Sabtu, 31 Januari 2015

MALAYSIA DAN DUNIA MUNGKIN AKAN MENGHADAPI KRISIS

Sumber : Google

Pada 1 Februari, harga minyak akan turun dengan sangat rendah iaitu RM1.60 untuk RON95 dan RM1.90 untuk RON97. Ini berikutan desakan rakyat (termasuk saya) yang mahu harga minyak terus turun memandangkan kenaikan harga tersebut membebankan kehidupan kita. Pemimpin pembangkang khususnya Rafizi Ramli terus memainkan isu itu untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong mereka pada PRU yang akan datang.

Di saat kita semua rasa gembira di atas penurunan harga minyak itu, sedarkah kita bahawa kesan yang lebih buruk boleh melanda dunia dan Malaysia. Jika harga minyak terus murah, kos operasi syarikat pengeluar minyak seperti Petronas contohnya akan terus meningkat. Bagaimana Petronas mahu membayar kos operasi mereka seperti gaji pekerja di pelantar minyak sekiranya harga minyak terus rendah? Ingat, kos operasi mengeluarkan minyak di dasar laut adalah lebih tinggi berbanding kos operasi mengeluar minyak di darat seperti di negara negara Arab.

Jika harga minyak terus jatuh, syarikat syarikat pengeluar minyak di seluruh akan menjadi rugi. Oleh itu, kebarangkalian untuk syarikat syarikat pengeluar minyak untuk tidak mengeluarkan minyak dari negara mereka amat tinggi. Ini berikutan mereka mahu harga minyak menjadi tinggi terlebih dahulu di pasaran dunia barulah mereka akan mengeluarkan semula minyak mereka.

CERPEN : ADAKAH SAYA PERLU MEROMPAK?

Sumber : Google

          Suasana di Pasar Minggu pada pagi itu sungguh sesak dengan suara manusia yang terdiri dari pelanggan dan peniaga untuk melakukan urusan masing masing. Bagi yang jarang masuk ke Pasar Minggu itu, mungkin akan berasa tidak selesa dengan keadaan pasar yang kotor, basah dan bising itu. Berlainan pula yang biasa bertamu di pasar tersebut. Keadaan itu pasti sudah lali dalam hidup mereka.

         Di Pasar Minggu itu terdapat pelbagai barang yang boleh dibeli – makanan, pakaian, barangan dapur, perhiasan rumah, perhiasan diri, barangan basah, sayur sayuran, buah buahan dan banyak lagi. Pokok pangkalnya segala jenis barang yang diperlukan oleh orang ramai boleh didapati di pasar itu. Bukan sahaja barangnya banyak dan terdiri dari pelbagai jenis, malahan menawarkan harga yang murah pula sementelahan kualiti barang barang itu adalah rendah.

         Rata rata pengunjung yang datang ke pasar itu terdiri daripada warga kota kelas pertengahan. Warga kelas atasan pasti tidak suka datang ke pasar itu. Mereka lebih suka berkunjung ke pusat membeli belah yang mewah untuk mendapatkan barangan keperluan buat diri mereka. Oleh itu, bagi warga kota yang berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana, di pasar itulah mereka akan datang untuk mendapatkan barangan keperluan.

Jumaat, 30 Januari 2015

ANTARA SAYA DAN GROUP BLOGGER AREA

Banner Group Blogger Area

Saya mula menulis blog pada tahun 2012 tetapi aktif di awal tahun 2014. Ketika awal awal menulis blog dulu saya langsung tidak kisah akan traffik di blog ini. Waktu itu saya hanya mengulas tentang buku buku dan novel novel yang saya baca sahaja. Saya belum sedar lagi keseronokkan menjadi seorang blogger,

Di awal tahun 2014, barulah saya mula menyedari tentang kepentingan traffik untuk sesebuah blog. Saya mula mencari cara bagaimana untuk meningkatkan traffik blog saya. Sumber utama saya pada waktu itu adalah Google. Salah satu cara untuk saya meningkatkan traffik blog adalah ping entri saya di kumpulan kumpulan blogger yang ada di Facebook.

