Sabtu, 26 Jun 2021

TELANG

 

Sumber : Google 




Penerangan :

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang ialah sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan seperti Nasi Kerabu. Namun kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.


Khasiat :

1.     Merawat masalah mata

2.     Merawat masalah jerawat

3.     Melancarkan pencernaan

4.     Mengatasi masalah sembelit

5.     Membantu melangsingkan badan


Kaedah :

Bunganya dijadikan pewarna dalam makanan seperti Nasi Kerabu. Buahnya boleh dimakan sebagai kekacang. Pucuk pokok ini boleh dibuat sayur atau ulam.


Jumaat, 25 Jun 2021

SAMBUNG NYAWA

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pokok Sambung Nyawa atau nama saintifiknya Gynura Procumbens adalah ahli keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini ditanam secara meluas di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Khasiat :

1.     Merawat kencing manis

2.     Merawat darah tinggi

3.     Merawat barah

4.     Menurunkan kadar kolestrol

5.     Merawat ruam atau kegatalan kulit


Kaedah :

Kebiasaannya, tumbuhan ini dicampur dalam salad, dijadikan ulam, dicampur dalam sup dan telur dadar. Bagi merawat masalah ruam dan kegatalan kulit, daun pokok ini akan dikeringkan kemudian dihancurkan dan dicampur di dalam minyak. Sapu minyak tersebut di tempat kulit yang gatal.

 

Selasa, 22 Jun 2021

MATA ITIK

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pokok Mata Itik ialah sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan belukar kecil dan berpaya serta sering ditemui di kawasan kebun getah. Pokok ini hampir menyerupai pokok Kacip Fatimah. Tumbuhan ini boleh menjangkau ketinggian satu meter.


Khasiat :

1.     Merawat cirit-birit

2.     Merawat batuk

3.     Merawat sakit dada

4.     Merawat demam panas

5.     Mencegah penyakit barah


Kaedah :

Daunnya boleh dibuat teh atau dimakan sebagai ulam. Buahnya yang berwarna merah juga boleh dimakan mentah dan dimakan sebagai ulam.

SELASIH

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pokok Selasih atau nama saintifiknya Ocimum Basilicum adalah sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiaceae yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Nama lain bagi pokok ini ialah Kemangi, Holy Basil, Sweet Basil dan Thulasi.  


Khasiat :

1.     Merawat kencing manis

2.     Merawat gangguan pernafasan

3.     Meningkatkan peredaran darah

4.     Menstabilkan gula dalam darah

5.     Merawat keradangan usus dan sakit sendi


Kaedah :  

Pucuk Selasih sering dicampurkan dalam masakan Gulai Nangka Muda, Masak Lemak Labu, dan Masak Lemak Udang. Biji tumbuhan ini dijadikan minuman khusus untuk menyejukkan badan. Daunnya juga boleh dibuat Teh Selasih.


TEMU KUNCI

 

Sumber : Google 



Penerangan :

Temu Kunci ialah tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan belukar atau hutan yang tidak terlalu tebal. Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan yang agak lembab seperti di dalam kebun getah. Batangnya yang berbentuk panjang berbau wangi menyebabkan tumbuhan ini sering dijadikan rempah dalam masakan.


Khasiat :

1.     Digunakan dalam ramuan jamu selepas bersalin

2.     Melancarkan perjalanan darah

3.     Mengembalikan kecergasan badan

4.     Merawat kembung perut

5.     Merawat masalah sukar buang air kecil


Kaedah :

Memandangkan ulam ini berbau wangi, maka sering digunakan sebagai rempah dalam masakan. Batangnya boleh dipotong halus untuk dijadikan ulam dalam Nasi Kerabu.


Isnin, 21 Jun 2021

BELUNTAS

 

Sumber : Google


Penerangan :

Beluntas atau nama Inggerisnya Indian Marsh Fleabane, Indian Camphorweed, Indian Fleabane, dan Indian Pluchea ialah sejenis ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya ialah Pluchea Indica.


