Sabtu, 18 Februari 2017

TIPS MOHON KERJA DI JOBSTREET

Image result for temuduga kerja
Sumber : Google


1- DOWNLOAD APPS JOBSTREET

Hat ni tak wajib pun nah. Aku download sebab selalu pakai data hat murah so line tak kuat. Jadi memang prefer pakai apps ja. Hihi

Image may contain: text 

2- UPDATE RESUME

Hat ni pun rasanya tak payah habaq la kot noh. Haruslahh update resume. Kalau dak acanor nak applyyy. Hahah.

Tapiiii, update tu biaqlah penuh dengan FULL DETAILS. Gambaq WAJIB ada. Dan jangan la letak gambaq selfie 😂😂😂. Usaha la sikit pi scan gambaq pasport hampa tu pastu upload. Tapi lepastu jgn pi buh emoji smiley ka apa ka cencor muka hampa tu pulak nah, ni contoh ja. jangan buat gambaq hampa lagu ni 🙅🏻. Aku buat camni sebab malu aih nak tunjuk gambaq pasport kat public camni 🙈. Hehe

- Bahagian Working Experience
Sebolehnya utk setiap working experience tu letak details sedetailnya ok? Sebab kebanyakan employer akan tengok previous job ni apa hampa buat. Jangan la buh ACCOUNT CLERK pastu description buh '-do full set account' ja. Tulis la details lagi. Buatla paling kurang 2-4 point. Cth ;

Position : Account Clerk
Details ;
•do full set account (account receivable, accounts payable, bank reconciliation, deppreciation, petty cash & bla bla bla
•software used : UBS, EMAS Accounting, ORACLE, SQL & bla bla bla

- Bahagian Skills

Utk part ni pun isi semua skills yg hampa ada. Jangan buh 'microsoft office' ja melainkan memang tu ja skill yg hampa tau. Even kalau tau microsoft office ja pun, tulis la details sikit. Cth : Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)

- Bahagian Expected Salary

Haaa ni top 3 yg penting dlm resume jobstreet ni. Tak percaya? Cuba letak RM1000 pastu apply at least 10 jobs. InsyaaAllahh 8/10 akan call utk interview 😂.

Part ni memang ramai maybe main letak ja. Aku dulu camtu. Tapi lepas dah tukaq2 keja, bagi aku ni part yg kita kena ambik serius masa apply keja. Hehe. Utk fresh grads, aku tak sarankan letak 2K. Kalau boleh letak la antara 1.5k - 1.8k dulu. Hatta kalau letak 1.8k pun chance utk employer call utk interview pun sangatlah rendah 😔(berdasarkan pengalaman aku lah).

Part ni aku buat calculation sikit. Cth, aku stay bukit mertajam, penang. Aku apply pun sekitar penang & kulim ja. Ni cth aku buat calculation utk expected salary aku 👇🏼 berdasarkan bajet perbelanjaan bulanan.

•bayaq kereta rm500/bulan
•minyak rm250/bulan
•makan rm250/bulan
•mak ayah rm200-rm300/bulan
•epf & socso rm200

Total : RM1400-RM1500

So, dari sini aku bajet dapat keja yg gaji mesti at least rm1500. So aku akan letak expected salary rm1500. Sebab apa? Sebab tu bajet palinggg MINIMUM aku kena dapat dlm sebulan. Ni bajet aku sbb aku stay dgn mak ayah. Kalau hampa stay rumah sewa & so on, pandai2 lah buat bajet cuma sebolehnya cuba buat bajet seminima yg boleh ✌🏼

Tapi jangan risau pikiaq duit nak shopping takdak, duit belanja kecemasan pun takkan takdak bajet kan. Sebab selalu masa iv, employer akan tanya balik expected salary hampa. Masa tu hampa habaq la tinggi sikit dari yg hampa tulis dlm jobstreet ni haa. Tapi jgn over sgt pulak letak dlm jobstreet 1.5k tapi masa iv mintak sampai 2.5k 😂😂 (tips utk interview nanti aku share dlm post lain ok).
Ni hampa buh 1.5k supaya peluang utk dipanggil interview tu nampak la sikit sinar 👀. Hahah. Dan ini contoh saja nah. Kalau takmau ikut pun takpa. Atau kalau dah ada pglaman 1-2 tahun maybe boleh up sikit expected salary tu 😊

- Bahagian lain2

Bahagian2 lain hampa jangan tinggai kosong pulak. Ni aku highlight bahagian2 yg penting ja 😊

Apa yg penting? Pastikan SEMUA BAHAGIAN diisi dengan LENGKAP & penuh dengan DETAILS ok 👌🏼😀

 No automatic alt text available. 


 3- SEARCH JOB

Ok next, dah update resume mestila nak apply koje. Nak apply koje, kenala search dulu ye dak? Haha.

Utk part ni, dinasihatkan search la kawasan2 yg ada dlm lingkungan tempat tinggal. Jangan la duduk kat Penang tapi apply kat Johor. Takpun tulis dlm resume dok kat Kelantan tapi apply kat Selangor.

