Jumaat, 28 November 2014

SIAPA TOKOH BLOGGER NEGARA?


Sumber : Google




Peranan seorang penulis blog atau lebih mesra dipanggil blogger pada masa kini memang besar. Kalau dahulu masyarakat hanya bergantung kepada media cetak dan media eletronik untuk mendapatkan maklumat tetapi kini, dengan kecanggihan teknologi masyarakat tidak lagi memerlukan media media itu. Masyarakat boleh mendapatkan maklumat melalui blog yang ditulis oleh seorang blogger sahaja.

Penulis blog sekarang bukan sekadar berkongsi kehidupan peribadi mereka. Mereka juga boleh menyampaikan maklumat, ilmu, berita, menyuarakan pendapat, melemparkan kritikan, mencari rezeki dan sebagainya. Pokok pangkalnya banyak perkara yang boleh dilakukan hanya menggunakan medium blog sahaja. Blogger sekarang adalah wartawan, penyiasat, sasterawan, pakar motivasi, ahli perniagaan yang wujud di alam maya. Ini bukan fantasi tetapi adalah realiti.

Jika kita lihat sekarang, masyarakat kurang mahu membeli surat khabar untuk mendapatkan berita sebaliknya mereka lebih selesa untuk membaca blog blog atau laman laman berita secara atas talian. Ini kerana mereka tidak memerlukan masa dan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan berita bukan sahaja dalam malahan juga di luar negara.


Tidak hairanlah mengapa banyak akhbar akhbar arus perdana yang mewujudkan laman berita secara atas talian mereka sendiri contohnya Utusan Online, Sinar Online, BH Online dan banyak lagi. Begitu juga dengan ramai wartawan terkemuka di negara ini, mereka juga menggunakan medium medium blog antaranya Datuk A. Kadir Jasin, Mohd Sayuti Omar, Tan Sri Zainuddin Maidin, Fathi Aris Omar, Datuk Tarmizi Mohd Jam dan ramai lagi.

Kaum kaum penulis juga ramai yang terkenal sebagai penulis dengan menggunakan medium blog sahaja antaranya Umi Kalsum yang menghasilkan novel Kampung Girl yang terkenal sehingga diadaptasi menjadi sebuah drama di TV3 tidak lama dahulu. Penegur/pengkritik dan cybertrooper milik parti parti politik seperti UMNO, PAS, PKR dan DAP juga menggunakan medium medium blog untuk menyokong parti mereka dan membelasah pihak lawan antaranya blog Tukar Tiub, Milo Suam, Omak Kau, The Unspinners, House of PK, Gerakan Anti PKR dan banyak lagi.

Jangan hairan bin terkejut apabila blogger juga ramai yang sudah mencari rezeki dengan hanya menulis blog sahaja antaranya Hasrul Hassan, Ben Ashaari, Rabiatul Adawiyah, Bro Framestone, Encik Titan dan ramai lagi termasuk pengedar pengedar produk Shaklee (termasuk saya), semuanya menggunakan medium blog untuk menyara kehidupan.

Tidak dilupakan, golongan selebriti juga ada yang mempunyai blog seperti Hanis Zalikha, Zahiril Adzim, Zed Zaidi dan ramai lagi. Mengapa perkara ini bisa berlaku? Kerana peranan blog semakin besar dan meluas dalam masyarakat.

Pokok pangkalnya, blog ini mempunyai pelbagai fungsi dan sudah pasti peranan seorang blogger itu diiktiraf oleh masyarakat. Pengaruh seorang blogger sangat besar sekarang ni dan tidak dapat dinafikan populariti seorang blogger kadang kala setaraf dengan seorang selebriti yang terlibat di dalam industri seni sama ada populariti mereka itu datang secara baik ataupun secara tidak baik.  

Oleh sebab itulah, banyak syarikat sekarang ini lebih suka menggunakan khidmat blogger terkenal untuk memasarkan produk mereka di samping menggunakan saluran televisyen, radio dan surat khabar. Ini kerana promosi mereka lebih meluas, murah dan senang untuk berurusan tanpa banyak perkara yang perlu dilakukan.

Melihat kepada pengaruh penulis blog yang semakin membesar di dalam masyarakat yang hampir setaraf dengan wartawan dan sasterawan, tidak bermimpikah para blogger sekalian kerajaan dan dunia juga memberikan satu anugerah yang berprestij kepada seorang blogger sepertimana Anugerah Sasterawan Negara dan Tokoh Wartawan Negara?  
Jika penulis dan wartawan (sudah pasti menulis) itu pun boleh menerima anugerah di atas sumbangan besar mereka kepada negara, masakan blogger (juga menulis) tidak boleh diiktiraf seperti mereka? Alangkah bagusnya jika negara dan dunia mengiktiraf peranan seorang blogger dengan memberikan anugerah Tokoh Blogger Negara ataupun Tokoh Blogger Dunia (setaraf dengan Anugerah Nobel Kesusasteraan).

Saya fikir tidak mustahil anugerah seperti ini diwujudkan untuk mengiktiraf penulis blog yang telah berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air.

Pada hemat saya, sekiranya anugerah diwujudkan, anugerah itu perlu diberi kepada blogger blogger yang telah besar jasanya kepada Islam, Melayu dan Malaysia. Sebagai contoh, A. Samad Said (Sasterawan Negara) diiktiraf kerana karyanya seperti Salina itu telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Sumbangan beliau di dalam dunia kesusasteraan tidak boleh disangkal lagi. Begitu juga dengan Datuk A. Kadir Jasin. Sumbangan beliau di dalam dunia kewartawanan memang sukar untuk dinafikan. Tidak hairanlah mereka berdua menerima anugrah yang cukup berprestij.

Oleh itu, tidak mustahil juga satu anugerah yang berprestij diwujudkan khas untuk seorang blogger bagi mengiktiraf jasanya dalam bidang blogging dan penulisan maya. Saya yakin ramai blogger di luar sana yang mempunyai ciri ciri yang baik untuk menerima anugerah itu seperti membantu ramai blogger lain untuk berjaya di samping berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

Soalan saya, jika Anugerah Tokoh Blogger Negara diwujudkan pada waktu ini, blogger manakah yang sesuai untuk menerima anugerah berprestij itu? Fikir fikirkan….

5 ulasan:

  1. mungkin blogger dianggap picisan. btw byk jgk info sy dapat melalui entri nih. blog2 otai. hehe ---kerusiburok---

    BalasPadam
  2. perghhh Tokoh Blogger Negara.... best jugak tu

    BalasPadam
  3. nice sharing.Terima kasih MNH sastera melayu.

    BalasPadam
  4. sekarang kita suka baca pape berita/cerita online so blog salah 1 medium yang digunakan...mudah dan senang utk akses :)

    GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

    BalasPadam
  5. Alamak... Baru terperasan ada nama kita di situ. Apa2 pun terima kasih, saya masih lagi berblog walaupun income x selebat dahulu

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.