Khamis, 13 November 2014

PESAKIT INSOMNIA BOLEH TIDUR LENA SELEPAS JUMPA PENAWAR INI?



omega guard boleh cegah insomnia
Sumber : Google

 

Apa itu insomnia?




Insomnia adalah ketidakmampuan seseorang untuk tidur dalam satu jangka masa di luar kebiasaan kehidupannya. Penyakit ini memang menyeksakan kerana kita akan menghadapi masalah iaitu susah untuk tidur, sering bangun pada waktu malam kemudian susah untuk tidur semula, bangun terlalu pagi dan berasa letih setelah bangun dari tidur.



Punca punca insomnia




Antara punca seseorang itu mengalami penyakit ini adalah sering kali tertekan atau stress, mengidap pelbagai penyakit, emosi tidak tenteram, suasana terlalu bising, keadaan tempat tidur yang terang benderang, suhu terlalu panas atau sejuk, mengambil ubat ubatan yang boleh mengganggu tidur seperti ubat merawat alergi, depresi, tekanan darah tinggi, ubat asma, berlaku peningkatan usia, dan juga jadual tidur sering terganggu (jet lag dan pertukaran waktu kerja).




Tanda tanda seseorang itu terkena insomnia




Antara tanda seseorang itu terkena insomnia adalah sering mengantuk pada waktu siang, sering berasa penat, selalu marah marah, mengalami masalah penumpuan (konsentrasi) dan mengalami masalah mudah lupa.



Cara mencegah insomnia




Menurut pembacaan saya, antara cara untuk mencegah masalah ini adalah seseorang itu perlu menjalani terapi nonfarmakologi iaitu satu terapi yang digunakan kepada pengidap insomnia yang berusia lanjut. Selain itu, jika anda pengidap insomnia, anda perlu sentiasa bersenam, elakkan makan atau minum secara berlebihan sebelum tidur, menyediakan tempat tidur yang selesa, kurangkan dari minum minuman berkafien seperti kopi dan Nescafe, jangan merokok, banyakkan makan makanan ringan yang mempunyai karbohidrat yang rendah, dan mandi air panas tiga puluh minit sebelum tidur. 



Cara mencegah insomnia dengan Omega Guard Shaklee




Sebagai seorang blogger, penulis rencana dan pengedar sah Shaklee, saya sarankan kepada anda supaya mengambil produk Omega Guard untuk mencegah daripada masalah insomnia ini. Omega Guard dihasilkan daripada minyak ikan laut dalam di perairan Jepun yang mengandungi Omega 3 yang mampu mencegah masalah insomnia. Insha Allah, setelah mengambil produk ini, kemungkinan untuk anda tidur nyenyak semula adalah tinggi dengan izin Allah Taala.


omega guard boleh mencegah insomnia




Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :



Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz

Shaklee Independent Distributor

ID : 1171450

Sms/whatsapp/telegram/wechat : 012 9772806

Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.

9 ulasan:

  1. Salam pkenalan...

    Blogwalking n terus folow...erm zaman2 belajar dulu rajinla stay up sampai ke pg...blajr sgtla konon2nya...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah pelbagai penyakit kini punyai produk Shaklee yang boleh menyembuhkannya...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. pembagai guna ye Omega Guard ni.. bagus untuk betulkan hormon2 badan kita..
    DESTINASI PERCUTIAN TERBAIK

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Omega Guard ni sememangnya banyak membantu kesihatan dengan meningkatkan kesihatan dan secara tidak langsung masalah-masalah kesihatan yang kita hidapi juga akan beransur ok :D


    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    BalasPadam
  6. Info yang bagus..Akak memang amalkan Omega sebelum tidur. Alhamdulillah so far walapun dapat tidur beberapa jam je pun bila bangu takdelah rasa mengantuk ke ape. rasa badan ringan & mudah nak fokus dekat ofis. Bagus ni kalo student2 amalkan.

    BalasPadam
  7. bahaya juga insomnia ni sbb x cukup tidur boleh mendatagkan pelbagai penyakit

    BalasPadam
  8. after ambil ostometrix tu, imsonia saya dah kurang ^_^

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.