Ahad, 7 November 2021

PEAR

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pear atau nama saintifiknya Pyrus Spp. mempunyai lebih daripada 30 spesis daripada keluarga Rosaceae. Dalam bahasa Melayu, buah Pear dikenali sebagai Buah Lai. Malaysia banyak mengimport buah ini dari negara China setiap tahun dengan kuantiti yang banyak. Lazimnya, buah Pear berkulit hijau atau kuning pudar.


Kandungan : 

Mengandungi serat, antioksidan, vitamin C, vitamin K, tembaga, vitamin A, boron, kalsium, dan asid folat.


Khasiat :

1.     Membantu mencegah penyakit jantung

2.     Mengurangkan risiko serangan strok

3.     Mencegah barah payudara

4.     Mengurangkan masalah osteoporosis

5.     Membekalkan tenaga


Selasa, 20 Julai 2021

EPAL

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Epal atau nama saintifiknya Malus Domestica adalah sejenis buah dalam genus Malus dan dalam keluarga mawar (Rosaceae). Epal adalah antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia. Epal berasal dari Asia Barat. Terdapat lebih daripada 7,500  baka epal yang dikenali di dunia yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza.


Kandungan :

Mengandungi vitamin C, antioksidan, serat, fenol (kuersetinepikatekin, dan prosianidin B2), dan asid ursolik.


Khasiat :

1.     Mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru

2.     Membendung risiko penyakit jantung

3.     Mengawal berat badan dan kolestrol

4.     Melambatkan proses penuaan

5.     Menjaga kesihatan tulang


ANGGUR

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Anggur atau nama saintifiknya Vitis spp. ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minumankismisjuswain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ditanam bersesuaian dengan iklim tropika.


Kandungan :

Mengandungi vitamin C, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalori, kalium dan phytonutrient.


Khasiat :

1.     Membantu mengurangkan paras kolestrol

2.     Membantu sistem percernaan

3.     Mengatasi masalah sembelit

4.     Melindungi mata daripada masalah katarak

5.     Melindungi dari penyakit kanser


PISANG

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pisang atau nama saintifiknya Musa Spp. adalah sejenis buah yang berubah-ubah dari segi saiz, warna dan bentuk tetapi biasanya panjang dan melengkung. Isinya lembut dan kaya dengan kanji, ditutup dengan kulit yang berwarna hijau, kuning, merah, ungu, atau coklat apabila masak.


Kandungan :

Mengandungi proteinlemakkalsiumkarotenakaliumkarbohidrat, serat, dan tenaga. Selain itu, pisang juga mengandungi asidenzim, dan sebatian kimia penting. Terdapat tiga jenis gula semulajadi dalam pisang iaitu sukrosafruktosa, dan glukosa selain magnesiumfosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin dan folat.


Khasiat :

1.     Membantu menurunkan tekanan darah tinggi

2.     Membantu merendahkan kolestrol

3.     Merawat cirit-birit

4.     Merawat pening kepala

5.     Mengurangkan senggugut


Isnin, 19 Julai 2021

NANAS

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus ialah sejenis tumbuhan tropika berasal dari BrazilBolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan Bromeliad (keluarga Bromeliaceae). Buah Nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai Pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok Pain.


Kandungan :

Mengandungi vitamin C, vitamin B, B1, B3 (niacin), karbohidrat, potassium, sodium dan enzim bromelin.


Khasiat :

1.     Mengekalkan kesihatan jantung

2.     Membantu mengurangkan lemak

3.     Meningkatkan ketahanan badan

4.     Menjadikan tulang lebih sihat

5.     Meneutralkan asid dalam badan


LAICI

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Laici adalah sejenis pokok berbuah iklim sederhana yang berasal dari selatan China, selatan Indonesia dan timur Filipina. Nama saintifiknya ialah Litchi Chinensis.


Kandungan :

Mengandungi zat besi, kalori, lemak, sodium, potassium, karbohidrat, protein, vitamin C, serat, gula, vitamin B-6 dan magnesium.


Khasiat :

1.     Mengurangkan tekanan

2.     Mengurangkan kedutan pada wajah

3.     Menjaga kesihatan jantung

4.     Mengekalkan kesihatan mata

5.     Menguatkan tulang


KIWI

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Kiwi adalah sejenis buah-buahan beri daripada genus Actinidia. Buahnya berbentuk bujur seperti sebiji telur ayam, mempunyai kulit berbulu dan berwarna perang-kehijauan pudar. Isinya pula berwarna hijau terang atau keemasan dengan barisan biji-biji kecil hitam yang boleh dimakan. Buah ini memiliki struktur yang lembut serta rasa yang unik tetapi masam dan manis.


Kandungan :

Mengandungi kalori, sodium, potassium, karbohidrat, protein, vitamin A, kalsium, vitamin C, zat besi, vitamin B-6, magnesium, kalium, beta karoten, vitamin E dan serat.


Khasiat :

1.     Menjaga sistem kardiovaskular

2.     Menjaga sistem pernafasan

3.     Membantu kehamilan

4.     Mencegah kanser

5.     Menjaga mata


PLUM

 

Sumber : Google 



Penerangan :

Plum ialah tumbuhan berbuah dalam genus Prunus.  Pokok bagi buah ini mempunyai bunga berkelompok satu hingga lima kuntum bersama pada batang yang pendek. Ciri-ciri buah Plum ialah berwarna merah kehitaman dan beralur. Isi buahnya berwarna kekuningan.  


Kandungan :

Mengandungi antioksida, zat besi, kalori, serat, gula, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K dan potassium.


Khasiat :

1.     Mengekalkan kesihatan sistem percernaan

2.     Mengurangkan tekanan dan kelesuan

3.     Menurunkan paras kolestrol

4.     Mencegah barah

5.     Mencegah penuaan

 

Ahad, 18 Julai 2021

TEMBIKAI

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Tembikai atau Semangka atau Timun Cina mempunyai nama saintifik Citrullus Lunatus adalah tumbuhan menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam keluarga Cucurbitaceae.


Kandungan :

Mengandungi vitamin A, kukurbisitrin, kalori, sodium, potassium, karbohidrat, serat, gula, kalsium, vitamin D, kobalamin, protein, vitamin C, zat besi, vitamin B-6 dan magnesium. 


Khasiat :

1.     Mengurangkan tekanan darah tinggi

2.     Mengurangkan risiko sakit jantung

3.     Meningkatkan sistem imunisasi badan

4.     Menguatkan tulang

5.     Mencuci buah pinggang


STRAWBERI

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Strawberi atau nama saintifiknya Fragaria adalah sejenis genus tumbuhan dalam keluarga Rosaceae. Terdapat lebih daripada 20 spesies serta beberapa hibrid dan kultivar.


Kandungan :

Mengandungi vitamin C, antioksidan, sebatian-sebatian fitokimia iaitu asam ellagik, kuersetin, kaempferol, asid fenolat dan antosianin. Selain itu, buah strawberi juga mengandungi kalori, protein, karbohidrat, serat, kalsium, magnesium, fosfor, potassium, selenium, folat dan vitamin A.


Khasiat :

1.     Menstabilkan tekanan darah

2.     Menguatkan sistem imunisasi badan

3.     Memberi kesihatan untuk mata

4.     Melawan kolestrol

5.     Melawan kanser  

 


GELI-GELI

 

Sumber : Google


Penerangan :

Geli Geli adalah sejenis tumbuhan herba. Rasanya lemak dan sedap seakan-akan rasa Asparagus. Pokok ini adalah tumbuhan renek kecil setinggi 50-75 cm. Batangnya lembut pendek, menumpang tangkai daun yang panjang dan berduri kecil.


Khasiat :

1.     Merawat sakit perut

2.     Merawat sembelit

3.     Merawat buasir

4.     Merawat gout

5.     Merawat sakit pinggang


Kaedah :

Daun Geli Geli mengandungi sedikit toksik dan perlu direbus sehingga masak dahulu jika ingin dimakan dan tidak boleh dimakan mentah. Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan merebuskannya dan dicecah bersama sambal belacanbuducencalok atau cecahan yang lain.


Isnin, 12 Julai 2021

DAUN KELOR

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Daun Kelor yang mempunyai nama saintifik Moringa Oleifera adalah antara ulam atau sayuran yang berkhasiat. Nama bahasa Inggeris untuk tumbuhan ini ialah Drumstick Tree. Tumbuhan ini berasal dari India tetapi kini banyak ditemui di Afrika, Amerika Selatan dan Asia termasuklah Malaysia.


Khasiat :

1.     Meningkatkan ketahanan tubuh

2.     Makanan baik untuk mata

3.     Makanan baik untuk otak

4.     Meningkatkan metabolisme tubuh

5.     Meningkatkan struktur sel tubuh


Kaedah :

Boleh dimakan sebagai sayur dan ulam. Selain itu, daun ini juga boleh dijadikan ubat untuk penawar penyakit.

 

KEREMAK

 

Sumber : Google


Penerangan :

Pokok Keremak atau juga dikenali sebagai Bayam Pasir Tanah mempunyai nama saintifik Alternanthera Triandra adalah tumbuhan yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN. Mempunyai bentuk daun yang agak kurus serta mempunyai batang dan daun berwarna hijau atau merah.


Khasiat :

1.     Mampu menyejukkan badan

2.     Mampu melawaskan sistem pencernaan

3.     Membersihkan salur darah yang tersumbat

4.     Merawat sakit buah pinggang

5.     Merawat sakit batuk berdarah


Kaedah :

Boleh dimakan dengan cara merebus daunnya terlebih dahulu atau dimakan sebagai ulam atau sayur-sayuran.