Isnin, 10 November 2014

SEBESAR KEBEBASAN


puisi sebesar kebebasan
Sumber : Google


Aku adalah blogger,
Aku adalah penulis,
Yang memerlukan,
Sebesar kebebasan,
Aku tidak suka dikongkong,
Dalam lapangan penulisan.

Kau bertanya,
Dengan kasarnya,
Mengapa aku jadi begitu,
Kerana aku adalah aku,
Aku bukan kamu,
Dan kamu bukan aku.

Sebagai blogger,
Sebagai penulis,
Akulah yang mencorak karya karyaku,
Akulah yang mencipta penulisanku,
Kau tidak berhak,
Menyuruh aku,
Melakukan itu dan begitu.

Sejak aku masuk dalam dunia kamu,
Karyaku menjadi kaku,
Penulisanku menjadi lesu,
Aku dipaksa melakukan itu dan begitu,
Kau melemparkan kritikan,
Terhadap karya karyaku,
Kau mengajar aku,
Mengikut teknologi terbaru,
Tanpa aku dapat memahami,
Kerana aku punya had,
Pada ruang dan waktu.

Aku dambakan masa depan yang baik,
Tatkala membaca karya karyamu,
Tatkala aku masuk ke dunia kamu,
Hanya kesusahan yang aku terima,
Hanya desakan yang turut serta,
Mengapa bisa begitu,
Duhai sang ratu.

Mengapa aku tidak bisa menjadi seperti Hany,
Yang bebas berkarya,
Tanpa tuntutan tugas,
Tanpa tuntutan tanggungjawab,
Berkarya untuk diri sendiri,
Walaupun dia hanya penulis,
Yang kita anggap bak kayu mati.

Aku ingin jadi seperti Hany,
Bebas berkarya,
Bebas menjadi kaya,
Tanpa memikirkan,
Tugas dan tanggungjawab,
Yang berat dan dahsyat.

Duniamu hanya indah di luar,
Hanya indah di dalam karya,
Tetapi hakikatnya,
Orang menangis meratapi duka,
Kerana  duniamu,
Tanpa kebebasan,
Meragut masa senggang,
Kebebasan untuk berkarya,
Kebebasan untuk diri,
Dan kebebasan untuk hati.





M.N.HAZIQ
Kampung Baru, Kuala Lumpur
2.31 pagi.

3 ulasan:

  1. Sorry tanya, siapa Hany?
    Ada orang x selesa dengan penulisan awak?

    BalasPadam
  2. menulis hobi untuk kongsikan untuk pelajaran dan satu kenangan jua

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.