Kumpulan blogger yang awal saya temui adalah Kelab Blogger Ben Ashaari, Kelab Blogger Belia dan sudah semestinya Group Blogger Area  (saya tidak tahu mengapa pengasas group blogger ini tidak membenarkan saya menggunakan perkataan ‘Kelab’ Blogger Area). Saya mula ping entri saya di sana dan Alhamdulillah…traffik blog saya mula melihat peningkatan yang agak ketara.   

BLOG SAYA BLOG LUCAH?

Sumber : Google


Jika anda selalu singgah dan komen di blog saya, pasti anda perasan tentang perubahan yang berlaku setelah anda selesai memberi komen iaitu komen anda perlu mendapat kelulusan dari saya terlebih dahulu sebelum komen anda disiarkan. Sebelum ini, saya tidak membuat sebarang tapisan jika anda mahu komen di blog saya. Komenlah sebanyak mana yang anda mahu, katalah apa sahaja, kritiklah saya sekiranya anda rasa saya perlu dikritik, saya tidak akan menapis komen anda. 

Saya memberi kebebasan kepada anda untuk menyuarakan pendapat anda di blog saya dengan syarat tidak mencetuskan isu perkauman, tidak menghina mana mana pihak, tidak melanggar undang undang negara dan tidak melanggar hukum hakam Islam. Selain dari itu, tulislah apa sahaja yang anda mahu tulis. Saya tidak akan menapisnya.

Tetapi, kebebasan yang saya beri telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak hairan  dengan spammer spammer yang gemar spam di blog saya tetapi jangan spam perkara perkara lucah!

Khamis, 29 Januari 2015

USTAZ PERLU KURANG CAMPUR ISU POLITIK

Sumber : Google

Beberapa golongan agamawan ataupun ustaz sama ada tua atau muda perlu kurang untuk mencampuri bidang politik. Ini kerana, semakin ramai golongan ustaz yang mencampuradukkan isu politik di dalam ceramah agama akan menyebabkan masyarakat tambah berpecah belah. Sepatutnya seseorang ustaz itu perlu menyatupadukan masyarakat dan bukannya menggalakkan perpecahan.

Sebagai peminat dunia politik, pada saya tidak salah jika seseorang ustaz itu mahu menyelitkan isu politik ketika beliau berdakwah tetapi jangan sesekali berat sebelah! Kebanyakkan dari kita tidak adil dalam menyampaikan kebenaran. Kita hanya nampak kebaikkan di pihak yang kita sokong sahaja tetapi pihak yang kita lawan kita nampak keburukannya sahaja.

Oleh kerana tiada keadilan di situ, menyebabkan kumpulan yang ditentang mula berasa prejudis dan menimbulkan perasaan dendam. Inilah yang menyebabkan mengapa saya meminta agar mana mana ustaz di dalam negara ini supaya tidak campur isu politik sekiranya mereka tidak berupaya untuk menegakkan keadilan yang sebenar di dalam sesuatu isu.

SPRM PERLU TELUS DAN TULUS MENJALANKAN TUGAS



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditubuhkan di zaman Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berperanan sebagai badan yang membebaskan negara ini dari masalah rasuah dan mendakwa orang orang yang terlibat di dalam masalah itu. Peranan badan ini memang diiktiraf dan berauthoriti untuk menghapuskan rasuah yang boleh merosakkan negara.

Kita semua tahu akan keburukan rasuah kepada negara. Bukan itu sahaja, salah guna kuasa dan menggunakan wang negara atas kepentingan peribadi juga merupakan salah satu kesalahan rasuah sebenarnya. Oleh itu, SPRM yang diberi kuasa untuk menangani masalah ini perlu bertindak bagi memastikan individu individu terbabit tidak terus bermaharajalela dan gejala rasuah tidak terus berleluasa.

