Rabu, 19 November 2014

SAHABAT BLOGGER


Sumber : Google



Acapkali kita singgah di blog mereka,
Tekun meninggalkan sekomen dua,
Dengan harapan mereka akan datang semula,
Singgah di blog kita.

Harapan kian tinggal harapan,
Kunjungan yang dinanti tidak juga tiba,
Kita singgah lagi dan lagi di blog mereka,
Tanpa rasa jemu mahupun putus asa,
Sebagai tanda sokongan kita kepada blog mereka,
Sebagai tanda blog mereka ada pembaca,
Namun semuanya hampa,
Mereka hanya memandang sepi pada blog kita.

Kita tidak tahu mengapa,
Kita tidak tahu apa sebabnya,
Mereka tidak suka datang ke blog kita,
Adakah blog kita blog purba,
Atau hanya ulas tentang politik sahaja,
Menyebabkan mereka geli,
Untuk datang singgah walaupun sekali.
 
Kita tahu kita tidak punya rupa,
Kita sedar blog kita tidak terkemuka,
Follower kita tidak ramai mana,
Pageview kita tidak banyak mana,
Tetapi kita tetap punya harga,
Sebagai blogger yang mahu berjaya.

Kita menyimpan mereka,
Kita menjadi follower mereka,
Dengan harapan untuk menjadi sahabat maya,
Kita hulurkan salam persahabatan,
Tetapi mereka balas dengan sengihan.

Kita tidak pernah minta,
Untuk mereka,
Jadi follower kita,
Kita cuma minta,
Mereka baca blog kita,
Mereka komen entri kita,
Namun mereka diam cuma,
Kita cuba bersangka baik,
Mungkin mereka punya banyak kerja.

Itulah sahabat blogger,
Yang ada dalam simpanan kita,
Kita tidak marah,
Cuma terkilan sahaja,
Dengan sikap mereka,
Yang tidak mahu mengendahkan kita





MNH
Kuala Lumpur,
11.00 malam





   

11 ulasan:

  1. Sedihnya luahan hati. InsyaAllah ada yg sudi

    BalasPadam
  2. saya dah jadi follower ke #100.. kdg2 kita kene positif, berkunjung tanpa jemu.. in syaa Allah akan dpt balasan kunjungan...

    BalasPadam
  3. jgn putus asa... cuba dan terus mencuba..

    BalasPadam
  4. wah.. puitisnya luahan hati. sesuai dengan urlnya sayapejuangbahasa :)

    salam perkenalan

    jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    BalasPadam
  5. Rasa sedih zumal baca nukilan MNH nie... Moga kita dapat sokong satu sama lain kan...

    BalasPadam
  6. Semoga kila sebagai blogger saling memberi sokongan antara satu sama lain. Mungkin sabar akan membawa bahagia :)

    BalasPadam
  7. sayu pulak hati yang membaca . xpe mnh , usaha lagi

    BalasPadam
  8. Teruskan usaha tanpa jemu, pasti berbaloi suatu masa nanti. Cuma, kadang-kadang ada blogger yang tiada banyak waktu untuk mengunjungi sahabat blog kerana kesibukan yang berpanjangan..:)

    BalasPadam
  9. MNH...dont waorry...sy setia berkunjung di blog MNH...kita kawan kann..(^_^)

    BalasPadam
  10. Ada orang x suka komen sikit2..
    Mereka suka kumpul & datang komen sekaligus.
    Saya pun macam tu.
    Readers kat blog saya pun mostly macam tu.
    So, jangan sedih2 tau.
    Chill xD

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.