Isnin, 31 Julai 2017

JENIS JENIS ROTI TERKENAL YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Image result for roti
Sumber : Google

Selain nasi, roti juga adalah antara makanan yang kerap dimakan oleh rakyat Malaysia. 

Roti boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja terutama ketika sarapan pagi. 

Roti boleh dimakan dengan pelbagai cara. Ada yang boleh dimakan begitu sahaja atau ada juga perlu dimakan bersama bahan-bahan lain seperti jem dan mentega misalnya.

Selain untuk mengalas perut, roti juga bertujuan untuk menjadi kudapan di waktu senggang. 

Roti yang sedap dan menarik memang menjadi kegemaran semua orang. 

Namun begitu, tidak ramai orang tahu jenis-jenis roti yang terkenal yang ada di dunia. 

Kebanyakkan orang hanya beli dan makan sahaja tetapi tidak tahu jenis-jenis roti yang mereka beli dan makan itu. 

Pada hari ini, inginlah saya kongsikan kepada anda jenis-jenis roti yang terkenal dan wujud di dunia. 

Mahu tahu jenis-jenis roti tersebut? Jom terjah ---> Jenis Jenis Roti Terkenal Yang Ramai Orang Tidak Tahu <--- untuk mengetahuinya. 

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu untuk menambahkan pengetahuan am anda. Selamat membaca...
 

Sabtu, 29 Julai 2017

MALAYSIA PUN GANAS SEPERTI ISRAEL


Image result for palestine ditindas
sumber : Google


Sedih sekali melihat nasib umat Islam di Palestin yang ditindas tanpa henti. Ketika rencana ini ditulis, Masjid Al-Aqsa cuba dibuat kacau oleh tentera-tentera Yahudi. Ramai rakyat Palestin yang cedera dan tidak kurang juga ada yang mati. Semuanya gara-gara ingin mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada terus dicemari. 

Apa yang dilakukan oleh Israel itu adalah satu aktiviti keganasan. Israel melakukan keganasan dan kesannya adalah merosakkan kemanusiaan. Keganasan yang merosakkan itu sewajarnya kita semua elakkan.

Keganasan tidak berlaku hanya di Israel sahaja. Di Malaysia pun berlaku juga. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kerosakkan (vandalisme) yang berlaku di stesen Transit Aliran Massa atau singkatannya, MRT. Perkara semacam itu sepatutnya tidak terjadi. Lebih-lebih lagi kita percaya bahawa rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yang berkelas tinggi.

Kerosakkan yang berlaku terhadap MRT itu adalah berpunca daripada keganasan. Kita sedih melihat ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menghargai kemudahan. Kemudahan berbentuk pengangkutan awam sebegitu bagi sebilangan orang adalah satu keperluan. Apabila berlaku kerosakkan, maka ia sudah tidak boleh lagi digunakan. Seandainya masih boleh digunakan, fungsinya sudah tidak lagi mencapai takah kesempurnaan.

Keganasan yang dilakukan oleh Israel telah merosakkan kemanusiaan. Keganasan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia pula telah merosakkan kemudahan. Perhatikan, kedua-duanya melakukan keganasan. Dan kesannya adalah merosakkan. Cuma perkara yang dirosakkan itu sahaja yang memberi perbezaan. 

Seperti yang telah saya sebut di atas tadi, keganasan sewajarnya perlu dihindari. Hal ini kerana, keganasan itu akan mencetuskan kerosakkan pada akhirnya. Kerosakan adalah sesuatu yang tidak digemari oleh sesiapa sahaja.

Kerosakkan yang ditelurkan daripada keganasan Israel itu telah menyebabkan ramai orang kehilangan ahli keluarga. Kesedihan pun berlaku di mana-mana. Kerosakkan yang ditelurkan daripada keganasan rakyat Malaysia menyebabkan kerugian. Duit hasil cukai rakyat yang sepatutnya dibelanjakan pada perkara yang lebih memerlukan, terpaksa dibelanja untuk memperbaiki kemudahan.     

Sebagai manusia, Israel perlu belajar menghargai sifat belas ihsan sesama manusia. Tindakan mereka bukan sahaja menyebabkan ramai manusia hilang nyawa, malah kebahagian pun telah diragut juga. Anak-anak kehilangan ibu-bapa. Ramai isteri menjadi janda dan ramai suami menjadi duda.  

Sebagai manusia, rakyat Malaysia perlu belajar menghargai kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada. Tindakan kita yang melakukan vandalisme bukan sahaja menyebabkan orang lain tidak dapat menikmati kemudahan yang sama, malah kerajaan juga terpaksa menanggung kerugian untuk memperbaiki kerosakkan dengan banyaknya. 

