Rabu, 29 Jun 2016

PUISI : PELUDAH BANGSA


Sumber : Google

Darah Melayu mengalir deras di setiap sendi tubuhmu,
Imej Melayu dilukis indah pada setiap inci raut wajahmu,
Walau tak mampu kau tutur baik bahasa Melayu,
Walau fikiran sudah dirasuk nilai Barat tanpa segan silu,
Walau sudah kau buang adat istiadat warisan dahulu,
Yakinlah, yang kau masih berbangsa Melayu. 


Maka, jangan sesekali kau menjadi peludah bangsa,
Jangan kau caci bangsa kerana nikmat menjilat punggung Amerika,
Jangan kau hina bangsa kerana bersikap menegur terbuka,
Jangan kau sama bangsa dengan haiwan di hutan belantara,
Jangan kau akui bangsa sebagai bodoh dan malas juga,
Jangan kau tuduh bangsa amalkan perkauman bermaharajalela.


Kenali bangsamu sebelum kau hina,
Fahami bangsamu sebelum kau cerca,
Bangsamu jadi begitu bukan kerana sia sia,
Mereka jadi begitu kerana melindungi bangsa dan agama,
Jangan kau remeh hanya kerana terlalu cintakan dunia,.

Manusia hanya menghargai apabila sesuatu sudah tiada lagi,
Jangan kau jadi begitu apabila bangsamu sudah ramai yang pergi,
Menangis meratap kerana sesal atas tindakan diri sendiri,
Akibat ditindas oleh bangsa yang selama ini kau puji tinggi,
Kerana bangsamu sudah tidak mahu menerima sampai kau mati,
Maka matilah engkau dalam suasana sunyi, sepi, dan sendiri.

Ahad, 26 Jun 2016

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN APABILA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Sumber : Google
Sesiapa sahaja di dunia ini boleh terlibat dengan kemalangan jalan raya sama ada secara parah, separa parah, atau ringan. Walaupun semua tidak menyukainya, namun kita tetap boleh terlibat juga kerana malang itu tidak berbau lebih lebih lagi apabila kita tidak memandu secara berhati hati atau memandu secara merbahaya. 

Walau bagaimanapun, keterlibatan kita dalam kemalangan bukan juga atas salah kita sendiri. Boleh jadi juga kita terlibat dalam kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian orang lain ketika memandu. Oleh kerana orang lain yang tidak memandu secara hati hati, maka kita juga turut terheret dalam kemalangan yang sama. Itulah sebabnya, mengapa semua pengguna jalan raya tidak kira tua atau muda, sederhana atau kaya, kereta besar atau kereta kecil, mesti memandu dengan cermat dan penuh hati hati. Jika tidak, bukan nyawa kita sahaja yang boleh melayang, nyawa orang lain yang tidak bersalah juga boleh melayang sama.

Tidak dapat kita nafikan, bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya antara yang tertinggi di dunia lebih lebih lagi apabila tiba musim perayaan. Perkara ini baru malah telah berlaku sejak lama dahulu. Namun, kesedaran atas perkara ini yakni berhati hati memandu ketika di jalan raya, masih kurang dipraktiskan oleh ramai rakyat Malaysia.   

Oleh kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang acapkali terlibat dalam kemalangan, inginlah saya, sebagai seorang penulis blog berkongsi tips kepada anda tentang perkara perkara yang perlu anda lakukan apabila anda terlibat dalam kemalangan. Mahu tahu tentang pekara tersebut? Sila klik pautan ini ---> perkara yang perlu anda lakukan apabila terlibat dalam kemalangan <--- Mengetahui tentang perkara ini sangat penting supaya kerosakan kereta anda dapat ditanggung, keselamatan anda akan terjamin, dan masalah anda akan segera selesai. Saya berharap anda dapat membaca segala tips yang dikongsikan untuk menjadi panduan kepada anda apabila anda terlibat dalam kemalangan suatu hari nanti. Selamat membaca dan salam Ramadhan Kareem.