Selasa, 7 Jun 2022

BOSS



Antara punca seseorang pekerja boleh bertahan lama dalam sesebuah organisasi adalah kerana boss / ketua / pengurus / supervisor yang baik. 

Boss yang mempunyai sikap yang baik pasti akan disukai pekerja dan pekerja akan kekal lama dalam sesebuah syarikat.

Dapat boss yang mempunyai sikap yang buruk akan membuatkan pekerja cari kerja lain.

Aku antara orang yang kerja banyak tempat.

Setiap tempat aku kerja, aku akan dapat boss yang berbeza.

Aku pernah dapat boss yang baik dan pernah juga dapat boss yang teruk.

Walau bagaimanapun, boss adalah manusia biasa. Jadi tak terlepas dari kesalahan.

Boss yang baik pun ada perangai dia yang aku tak suka. Tapi aku boleh kekal lama sebab aku selesa bekerja dengan dia.

Boss yang mempunyai sikap yang buruk memang aku tak suka. Boss jenis ni, aku boleh bertahan kerja dengan dia, sebulan je. Lepas tu aku cabut.

Memang best kalau dapat boss yang baik.

Boss yang baik maksud aku adalah tegas tetapi boleh bertolak ansur dan memahami pekerja.

Boss yang aku tak suka adalah boss yang sikit-sikit nak marah. Tak boleh bertolak ansur dan tak mengambil berat atas kebajikan pekerja.

Alhamdulillah, aku belum pernah lagi dapat boss yang pilih kasih dan tak berlaku adil. Kawan aku pernah dapat boss macam ni.

Jadi boss memang tak mudah, tapi jadilah boss yang memahami dan bertolak ansur dengan pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

MENANGIS


Aku sebenarnya jarang menangis walaupun hidup aku banyak pahit dari manis.

Seingat aku, hanya sekali aku menangis sebab masalah.

Iaitu masalah aku masih tak dapat lagi memandu kereta dengan betul walaupun dah diajar berkali-kali.

Tapi akhirnya aku dapat juga lesen.

Selain dari itu, aku jarang menangis sebab masalah walaupun masalah tu berat.

Aku cuma menangis bila tengok kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Aku akan menangis kalau ada orang yang aku sayang meninggal dunia.

Aku akan menangis kalau aku tengok orang lain menangis sebab ada ahli keluarga dia meninggal dunia.

Aku akan menangis bila tengok orang bukan Islam mengucap dua kalimah syahadah untuk masuk Islam.

Aku akan menangis kalau aku happy sangat.

Tapi disebabkan aku ni jarang mendapat kejayaan, aku jarang menangis kegembiraan.

Kalau aku mendapat kejayaan pun, biasanya aku takkan menangis.

Aku akan senyum je.

Aku tak pernah menangis sebab tengok filem atau drama.

KETAWA

Aku sebenarnya seorang yang selalu happy.

Walaupun hakikatnya aku banyak tak happy daripada happy.

Tapi aku tak suka nak tunjuk rasa tak happy aku tu pada orang.

Walaupun aku tak happy, aku akan berpura-pura untuk menunjukkan yang aku sebenarnya happy. 






Aku sebenarnya pun suka ketawa walaupun orang tu buat lawak sikit je.

Maybe aku ni jenis mudah terhibur.

Lagi satu, aku suka tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Abdul Somad untuk aku ketawa.

Selain ketawa, aku juga boleh dapat ilmu.

Aku pun suka tengok rancangan yang lawak untuk aku hiburkan diri (ketawa).

Aku selalu tengok rancangan JKK. Paling aku suka watak Pak Kodi lakonan Ropie Cecupak.