Sebab apa? Sebab employer selalunya akan tengok candidate yg apply keja kat tempat depa tu dok tang mana. Dan kebanyakan employer memang prefer yg stay berdekatan. So sebenaqnya tempat tinggal kita pun mempengaruhi jugak la peluang nak dapat keja ni. Aku ni alhamdulillah ja dok kat penang kat kawasan yg tak jauh tapi tak dekat jugaklah dgn kawasan2 perindustrian so memang prefer stay dgn mak ayah ja smntara masih bujang. Jimattt. Hehe.

Dan masa search ni, mcm yg hampa nampak kat gambaq ni, min monthly salary tu aku biaq MYR 0 ja sebab ada sesetengah employer tak letak range salary dan aku nak luaskan pencarian mencari koje. Sebab kalau hampa letak range min range salary ni cth RM1500, nanti yg kluaq cuma keja2 yg offer gaji rm1500 & ke atas sahaja. Padahal ada ja company2 lain yg offer gaji tinggi cuma depa tak letak range salary ja. Contoh hampa boleh refer next picture 😊


Image may contain: text 



 
Ni contoh company yg tak letak range salary. Kalau masa search hampa letak range RM1500, vacancy dari company macam dlm gambaq ni takkan keluaq sbb dia takdak range salary. Ada faham? Hehe.

Dan selalunya company2 macam ni takdak button APPLY pun. Depa cuma tinggalkan email utk apply so kalau hampa nak apply kat company yg post camni, hampa kena email sendiri lah yo ✌🏼


Image may contain: text 




4- REFER DATE & TIME VACANCY POSTED

Part ni penting jugak ni. Sebab kalau vacancy tu dipost 3-4 minggu yg lepas, peluang nak dapat tu tak tinggi sangat sebab kemungkinan company tu dah hire dah pun candidate yg depa berkenan. Acanor aku tau? Sebab kebanyakan keja yg aku dpt, masa aku dh report duty even dah seminggu atau 2 minggu, bila aku search kat jobstreet selalunya post pasal vacancy tu dok ada lagi 😂. Maybe sbgai preparation utk cari spare candidate andaikata org yg depa dah hire tu lari. Hahah

Macam mana nak tau bila employer tu post?
Tu refer kat tanda bulat tuu. Nampak dak? Kalau tak nampak tu tak lama dah la tu 😆. Hahaha gurau ja nah.

Aku sarankan applylah vacancy yg mana maximum paling lama 1 week dari tarikh employer to post. Kalau nak apply hat lebih dari 1 week pun takpa aih, cuma chance nak dpt tu tak tinggi sangatlah. Tu jerr.

Pengalaman aku sendiri, kebanyakan yg aku apply yg mana employer baru post dlm range 1-20 minit, aku akan dpt panggilan iv. Hehe. Tapi bergantung jugak lah. Kalau pengalaman atau apa yg hampa ada tak memenuhi requirement yg diperlukan pun memang takkan dipanggil jugak. So, masa ni memang berguna jugak apps ni sebab boleh tau minit & jam vacancy tu dipost. Tak sure plak kat laman web dia ada tulis ka dak sbb dah lama tak bukak guna web. Hehe 😬

No automatic alt text available. 



5- MAKE YOUR PITCH

Ini adalah part paling menonjol dekat employer tauu kalau kita isi. Sebab tak ramai yg isi bahagian ni. Betui dak? Hehe.

Aku dah buat eksperimen dah part ni. Duluuu, masa bulan 1st menganggur memang aku tak isi langsung part ni. Dan memang takdak yg call utk iv pun ☹️. Start bulan ke-2 menganggur, aku try isi part ni. Dan alhamdulillah dalam tempoh 2 minggu aku dapat 5 panggilan iv 😀. Hihi

Dan utk part ni, sebolehnya hampa tulis la benda2 positif tentang diri hampa sejujurnya. Kalau hampa takmau keja yg asyik kena OT, tak payahla tulis 'i am able to do ot & bla bla bla' pulak. Tapi jangan la pulak pi tulis 'i do not prefer job that require me to do ot' atau ayat2 negatif camtu. Tulis CIRI2 POSITIF SAHAJA ok? Ayat dalam gambaq ni contoh ja. Nak ayat sedap lagi, hampa boleh google ajorr 😊.

———

Akhir kata, harap tips ni membantu lah. Dan tips ni sebenaqnya tak terhad utk jobstreet saja. Boleh try kalau nak apply melalui medium2 lain selain jobstreet 😀. Lain2 usaha cth macam buat solat dhuha, rajin sedekah & sebagainya tu pun atas diri masing2 jugak lah.

Cheq mintak maaf jugak andai kata post ni ada mengguris perasaan sapa2 ka, atau hampa tak berapa nak faham ka sebab tulis style utagha ka apa ka, cheq mintak maap nah.

Moga Allah permudahkan hampa semua dapat keja dgn jayanya walaupun hanya sekadar apply kat jobstreet. Aminnn 😊.



 Image may contain: text





 Sumber : Intan Nadiah















1 ulasan:

  1. Wahh... bagus info ini. guideline yg cukup lengkap utk fresh graduate dan sesiapa yg nak wat resume keje. terbaik. :D

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.