Sumber |
Artikel
ini saya tulis khusus untuk membantu mahasiswa-mahasiswi yang akan mengambil
kursus Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi
Profesional di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah
Alam.
Diharapkan
artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada anda tentang kursus
ini.
Saya
ialah bekas mahasiswa yang mengambil kursus ini dari tahun 2015 sehingga tahun 2018.
Saya sebenarnya tidak merancang menulis artikel ini tetapi seorang kawan telah
mencadangkan kepada saya supaya artikel ini ditulis untuk memudahkan bakal
mahasiswa-mahasiswi yang akan mengambil kursus ini jika mereka membuat carian
di internet.
Kursus
ini akan dijalankan di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Kursus ini
mendidik anda tentang ilmu bahasa, linguistik dan komunikasi yang diajar
sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, anda perlu juga mengambil
subjek-subjek bahasa Inggeris dan subjek-subjek bahasa ketiga seperti bahasa
Arab, bahasa Jerman, bahasa Korea, bahasa Jepun dan sebagainya.
Sebagai
peringatan, anda tidak diajar untuk bergelar seorang guru bahasa Melayu dalam
kursus ini. Untuk bergelar seorang guru di sekolah milik kerajaan, anda perlu
menyambung Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) selepas anda tamat kursus
ini. Jika anda mahu bekerja sebagai seorang guru juga sejurus selepas anda
tamat kursus ini (tanpa mengambil DPLI), anda boleh memohon untuk menjadi guru
di sekolah swasta atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Kursus
ini sebenarnya lebih memberi penekanan kepada anda untuk bergelar seorang
editor, pensyarah, penterjemah, perancang bahasa dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, di zaman ini, tidak semestinya anda belajar dalam bidang bahasa maka
anda mesti bekerja dalam bidang bahasa juga. Anda juga boleh bekerja di bank
dengan kursus ini. Jangan sempitkan fikiran anda atau berfikir seperti anda
berada di tahun 70an!
Secara
umumnya, dalam kursus ini anda akan belajar tentang tatabahasa, budaya,
terjemahan, protokol serta subjek-subjek komunikasi seperti perucapan,
penghujahan dan perundingan. Selain itu, anda akan turut belajar tentang
subjek-subjek linguistik seperti Sosiolinguistik, Semantik, Pragmatik,
Linguistik Am dan sebagainya.
Kebanyakan
mahasiswa dan mahasiswa yang akan menjadi rakan-rakan anda dalam kursus ini
adalah baik-baik belaka. Perlu diingatkan bahawa jumlah mahasiswi adalah lebih
ramai daripada jumlah mahasiswa dalam kursus ini.
Selain
berkawan dengan rakan-rakan yang satu kursus dengan anda, anda juga akan
berkawan dengan mahasiswa-mahasiswi yang mengambil kursus Bahasa Inggeris
Komunikasi Profesional dan Bahasa Arab Komunikasi Profesional. Mereka merupakan
rakan-rakan satu fakulti dengan anda.
Dari
segi pensyarah pula, kesemua pensyarah dalam kursus ini baik-baik belaka.
Kesemua mereka bukan sahaja berdedikasi, malah akan membantu anda sehabis baik.
Walau bagaimanapun, tetaplah ada juga pensyarah yang tegas.
Walau
bagaimanapun, ketegasan mereka tidaklah sehingga sukar mahu bertolak ansur
dengan anda. Mereka masih boleh dibawa berbincang jika terdapat masalah yang
timbul. Kesemua mereka akan mengajar anda secara profesional. Jika anda mempunyai
sebarang masalah, jangan sesekali segan untuk berhubung dengan mereka kerana
mereka pasti boleh membantu.
Dalam
kursus ini, terdapat sebuah persatuan yang mesti (ulang : mesti) anda sertai
iaitu Persatuan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional. Aktifkan diri anda dengan
persatuan ini dan bantulah persatuan ini supaya menjadi persatuan yang hebat
untuk masa kini dan akan datang.
Jika
anda tidak mampu untuk menyewa rumah, maka aktifkan diri anda dengan
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak kolej. Namun, jika anda malas, anda
boleh memilih untuk tinggal di rumah sewa.
Di
universiti, anda perlu menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang aktif. Jika anda
pasif, anda akan rugi. Aktiflah dalam mana-mana persatuan yang anda suka dan
sertailah mana-mana aktiviti yang dianjurkan sama ada di peringkat fakulti,
kolej atau universiti. Percayalah, jika anda aktif, anda akan beruntung selepas
anda tamat belajar nanti.
Berkawanlah
dengan semua orang terutama kawan-kawan daripada fakulti yang lain. Jangan
hanya berkawan dengan rakan-rakan sekelas atau satu fakulti dengan anda sahaja.
Diharapkan
artikel yang serba ringkas ini dapat membantu anda mendapat gambaran tentang
suasana pembelajaran seandainya anda terpilih untuk mempelajari kursus ini.
Kursus ini sangat bagus dan sangat seronok untuk dipelajari. Berbanggalah jika
anda terpilih untuk mempelajari kursus ini.
zaman u dulu, saya ada roommate yang ambil kursus bahasa melayu..memang menarik kursus ni
BalasPadamsemoga bermanfaat untuk mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang berkenaan :)
BalasPadamPerkongsian terbaik...
BalasPadamAssalamualaikum nk tnya syarat lepas stam nk DPT apa
BalasPadamboleh kongsikan tempat latihan yang boleh kita pilih untuk kos ini?
BalasPadamUntuk kursus ini hanya ada UiTM Shah Alam. Latihan Industri boleh pilih mana mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta seperti TV3, DBP, ITBM, dan sebagainya.
PadamUlasan yg sgt menarik . Doakan sy agar terpilih utk masuk kos ini 🤍
BalasPadamKursus ni ada temuduga, temuduga nanti panel tanya soalan apa je
BalasPadam