sumber : Google |
Sejujurnya
saya tidak punya ilham untuk menulis apa apa rencana bagi memenuhkan entri blog
saya pada hari ini. Tetapi apabila membaca satu entri rakan blogger iaitu Amit Izzat mengenai isu pendatang asing di negara ini, tiba tiba sahaja ilham itu
datang. Setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Amir Izzat yang telah
memberikan saya ilham untuk mencoretkan sesuatu pada hari ini.
Sebenarnya saya sudah lama mahu menulis tentang isu pendatang asing di
dalam blog ini namun akibat terlalu banyak isu isu penting yang terjadi sejak
belakangan ini, saya terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu. Isu isu
panas banyak untuk diulas tetapi fakta yang tepat dan benar itu sahaja yang
tidak cukup bagi menggerakkan pena yang tidak berapa tajam ini. Bukankah
penulis itu mata dan telinga masyarakat? Bukankah penulis isu suara rakyat?
Sebagai penulis atau blogger, kita perlu menggerakkan pena bagi menyedarkan
pihak pihak yang terlena dari mimpi yang panjang akibat kemabukan kuasa.
Saya
dilahirkan di Melaka tetapi dibesarkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Siapa yang tidak tahu Kampung
Baru ini? Sebuah perkampungan Melayu terbesar di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur. Terkenal
dengan gelaran ‘Syurga Makanan’ bagi kebanyakkan penduduk Malaysia dan
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 terjadi di kawasan tempat saya dibesarkan
ini. Telah berjaya melahirkan ramai tokoh terkemuka seperti Tan Sri Aishah
Ghani (menteri), Tan Sri Azman Hashim (Pengerusi AmBank),Tan Sri S.M. Salim
(penyanyi) dan Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin (pengasas Naza).
Bukan
itu sahaja, tempat ini pernah diduduki oleh ramai orang terkenal seperti Datuk
Senu Abdul Rahman (menteri), Tan Sri Jaafar Albar (setiausaha agung UMNO),
Ahmad Boestamam (ketua umum Parti Rakyat), Said Zahari (wartawan Utusan), A.
Samad Said (Sasterawan Negara), Subky Latif (penulis dan bekas Ketua Penerangan
Pas Pusat) dan ramai lagi.
Berhampiran dengan KLCC, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi bangunan
pencakar langit di Malaysia.
Ibu pejabat PAS juga berada di sini. Tempat berlangsungnya kongres Melayu
pertama yang membawa kepada penubuhan UMNO untuk menentang Malayan Union di Dewan Kelab Sultan Sulaiman
(Kampung Baru) dan banyak lagi keistimewaan tempat ini yang tidak ada pada
tempat lain. Sebagai orang yang telah tinggal di sini sejak berusia 6 bulan,
saya bangga dengan tempat ini.
Walaubagaimanapun, keistimewaan tempat ini telah dinodai oleh kebanjiran
pendatang asing (tidak tahu secara sah atau haram) yang saban tahun meningkat.
Bukan sahaja orang Indonesia,
malahan juga Bangladesh, Siam, Myanmar,
Nepal,
dan entah apa bangsa lagi. Mereka bukan sahaja bekerja di sini, malahan juga
sudah ada yang membuka perniagaan sendiri di sini. Mereka membuka kedai makan
dan kedai runcit di kawasan yang mejoriti Melayu ini. Siapa yang harus
dipersalahkan?
Isu ini
bukan isu baru. Sudah banyak stesen televisyen yang membongkar isu ini namun
pihak berwajib sahaja yang sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga.
Sekarang, apabila kes banjir yang berlaku di Cameron Highland,
barulah mereka sedar dengan keadaan yang sudah lama berlaku. Barulah pihak
berwajib mahu mengambil tindakan susulan
untuk mengatasi masalah ini.
Saya
tidak tahu apakah mereka berniaga di sini secara sah atau haram? Siapa yang
beri mereka lesen untuk berniaga? Kalau orang kita yang berniaga di tepi jalan,
sudah pasti kedai itu akan roboh jika tidak ada lesen tetapi mengapa pula
mereka boleh berniaga? Wujudkan unsur unsur rasuah di situ?
Saya
bukan mahu prejudis terhadap mereka tetapi saya ingin bertanya, jika kita
datang ke negara mereka dan kita berniaga seperti mana yang mereka lakukan di
negara kita, adakah kita dibenarkan? Saya yakin jawapannya pasti tidak!
Mereka
bukan sahaja pengotor, tetapi juga kurang ajar, suka buat bising dan banyak
lagi kesan buruk kedatangan mereka ke negara ini. Ketika saya menaiki KTM dari
KL Sentral ke Bangi, yang banyak kelihatan adalah wajah wajah orang asing. Saya
pula yang merasakan bahawa saya yang menjadi pendatang di negara ini dan bukan
mereka.
Oleh itu, saya harap tindakan kerajaan untuk membanteras kedatangan
warga asing di negara ini janganlah bersifat hangat hangat tahi ayam sahaja.
Daripada kita beri mereka berniaga, alangkah bagusnya kita beri orang Melayu
yang miskin itu untuk berniaga supaya mereka dapat meningkatkan taraf hidup
mereka seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Saya tidak mahu kerajaan beri
muka lagi kepada mereka. Mana mana yang bertaraf PATI harus ditangkap dan dihantar
pulang ke negara mereka semula.
yer setuju pendatang asing dimana2.. teringat 6 tahun lepas naik bas kiri kanan pendatang asing..rimas betui..Kerajaan perlu amik tindakan segera
BalasPadammemang kerajaan perlu ambil tindakan secepat mungkin...kerana kebanjiran pendatang asing ni turut membawa bersama banyak perkara yang negatif. Kalu pergi ke bandar pada hujung minggu ataupun cuti umum, terasa berada di negara asing je...kiri kanan depan belakang nampak mereka sahaja
BalasPadamMemang ramai pendatang asing di negara kita ni. Macam saya dulu bekerja di klang. Nak ke stesen bas Klang tu pun takut sebab ramai sangat warga asing. Pandangan diorang amat menakutkan
BalasPadamhohohoho...KERAjaan la yg bertangunggjawab dalam suma nih....Imigresen pls respon...
BalasPadamRakyat Malaysia sendiri puncanya sebab malas dan jijik kerja berat. Semua nak kerja yang ada aircond je..kena terimalah seadanya..huhu
BalasPadamsana sini ada pendatang asing...rasa mcm kita bukan berada di negara sendiri..uhuhuuhuhuh
BalasPadam