Walaubagaimanapun, sejak akhir akhir ini, kreadibiliti yang ada pada SPRM sering dipertikaikan kerana SPRM hanya menangkap individu yang terlibat di dalam rasuah hanya bertaraf ‘ikan bilis’ sahaja sedangkan individu yang bertaraf ‘jerung’ masih aktif menjalankan kerja kerja terkutuk itu dan masih bebas di luar sana.

Sebagai badan yang diberi kuasa untuk menghapuskan rasuah, SPRM tidak boleh memilih bulu dalam menjalankan tugasnya. SPRM perlu telus dan tulus dalam menjalankan tugas bagi membanteras rasuah di negara ini. Kita tidak mahu negara ini hancur dan musnah kerana rasuah yang dilakukan oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab.

SPRM perlu menangkap dan mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat di dalam rasuah tidak kira sama ada dia penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. SPRM tidak boleh membiarkan manusia manusia yang tidak bertanggungjawab ini bebas liar di luar sana oleh kerana dia adalah penyokong kerajaan dan rapat dengan kepimpinan tertinggi negara.

Jika SPRM terlalu memilih bulu, tidak telus dan tulus tatkala menjalankan tugas, nescaya negara ini akan sukar untuk bebas dari rasuah. Negara ini juga akan hancur lebur sekiranya individu yang terlibat di dalam rasuah tidak diambil tindakan ke atas mereka. Mereka akan terus melakukan rasuah untuk kepentingan diri mereka sendiri.   

Kesimpulannya, SPRM perlu telus dan tulus ketika menjalankan tugas. Tangkap sahaja mana mana individu yang terlibat di dalam rasuah tanpa memilih bulu. Mereka yang melakukan kerja kerja terkutuk ini perlu didakwa sama ada mereka adalah penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang.





















Sabtu, 24 Januari 2015

HINA MENGHINA BELUM DAPAT DIPISAHKAN DARI LAWAK ORANG KITA

Sumber : Google

Saya selalu juga menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2014. Setakat ini tiada kumpulan yang saya betul betul minat atau sokong. Saya menonton kerana mahu melihat isi kandungan lawak dan daya kreativiti pelawak pelawak kita dalam membuat persembahan. Saya tahu bukan mudah mahu buat lawak. Saya sendiri pun belum tentu dapat melakukannya seperti mereka.

Sebagai seorang peminat seni, saya melihat persembahan peserta Maharaja Lawak Mega kali ini mempunyai kadar turun naik yang agak tinggi. Jarang kita boleh melihat peserta yang benar benar istiqamah dalam persembahan mereka dari segi mutu lawak itu sendiri. Jika ada pun mungkin kumpulan Shiro dan Sepahtu. Yang lain saya belum jumpa lagi. Entahlah…mungkin penilaian saya salah dan bersifat berat sebelah.

Saya tidak terlalu kisah dengan peserta yang gagal dalam persembahan mereka kerana saya tahu bukan mudah mahu melawak. Apa yang saya kisahkan adalah peserta yang ternyata pandai melawak tetapi merapu di dalam lawak mereka sehingga sukar untuk saya fahami seperti yang dilakukan oleh kumpulan Virus yang dianggotai oleh Yus Jambu, Tauke Jambu dan Zizan Razak.

Jumaat, 23 Januari 2015

SEMBELIT : KETAHUI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

Alfalfa Shaklee mampu mencegah masalah sembelit
Sumber : Google

Bagi rencana kesihatan pada hari ini, saya ingin berbicara mengenai satu masalah yang sering melanda kebanyakkan daripada kita iaitu masalah sembelit. Tahukah anda apa itu sembelit? Sembelit adalah kesukaran membuang air besar atau membuang air besar dalam keadaan yang tidak sempurna (tidak habis). Kebiasaanya, pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit semasa ingin membuang air besar dan pembuangan air besar dalam keadaan tidak lawas.

