Rabu, 6 Februari 2019

PESANAN UNTUK MAHASISWA


Image result for mahasiswa
Sumber : Google


Ketika kau datang ke daerah kemahasiswaan,
Usah kau hanyut dalam badai percintaan,
Perlu kau tahu mengapa kau di universiti, 
Untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyaknya di dalam hati.

Jadi mahasiswa ini bukanlah mudah,
Tugasan dan peperiksaan memang amat payah,
Perlu kau rasa susah pada masa sekarang,
Supaya kau tidak susah pada masa akan datang.

Taatkan dirimu kepada Tuhan,
Kerana Tuhan sememangnya mempunyai kekuasaan,
Usah taatkan dirimu kepada ahli politik,
Kerana mereka hanyalah seketul taik!

Lihatlah suasana di bandar besar sana,
Bangsa mana yang paling ramai berniaga,
Lihat juga saudara kita di Palestin sana,
Bawalah segera pembelaan untuk mereka.

Kau sebatang lilin yang tega membakar diri,
Untuk menerangi bangsamu yang ditelan gelap dinihari,
Perlu kau bawa keadilan kepada dunia,
Kerana dunia akhirnya milik semua anak muda.

FAKTA-FAKTA TENTANG SYARIKAT TERKEMUKA YANG MENGEJUTKAN!

Image result for syarikat
Sumber : Google


1. Purata keuntungan Walmart ialah USD1.8 juta setiap jam.

2. Yahoo ialah akronim kepada frasa ‘Yet Another Hierarchical Officious Oracle’.

3. Starbuck menyediakan meja bulat di premis mereka kerana mahu pelanggan mereka kurang berasa sepi apabila minum kopi bersendirian di premis tersebut.

4. Google pada asalnya dikenali sebagai BackRub. 

5. 1 daripada 10 orang Eropah mengandung di katil Ikea.

6. Candy Crush dilaporkan pernah mendapat keuntungan sebanyak USD633,000 sehari.    

7. Warna merah dan putih pada logo Coca Cola telah dikenali 94% penduduk dunia.

8. Warner Music ialah pemilik hakcipta lagu ‘Happy Birthday’ yang dinyanyikan oleh ramai orang di seluruh dunia ketika sambutan hari lahir. 

9. Facebook berwarna biru kerana Mark Zuckerberg mengalami penyakit buta warna merah dan hijau.

10. Victoria Secret merupakan syarikat yang mempunyai paling ramai pengikut di Instagram.

11. Syarikat Volkswagen ialah pemilik Bentley, Bugatti, Lamborghini, Audi, Ducati, dan Porche.