Khasiat :

1.     Menghilangkan  bau badan

2.     Merawat penyakit keputihan bagi wanita

3.     Merawat haid tidak menentu

4.     Merawat sakit pinggang

5.     Merawat sakit sendi


Kaedah :

Daunnya boleh dimakan secara mentah sebagai ulam atau dikukus untuk dimakan bersama nasi.

 

LETUP LETUP

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pokok Letup Letup atau nama saintifiknya Passiflora Feotida ialah tumbuhan liar menjalar yang banyak tumbuh di belukar-belukar di kampung. Pokok ini juga dikenali dengan nama Pokok Ulat Bulu.


Khasiat :

1.     Membuat seseorang menjadi tenang

2.     Membunuh cacing dalam perut kanak-kanak

3.     Merawat batuk kering

4.     Merawat selesema

5.     Meningkatkan  kesuburan wanita


Kaedah :

Enak dimasak bersama Pucuk Kayu Manis atau Pucuk Keledek. Daun pokok ini juga boleh dimasak untuk ramuan dalam sup. Selain itu, meminum air dari daun yang telah dikisar dikatakan mampu menjaga jantung dan jus yang diekstrak boleh diminum untuk mendorong tidur atau merawat gangguan tidur.


AKAR SOM

 

Sumber : Google 



Penerangan :

Dikenali juga sebagai  Ginseng Cina  dan sering kali digunakan dalam perubatan tradisional. Pokok ini membiak melalui keratan batang ataupun biji benih. Kajian mendapati kandungan kimia pokok ini hampir sama dengan Ginseng Korea dan Ginseng Cina. Jadi, khasiatnya pun hampir sama dengan ginseng-ginseng tersebut.


Khasiat :

1.     Menambah selera makan

2.     Menambahkan kecergasan tubuh badan

3.     Melancarkan pengaliran susu ibu

4.     Merawat bisul

5.     Merawat masalah hati dan buah pinggang


Kaedah :

Daunnya boleh dibuat ulam mentah ataupun dimasak sebagai sayur. Bagi merawat masalah bisul, caranya ialah dengan menghancurkan daun kemudian dicampur dengan sedikit gula merah lalu ditampal di bahagian yang terkena bisul tersebut.


Ahad, 20 Jun 2021

TENGGEK BURUNG

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pokok Tenggek Burung ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Rutaceae iaitu tumbuhan renek yang tumbuh secara liar di Malaysia. Tumbuhan ini dinamakan Tenggek Burung kerana dipercayai burung bersaiz kecil sering hinggap di atas pokok ini untuk menyedut nektar dari bunganya dan membuat sarang untuk bertelur.


Khasiat :

1.     Mengecutkan rahim bagi wanita yang baru bersalin

2.     Menurunkan tekanan darah tinggi

3.     Menghilangkan lenguh-lenguh badan

4.     Melancarkan aliran darah

5.     Meningkatkan keupayaan organ seks lelaki


Kaedah :

Ulam ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Boleh juga dimakan bersama budu atau sambal tempoyak. Rasa ulam ini sedikit pahit dan kelat tetapi rangup.


BANGUN BANGUN

 

Sumber : Google


Penerangan :

Pokok Bangun Bangun atau nama saintifiknya Plectranthus Amboinicus / Coeus Amboinicus adalah sejenis herba wangi dan boleh dimakan. Pokok ini selalunya dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Rasanya manis, lemak, sedikit pedas dan berangin.


Khasiat :

1.     Melancarkan pengaliran darah

2.     Merawat sembelit

3.     Merawat asma

4.     Merawat haid bermasalah

5.     Merawat sakit kepala (migrain)


Kaedah :

Pucuk muda pokok ini sedap dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, buducencaluk atau lain-lain pencecah.

 

AKAR RUMPUT SAMBAU

 

Sumber : Google




Penerangan :

Rumput Sambau ialah sejenis rumput tahunan yang berasal daripada keluarga Gramineae. Rekod awal menunjukkan spesis ini mungkin berasal dari negara seperti ChinaIndiaJepunMalaysia dan Tahiti. Nama tempatan spesies ini berbeza-beza mengikut negara. Di Malaysia, spesies ini dikenali sebagai Rumput Sambau, Rumput Kaki Angsa atau Gelang Sambau.