Punca punca boleh terkena sembelit


-         Kurang serat dalam pemakanan seharian
-         Kurang aktiviti fizikal dalam kalangan warga tua
-         Penyalahgunaan julap
-         Selalu menahan untuk membuang air besar
-         Kurang minum air
-         Berlaku masalah di  bahagian rektum atau usus

Rabu, 21 Januari 2015

AJL, APA KHABAR DAN QU PUTEH

Sumber : Google
 
 
Kekangan tanggungjawab sebagai seorang pelajar begitu menyulitkan saya untuk menulis sesuatu di blog kesayangan saya ini. Isu banyak - panas panas pula tetapi tugas tugas yang sedia banyak itu menyulitkan saya untuk mengemaskini blog ini dan mengulas isu isu panas itu. Isu isu yang berlaku itu perlu diulas, diberi pengertian semula agar kebenaran dapat ditabalkan sebaik mungkin.
 
Kehangatan AJL masih lagi terasa. Ramai orang masih bercakap tentang anugerah berprestij itu sama ada melalui lisan ataupun melalui media media sosial. Pelbagai kejutan yang berlaku dalam anugerah yang berlangsung pada Ahad lepas. Sebagai peminat seni, saya turut tidak melepaskan peluang untuk menonton anugerah tersebut.
 
Bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan juri pertandingan, tidak sama sekali tetapi pada saya lagu Apa Khabar dendangan Sona One dan Joe Flizzow agak tidak layak untuk berada di tempat pertama. Ini kerana saya seperti dengar tidak dengar sahaja suara Sona One pada malam itu. Jika diukur dari sudut vokal, di mana 'kecantikkan' vokal Sona One memandangkan suaranya pun sekadar dengar tidak dengar sahaja. Jika diukur dari sudut persembahan, ternyata persembahan Hazama lebih kreatif dan menarik.

Sabtu, 17 Januari 2015

CHARLIE HEBDO : DESTROYER OF RELIGION PEACE

Source : Google

On 7 January, the bloody attack on the headquarters of humor magazine publisher (Charlie Hebdo) that has bloodied, including their chief editor. This is caused by the action of the magazine who likes to insult Islam and the Prophet Muhammad in their new products recently. The action make protests from Muslims around the world.

Charlie Hebdo together with several other publications previously likes to insult Islam. I do not know why they are so hated Islam. What has Islam done to them so that they are willing to insult the religion we like it? We never insult their religion even once but they always insult our religion.

Indeed, the non-Muslims do not like to be Muslims, although once. They will always find a way how to destroy Islam from the inside out. They like to provoke religion for Muslims and non-Muslims to fight. As a result, Muslims are accused of being terrorists for defending our religion.

Jumaat, 16 Januari 2015

KENALI 12 BLOGGER PALING PERAMAH DI MALAYSIA

Sudah lama saya mahu menulis entri penghargaan ini tetapi masa sentiasa mencemburui saya untuk menghasilkannya. Di kesempatan yang sedikit ini, mahulah saya mencoret tentang 12 orang blogger paling peramah di Malaysia. Apa maksud peramah di dalam entri ini? Maksudnya setiap kali saya singgah di blog blog blogger ini, mereka pasti akan singgah semula di blog saya.

Setiap kali saya tinggalkan komen di blog mereka, mereka juga tidak akan lupa akan meninggalkan komen di blog saya. Mereka langsung tidak lokek untuk datang semula singgah di blog saya walaupun bilangan follower mereka mencecah 500 orang ke atas dan bilangan komen mereka di setiap entri mereka tidak kurang dari sepuluh komen.

Bukan di blog saya sahaja, di blog blog blogger lain pun mereka tetap melakukan perkara yang sama. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh mempunyai kekuatan untuk singgah, baca dan meninggalkan komen dengan ikhlas di blog blog yang mereka singgah. Saya sendiri pun begitu malas mahu melakukan blogwalking tetapi tidak blogger yang saya sebutkan ini.

APA ITU KENCING KOTOR DAN BAGAIMANA MENCEGAHNYA?

Sumber : Google

Adakah anda pernah mendengar istilah kencing kotor? Tahukah anda apakah itu kencing kotor? Istilah kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada salur kencing dan penyakit ini secara puratanya disebabkan oleh kuman E. Coli. Biasanya penyakit ini kerap melanda kaum wanita kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki dan kuman lebih mudah merebak naik ke saluran kencing.

Tanda tanda anda terkena kencing kotor


-  Selalu terasa mahu membuang air kecil tetapi tidak dapat mengeluarkannya dalam kuantiti yang banyak.
-    Terasa sakit dan pedih ketika mahu membuang air kecil
-  Terdapat darah dalam air kencing dan air kencing berbau dengan sangat busuk.
-   Selalu berasa tidak selesa di bawah abdomen
-   Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
-   Selalu demam dan seram sejuk.

Rabu, 14 Januari 2015

ARTIS PERLU JAGA AGAMA KETIKA BERLAKON, MENGARAH, DAN MENYANYI

Iffah Raziah berpelukkan dengan Hisyam Hamid di konsert Gegar Vaganza
Sumber : Google

Isu perangai artis yang berkelakukan tidak senonoh, bertentangan dengan ajaran Islam, dan budaya Melayu bukanlah isu baru. Isu ini sudah lapuk sebenarnya. Sudah banyak pihak terutama peminat dan agamawan telah menegur artis artis kita yang sudah seperti orang orang Barat ketika menjalani aktiviti aktiviti seni – berlakon, mengarah dan menyanyi namun keadaan masih tidak berubah. Tegas pepatah, bagai menyiram air ke daun keladi.

Terbaru, pelakon dan penyanyi terkemuka, Iffah Raziah telah mencetuskan kontroversi apabila beraksi ghairah bersama pelakon Hisyam Hamid ketika persembahan di konsert akhir GegarVaganza ketika beliau menyanyikan lagu Matahari. Perlakuan tersebut telah mengundang kritikan daripada juri malam itu iaitu Rosyam Nor.

Saya tidak mahu mengulas komen Rosyam kepada Iffah dan saya juga tidak mahu mengulas komen balas Iffah pada Rosyam. Pada saya, kelakuan Iffah memang salah dari segi apa pun. Mengapa? Kerana beliau orang Islam! Seorang perempuan Muslim adalah haram bersentuhan apatah lagi berpelukkan dengan mana mana lelaki yang bukan mahram. Tidak kira sama suami beliau memberi keizinan atau tidak, sama ada itu lakonan atau bukan dan sama ada itu professional atau tidak.

Selasa, 13 Januari 2015

MENGAPA BADAN KITA BANYAK ANGIN?

Alfalfa shaklee mampu cegah badan banyak angin
Sumber : Google

Selalu sangat kita dengar bahawa di dalam badan kita ada banyak angin. Angin yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan kita sakit perut, selalu terkentut dan sendawa. Tetapi tahukah kita semua bagaimana angin boleh masuk dalam badan kita? Di dalam rencana kali ini, saya mahu mengupas mengenai masalah angin dalam badan yang kerap menghantui kita semua. 

Punca punca angin ada di dalam badan


-         Perangai negatif : selalu bercakap perkara yang buruk, suka melihat keburukan, dan suka melakukan perkara yang negatif.
-         Tidak mengawal nafsu : tidak mengawal nafsu makan. Jika tidak mengawal nafsu makan dengan baik, akan menyebabkan anda makan dengan banyak dan angin mudah masuk ke dalam badan.
-         Hidup dalam tekanan : apabila anda tertekan, anda akan banyak berfikir. Berfikir tanpa diiringi dengan tindakan boleh menyebabkan banyak angin masuk ke dalam badan.
-         Suka berlebih lebihan : suka seksa diri untuk kurus, kerja keras tanpa rehat semata mata untuk mendapatkan wang lebih, salah guna kuasa dan suka mengarut tanpa henti.
-         Gangguan makhluk halus : hasutan makhluk halus seperti jin boleh menyebabkan serangan angin dalam badan. Anda perlu banyakkan solat, berdoa, kuatkan semangat dan dapatkan bantuan dari ustaz untuk menghalau makhluk halus tersebut.
-         Banyak makan makanan yang berangin : kacang, brokoli, kobis, taugeh, bawang, asparagus, minuman ringan dan banyak lagi.