Ahad, 30 Disember 2018

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG KERJA

Hari yang paling ramai orang malas datang ke pejabat ialah pada hari Isnin di seluru dunia. Kecuali di Australia, hari yang paling ramai orang malas datang ke pejabat ialah pada hari Selasa

Hari yang paling ramai orang suka ke pejabat ialah pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat, ramai pekerja akan menjadi lebih gembira, lebih sosial dan lebih positif ketika berada di pejabat.

Jika anda bekerja 40 jam seminggu dari usia 20-65, anda akan bekerja lebih dari 90,000 jam dalam seumur hidup anda.

Jurujual runcit (retail salesperson) adalah pekerjaan yang paling biasa di Amerika Utara. Terdapat 1.9 juta penjual runcit di Kanada!

Leonardo Da Vinci dianggap sebagai orang pertama yang menulis resume.

Di Jerman, majikan boleh mewajibkan wanita memakai coli untuk bekerja.

Belanda ialah negara yang mempunyai minggu kerja terpendek di dunia iaitu 29 jam seminggu.

McDonald's mempunyai 761,000 pekerja di seluruh dunia.

Pekerja pejabat rata-rata menghabiskan 50 minit sehari mencari fail yang hilang dan barang-barang lain. Itu hampir sejam sehari!

Lagu “Working for the Weekend” oleh Loverboy menduduki tempat # 100 pada VH1's 100 Greatest Songs of the 80's.