Khasiat :

1.     Mengecutkan perut dan usus

2.     Merawat cirit-birit

3.     Merawat demam panas

4.     Merawat penyakit hati

5.     Merangsang pengeluaran peluh


Kaedah :

Rebus akarnya dan air rebusan itu diminum untuk menghilangkan sakit.


Sabtu, 19 Jun 2021

AKAR KUNING KALIMANTAN

 

Sumber : Google


Penerangan :

Akar Kuning Kalimantan memang memiliki pelbagai jenis nama latin seperti Fibraurea TinctoriaCoscinium Fenestratum, dan Fibraurea Chloroleuca. Akar ini ternyata termasuk jenis liana iaitu yang di dalam akar dan batangnya berwarna kuning. Akar ini juga tumbuhnya merambat liar ke tumbuhan lain dan banyak ditemukan di hutan primer.


Khasiat :

1.     Merawat penyakit hepatitis

2.     Merawat sakit kuning

3.     Menghilangkan racun haiwan berbisa

4.     Menyembuhkan penyakit kencing manis

5.     Merawat kanser


Kaedah :

Rebus beberapa potongan Akar Kuning Kuning Kalimantan dan minum selepas makan tiga kali sehari.


AKAR MACA

 

Sumber : Google


Penerangan :

Maca telah dikenali sebagai tumbuhan herba beribu tahun yang lalu terutamanya dalam meningkatkan keupayaan seksual lelaki dan wanita. Ternyata tidak hanya itu, tumbuhan herba yang digunakan pada akarnya juga ini mempunyai manfaat keseluruhan pada tubuh.


Khasiat :

1.     Meningkat tenaga dan prestasi atlet

2.     Menyeimbangkan hormon estrogen

3.     Meningkatkan kesuburan lelaki

4.     Menurunkan tekanan darah

5.     Memperkuat fungsi otak


Kaedah :

Cara menggunakan Akar Maca adalah dengan dicampurkan ke dalam makanan sebagai supplement (makanan tambahan). Akar Maca boleh ditambahkan ke dalam makanan seperti smoothiesoatmeal, dan energy bar. Anda juga boleh mencampurkan akar ini dalam  sajian yang dimasak dengan cara dipanggang. Walau bagimanapun, dos maksimum penggunaan akar ini masih belum jelas. Namun, kajian  menyebut bahawa akar ini umumnya digunakan sekitar 1.5 gram hingga 5 gram sehari.


AKAR POKOK SEMALU

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Nama saintifik untuk Pokok Semalu adalah Mimosa Pudica. Pokok ini banyak tumbuh di dalam semak dan di kawasan berumput seperti padang.


Khasiat :

1.     Merawat luka ringan

2.     Merawat buasir

3.     Merawat sakit sendi dan arthritis

4.     Merawat diabetes

5.     Merawat cirit-birit


Kaedah :

Sapukan ekstrak akar Semalu pada kulit yang gatal untuk menghilangkan kegatalan. Bagi merawat gusi bengkak atau sakit gigi, kunyah akar Pokok Semalu ini kerana akar pokok ini mempunyai fungsi anti keradangan dan anti bakteria.

 

Jumaat, 18 Jun 2021

AKAR SENDUDUK PUTIH

 

Sumber : Google



Penerangan :

Pokok daripada keluarga Melastomataceae yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropika di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di dunia. Di Asia Tenggara sahaja, genus Melastoma mengandungi 22 spesies manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies yang kebanyakannya digunakan oleh kaum orang asli sebagai perubatan tradisional. Senduduk Putih adalah pokok belukar kecil yang lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan.


Khasiat :

1.     Memulihkan cirit-birit  

2.    Mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur  atau cacar

3.     Melegakan sakit gigi

4.     Mengurangkan kembung perut

5.     Membantu rawatan selepas bersalin


Kaedah :

Rebus akarnya dan air rebusan itu diminum untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut.