mengapa? Kerana Myanmar bukannya satu pasukan yang kuat seperti Portugal! Jika hendak dibandingkan antara negara kita dengan negara mereka, siapa lebih hebat? Atlet atlet kita mempunyai banyak kelebihan yang diberikan untuk memenangi perlawanan itu tetapi mengapa keputusan tersebut jadi begitu? Di mana silapnya? Salah siapa?

        Atlet atlet negara kita tinggal di sebuah negara yang maju dan makmur seperti Malaysia sedangkan Myanmar, masih lagi menjadi negara dunia ketiga. Maksudnya, Malaysia mempunyai banyak kelebihan untuk memenangi perlawanan itu jika hendak dibandingkan dengan Myanmar. Jika dengan Myanmar pun kita sudah ‘langkah kiri’, bagaimana pula jika kita menentang Thailand, Indonesia dan Singapura? Bagaimana pula kita mahu berhadapan dengan pasukan antarabangsa seperti Korea, Jepun, Britain dan sebagainya?

          Saya tidak tahu apa masalahnya sehingga atlet atlet kita jadi seperti itu. Siapa yang harus kita salahkan sekarang? Atlet? Jurulatih? Persatuan sukan? Kementerian Belia dan Sukan? Atau Khairy Jamaluddin? Saya melihat prestasi sukan kita masih sama sahaja di bawah Khairy walaupun semua orang tahu Khairy adalah menteri yang berkarisma.  

         Oleh itu, satu jalan penyelesaian terbaik perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini. Sampai bila kita mahu lihat prestasi atlet atlet kita terus merundum dan merundum? Tidak mahukah kita melihat atlet atlet kita berjaya menjuarai Piala Dunia Fifa? Bukan hanya Piala Suzuki AFF! Itu bukan satu perkara yang mustahil sebenarnya. Kalau orang lain boleh, mengapa kita tidak boleh?

        Kesimpulannya, kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja melihat prestasi atlet kita semakin lama semakin merundum. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Tidak guna kita habis berjuta juta ringgit untuk kemajuan sukan kita namun tiada sebarang kejayaan yang membanggakan yang boleh kita kecapi. Saya yakin jika semua pihak berganding bahu untuk sama sama menyelesaikan masalah ini, satu jalan penyelesaian dapat dicari. Malaysia Boleh!!!  


4 ulasan:

  1. malu bila kalah tu perkara biasa...
    cuma kenapa MNH tak menonton? cuba tengok aksi mereka di padang dan ulas kelemahan mereka.. saya rasa agak tak adil kita bg ulasan based on score sahaja... Tak boleh bandingkan kekuatan Myanmar dgn Portugal, Jauh sgt larinya tu hehe.... Myanmar ada kekuatan sendiri. Mungkin depa lebih berdisiplin dalam training.

    BalasPadam
  2. Semalam sambil blogwalking, jeling tv, nampak berita pasal bola sepak aff, lepas tu pasal epl ke ape ntah... saya cakap kat adik ipar "nampak beza kan?" hehehehe

    BalasPadam
  3. Setiap atlet kita harus ada semangat cintakan negara daripada sekadar mengharap imbuhan semata-mata baru mereka boleh berjuang bersungguh-sungguh ^-^

    BalasPadam
  4. sy sempat tgk match malaysia lawan thailand time score 2-2 jer...pastu ke xtgk dah...huhuhuuhu

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.