Kita sering mengecam Israel kerana melakukan keganasan. Tetapi tanpa sedar masyarakat kita juga banyak melakukan keganasan. Keganasan itu adalah sifat yang sewajarnya dihindarkan kerana ia boleh membawa kepada banyak kerosakkan. Jangan sampai rakyat Malaysia dan rakyat Israel dikatakan mempunyai banyak persamaan!

Nota : Perkembangan terbaru yang berlaku setakat ini adalah rakyat Palestin dibenarkan untuk memasuki semula Masjid Al-Aqsa setelah dihalang berbuat demikian selama dua minggu. 


CARA AMBIL GAMBAR PASSPORT PALING MUDAH!

Kau ada smartphone, kan. Jadi kita pun kenalah jadi smart user. Kau masuk kat Play Store dan cari app "Photo Grid" ni. Percuma.

Image may contain: text 

Kau ambil gambar hensem-hensem macam ni. Ala, pakai smartphone je. Tak payah DSLR harga ribu-ribu tu. Ingat! Kita nak jimat dan senang.

Yang bahagian bawah, tak kisah. Asalkan yang atas hensem dan kemas. Background pakai kain biru terus kalau nak senang. Kalau tak, kau kena guna PhotoShop pula untuk edit background tu.

Kalau kau ada softcopy gambar passport yang lepas-lepas lagi senang, pakai yang tu sajalah. Kadang-kadang kau ada dapat CD orang kedai foto bagi untuk simpanan kau sendiri.

Oh ya. Lagi satu, jangan selfie pulak ya.
Image may contain: 1 person, standing and suit 
Kau pilih Potrait dan crop gambar kau ikut nisbah 3:4. Pastikan objek iaitu muka dan badan kita penuh 3/4 daripada gambar yang akan di"crop" tu.

Image may contain: 1 person, text 
Kau rotate 90 degree clockwise atau anti-clockwise. Mana-mana pun boleh. Klik sekali saja, okay.

Image may contain: one or more people 
 Kemudian, kau save gambar yang terhasil tu dengan senang hati.
Image may contain: text 
Kau pilih 8 kali gambar yang kau save tadi. Sebab kau nak buat 8 gambar passport, kan.

Image may contain: 3 people 
Pilih susunan macam yang saya tunjukkan kat atas tu. Kalau kau pilih susunan lain, sah-sah memang tak jadi. Percayalah!

Image may contain: one or more people 

 Yang penting, kau kena pilih nisbah 2:3 untuk gambar tu sebab itu ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R.

Kau nampak Border tu? Klik Border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang yang pisahkan kesemua 8 gambar tu.


Image may contain: one or more people 
 Kemudian, kau Save gambar tu guna kualiti yang terbaik, 2048P.
Image may contain: one or more people and text 

Bila dah siap save tu, kau rotate balik gambar tu jadi macam ni semula. Siap! Simpan dalam pendrive 4GB kau tu. Pendrive tu banyak jasa simpan MP3 dan 3gp zaman kat universiti dulu.

Sekarang kau pergi ke kedai foto yang dekat. Jangan kau pergi showroom Honda pula. Tak jadi nanti. Kau tanya kat tokey kedai tu, "Bang, nak print satu gambar 4R berapa ringgit ye?".

Kalau dia kata RM5, memang sahlah kau kena kelepet dengan dia. Haha! Tapi, kalau dia jawab RM1, kau terus buat dengan dia. Minta dia print 2 keping gambar tadi pada saiz 4R.

Maka, kau akan dapat 16 keping gambar passport dengan harga RM2 saja. Memang jimat level tinggi ni. Dahlah senang pulak tu, kan. Nak tau berapa harga biasa dia?

[Harga biasa - paling murah]

4 keping: RM10
8 keping: RM16
12 keping: RM22
16 keping: RM28

Kau dah jimat RM26 tau! Tahniah!

Lain kedai, lain caj dia. Ada kedai yang caj sampai RM40 untuk 16 keping gambar passport, RM18 untuk 4 keping gambar passport pun ada. Wow! Nasiblah ya.

Kau pun bolehlah melangkah balik ke rumah dengan senang hati. Sampai di rumah, kau cari gunting yang tajam dan guntinglah mana-mana yang patut. Takkan nak kena tunjuk juga.
Image may contain: 8 people, child 
 BONUS!

