Sumber : Google |
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai
610 000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada tahun
2008. Menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia,
kanser usus adalah kanser kedua dicatatkan paling banyak menyebabkan kematian
rakyat Malaysia
dengan anggaran 3 500 kes setahun.
Kanser usus merupakan kanser ketiga yang membunuh
ramai wanita selepas kanser payudara dan kanser serviks. Kanser ini juga paling
kerap dihadapi oleh kaum lelaki. Paling mengejutkan saya adalah, pengidap
kanser ini adalah dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas.
Kanser usus adalah kanser yang bermula dalam usus.
Usus adalah tempat di mana makanan kita bertukar menjadi najis dan digerakkan
kepada rektum. Rektum adalah usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan
rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan
nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga dikeluarkan daripada
tubuh badan dan dipanggil sebagai najis.
Punca punca terjadinya kanser usus
Ada banyak sebab sebenarnya seseorang itu terdedah
kepada penyakit ini antaranya ialah disebabkan umur yang telah lanjut.
Biasanya, orang yang berumur 50 tahun ke atas adalah orang yang sering mengidap
penyakit ini. Selain itu, kehadiran polip pada usus. Perlu diingatkan bahawa
kanser ini terjadi kerana kehadiran polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan
kanser ini tumbuh pada dinding usus besar dan sesetengah polip boleh bertukar
menjadi kanser.
Seterusnya, sejarah keluarga. Jika ada dalam kalangan
ahli keluarga anda yang mengidap kanser usus, risiko anda untuk mendapat
penyakit ini lebih tinggi berbanding orang lain. Selanjutnya adalah sebab
pemakanan. Pemakanan yang kaya dengan lemak, banyak daging dan kurang serat
adalah faktor utama kepada peningkatan penyakit ini.
Sebab yang kelima adalah jika seseorang itu pernah
mengidap penyakit kanser. Perlu diingatkan bahawa wanita yang pernah mengidap
kanser payudara, kanser ovari atau kanser uterus berpotensi untuk mengidap
kanser usus juga. Sebab yang keenam adalah rokok. Perlu diingatkan bahawa rokok
bukan sahaja penyebab kepada kanser lain tetapi juga asap rokok boleh
meningkatkan risiko mendapat penyakit ini.
Sebab yang ketujuh adalah obesiti, kurang bersenam,
dan kerap minum minuman beralkohol. Ketiga tiga sebab di atas adalah antara
punca punca menyebabkan kanser usus. Kajian menunjukkan bahawa banyak minuman
keras adalah punca kepada kanser usus. Individu obes juga berisko tinggi untuk
mendapat penyakit ini.
Tanda tanda anda mengidap kanser usus
Beberapa tanda yang perlu diberi perhatian jika
berlaku kepada anda. Jika tanda tanda yang saya tulis di dalam blog ini berlaku
kepada anda, saya sarankan supaya anda segera berjumpa doktor dengan kadar
segera untuk membuat pemeriksaan lanjut. Antara tanda anda mengidap kanser usus
adalah anda kerap buang air besar tetapi tetap rasa tidak puas, selalu sembelit
dan cirit birit secara berselang seli, najis berwarna kehitaman, berlaku
perubahan secara mendadak pada bentuk najis (najis mengecil atau menipis).
Selain itu, perut sentiasa memulas, hilang selera
makan secara tiba tiba, berat badan menurun tanpa sebab, selalu keletihan dan
jika keadaan terlalu serius, pengidap mungkin tidak dapat membuang air besar.
Cara mencegah kanser usus
Antara cara untuk mengurangkan risiko mendapat kanser
usus adalah sentiasa mengambil pemakanan yang seimbang, mengekalkan berat badan
yang normal, selalu bersenam, dan melebihkan pengambilan sayur sayuran dan buah
buahan.
Mencegah kanser usus dengan Shaklee
Selain daripada cara pencegahan di atas, saya juga
sarankan anda supaya mengambil produk produk keluaran Shaklee iaitu Vivix dan
Omega Guard untuk mencegah penyakit ini. Omega Guard adalah minyak ikan tulin
yang mengandungi Omega 3 yang mampu untuk mencegah penyakit ini. Vivix pula
mengandungi asid ellagik yang mampu untuk menghentikan kimia penyebab kanser,
anti virus dan anti bakteria.
Marilah sama sama kita berikhtiar untuk mencegah penyakit
ini dengan cara mengambil produk keluaran Shaklee iaitu Vivix dan Omega Guard di samping berdoa kepada Allah agar
menjauhkan kita dari penyakit penyakit yang merbahaya seperti ini.
Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh
dapatkannya melalui saya dengan cara :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram/wechat : 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala
Lumpur, Keramat, Bangi (seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan
seluruh Malaysia.
info menarik
BalasPadamMengubati kanser usus dengan shaklee, memang menarik..:)
BalasPadamowhhh vivix boleh merubat kanser yer. klu org dah kena kimo boleh lagi ke?
BalasPadamcara merawat resdung
Nau'zubillah , takutnya kanser yang merebak secara senyap ni
BalasPadam:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Selalunya kanser diketahui at late stage.
BalasPadamTu yang saya takutkan.
slm
BalasPadamsalam
BalasPadam