Kalau kau rasa nak hilangkan cela-cela di wajahmu itu, kau klik yang "Retouch" tu dan pilih "Auto Retouched". Memang muka kau akan jadi flawless gila and obviously nampak fake sangat. Haha. Kalau nak yang ringan-ringan, cukuplah kau adjust yang "Smoother" tu. Okay gais?

CARA CARI KERJA DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI WAZE

Pada kotak search, taip Graduan atau Job atau Jobs.



No automatic alt text available.


 Ini hasil search tadi. Yang ada logo Graduan tu la antara 100 lebih syarikat yang menawarkan kerja kosong.

No automatic alt text available. 

Aku pun try klik Astro. Ada maklumat lokasi dan maklumat navigasi yang biasa.

No automatic alt text available. 


Ini cara nak tahu maklumat lanjut tentang vacancy tadi. Klik saja pada link www.graduan.com/user/32/astro (punyalah gigih aku taip balik).

  No automatic alt text available.


SUMBER 

Jumaat, 28 Julai 2017

CARA MUDAH GUNA MICROSOFT EXCEL BAGI YANG KURANG MAHIR

Image result for guna komputer
Sumber : Google

Kita sedia maklum bahawa bukan semua orang mahir menggunakan Microsoft Excel (selepas ini disebut 'excel' sahaja).

Bagi yang kurang mahir menggunakan excel, ia adalah masalah besar apabila ketua atau majikan anda meminta anda menyiapkan kerja di pejabat dengan menggunakan perisian tersebut. 

Selama-lamanya kita tidak boleh mengelak untuk menyiapkan sebarang kerja oleh kerana kita tidak mahir menggunakan excel. 

Oleh yang demikian, saya ingin kongsikan kepada anda sembilan cara muda menggunakan excel bagi sesiapa yang kurang mahir. 

Mahu tahu apakah cara-caranya? Jom terjah ---> Cara Mudah Guna Microsoft Excel Bagi Yang Kurang Mahir  <--- untuk mengetahuinya. 

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu bagi membolehkan anda menyiapkan kerja yang diminta oleh ketua tanpa perlu mengelak lagi. Selamat membaca... 

 

Khamis, 27 Julai 2017

CONTOH EMAIL MOHON KERJA BAGUS, BIASA, DAN TERUK!

Image result for temuduga
Sumber : Google


Email untuk memohon kerja adalah suatu yang penting kepada siapa-siapa yang sedang mencari kerja. 

Jika mahu email anda diberi perhatian oleh majikan, anda perlu menghantar email yang bagus kepada mereka. 

Email yang berada pada tahap biasa atau teruk menyebabkan peluang anda untuk mendapat kerja akan tertutup. 

Oleh yang demikian, anda perlu belajar bagaimana untuk menulis email memohon kerja yang benar benar bagus supaya peluang untuk anda mendapat kerja idaman anda menjadi cerah. 

Jangan kerana kesilapan anda menulis email, anda kekal menjadi penganggur sepenuh masa. 

Sebagai penulis blog yang prihatin terhadap ramai penganggur di luar sana, saya kongsikan contoh-contoh email yang bagus yang berupaya untuk memikat hati majikan. 

Mahu tahu contoh-contoh email tersebut? Mari terjah ---> Contoh Email Mohon Kerja Yang Bagus Biasa Dan Teruk <--- untuk mengetahuinya. 

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu dan dapatkan segera kerja idaman anda. Selamat membaca... 

Rabu, 26 Julai 2017

EMPAT KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM RESUME SEMASA MEMOHON KERJA

Image result for temuduga kerja
Sumber : Google

Resume yang bagus adalah sesuatu yang sangat penting bagi memastikan mana-mana graduan boleh mendapatkan kerja yang mereka mohon. 

Ada banyak perkara yang perlu diletakkan dalam resume supaya resume anda sentiasa dipandang oleh majikan yang ingin mengambil anda bekerja. 

Resume yang tidak bagus atau tidak baik pastilah akan menyebabkan ia dibuang dalam bakul sampah oleh majikan. Maka, peluang anda untuk mendapat kerja tersebut akan tertutup. 

Oleh yang demikian, perlulah anda tahu apakah ciri-ciri resume yang ditolak oleh majikan. 

Perlu juga anda tahu kesalahan apakah yang biasa dilakukan oleh ramai graduan sehingga resume mereka masuk dalam bakul sampah. 

Mahu tahu kesalahan apakah yang biasa dilakukan oleh graduan dalam resume mereka? Jom terjah ---> Kesalahan Yang Biasa Berlaku Dalam Resume Hingga Ditolak Majikan  <--- untuk mengetahuinya. 

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu supaya anda dapat menyiapkan resume yang benar benar bagus dan sempurna. Selamat membaca...