Selasa, 25 Ogos 2015

APA BEZA ANAK SENI DAN AKTIVIS SENI?

Sumber : Google

Kalau disebut tentang istilah ‘anak seni’, pasti anda akan terbayang tentang kerjaya seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, pengacara, dan sebagainya. Itulah tanggapan yang sering dibuat apabila istilah ‘anak seni’ disebut. Mungkin tanggapan tersebut dibuat memandangkan artis artis yang ‘melimpah’ di Malaysia ini sering mengatakan diri mereka begitu. Mereka bangga mendakwa mereka adalah seorang anak seni.

Jika saya menyebut kepada anda istilah ‘aktivis seni’, apakah gambaran yang muncul di fikiran anda? Adakah anda beranggapan aktivis seni itu sama dengan anak seni? Jika ya, anda sebenarnya telah membuat kesilapan dalam penilaian anda.

Baiklah, saya akan melontarkan pemikiran saya berkenaan istilah ‘anak seni’ dan istilah ‘aktivis seni’ itu tadi untuk memberi kefahaman kepada anda supaya anda boleh menilai adakah artis artis di Malaysia ini dikategorikan sebagai ‘anak seni’ atau ‘aktivis seni’.


Anak seni bagi saya adalah orang yang jujur dalam seni dan jujur ketika mereka berkarya. Hidup mereka adalah untuk karya seni, kerja kerja seni, kepuasan seni, seni untuk masyarakat, seni untuk seni, seni untuk Islam dan seni untuk negara. Maksudnya, mereka berjuang dalam seni itu adalah kerana minat mereka yang terlalu mendalam terhadap bidang seni tidak kira sama ada lakonan, nyanyian, pengarahan, muzik dan sebagainya. Mereka tidak menggunakan seni itu untuk mengejar wang ringgit dan populariti. Mereka berkarya dan membuat kerja kerja seni adalah kerana cinta mereka yang terlalu tinggi terhadap bidang seni dan mereka menggunakan seni itu untuk pembangunan agama, bangsa dan negara. 

Bagaimana pula dengan aktivis seni? Saya berpendapat aktivis seni ini adalah artis artis yang berlambak di dalam dunia seni itu sendiri. Aktivis seni ini adalah orang orang yang biasa kita lihat di kaca kaca televisyen, orang yang sering muncul di dalam drama atau filem, orang sering hadir ke anugerah anugerah berprestij, orang yang mempunyai ramai peminat, orang yang mempunyai wajah kacak dan cantik, orang yang sentiasa menjadi buruan wartawan hiburan, orang yang banyak mencetuskan kontroversi, dan orang yang sering diundang dalam sesebuah rancangan televisyen kerana popularitinya. Pendek kata, aktivis seni ini adalah orang yang popular dan kaya raya.  

Ramai pelakon, penyanyi, pengarah, pengacara dan pemuzik yang kita anggap sebagai anak seni ini adalah sebenarnya aktivis seni. Mereka menggunakan seni untuk meraih populariti dan mendapatkan wang yang banyak. Kadang kala, mereka mempertaruhkan rupa mereka yang kacak dan cantik itu serta tubuh mereka yang seksi dan berotot itu untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk kerja kerja seni yang mereka lakukan. Aktivis seni ini biasanya jarang (ada, tetapi sukar dijumpai) melakukan kerja kerja seni untuk pembangunan bangsa, agama dan negara seperti mana yang dilakukan oleh anak seni tadi.  

Anak seni pula biasanya tidak kacak atau cantik dan kurang popular. Seperti yang saya sebutkan tadi, anak seni ini tidak menggunakan seni untuk kekayaan dan populariti. Anak seni ini berjuang dalam seni adalah untuk menimbulkan atau mencetuskan sesuatu masalah yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat untuk diselesaikan bersama oleh semua anggota masyarakat tidak kira anggota masyarakat itu adalah pemimpin, ahli akademik, pegawai tinggi kerajaan atau wartawan sekalipun. Anak seni ini tidak mudah untuk menggadai prinsip diri dan nilai seni semata mata untuk wang ringgit dan populariti. 

Anak seni juga berkarya untuk kesejahteraan agama dan negara. Anak ini melakukan kerja kerja seni seperti berlakon, mengacara, mengarah, menyanyi atau apa sahaja cabang kerja seni untuk menyedarkan masyarakat tentang sesuatu masalah, isu, atau perkara. Anak seni adalah penggerak dan pemimpin pemikiran masyarakat yang khayal dengan nikmat keduniaan.  

Berbeza dengan aktivis seni, mereka berkarya untuk meraih populariti dan wang ringgit. Aktivis seni ini mudah untuk menggadai prinsip diri dan nilai seni untuk kedua dua perkara itu. Sebab itu, ramai aktivis seni sanggup melanggar hukum agama dan nilai moral semata mata untuk kerja kerja seni kerana mereka memburu keduniaan dengan menggunakan seni itu tadi. Mereka melacurkan seni dengan membuat perkara yang karut marut dan bukan bukan.  

Jika anda bertanya kepada saya, siapakah anak seni dan siapakah aktivis seni, saya akan menjawab anak seni adalah golongan yang sukar untuk anda kesan kewujudannya di dalam industri seni tetapi sumbangan mereka di dalam masyarakat dan di dalam bidang seni sangat besar. Mereka ini jarang muncul di kaca televisyen, di anugerah anugerah popular, di dalam drama mahupun di dalam filem tetapi mereka ini wujud dan masih berkarya sehingga sekarang. Antara nama nama besar yang merupakan anak seni adalah Khalid Salleh, Nasir Jani, Pyanhabib, M. Nasir, dan ramai lagi tetapi mereka ini kurang popular dan kurang disedari oleh masyarakat Malaysia. Mereka wujud namun kewujudan mereka tidak dihebahkan oleh media sebaliknya dihebahkan melalui karya karya mereka seperti teater misalnya.

Aktivis seni pula biasa sangat anda lihat di kaca kaca televisyen sehingga kadang kadang anda muak dengan wajah mereka. Mereka ini adalah pelakon, pengarah, pengacara, dan penyanyi yang popular dan kaya raya. Mereka ini biasanya kacak dan cantik. Mereka juga senantiasa menjadi duta untuk produk produk kecantikan, jenama jenama terkenal dan pakaian pakaian mewah. Mereka juga sentiasa menjadi buruan wartawan hiburan dan peminat.

Seni bagi saya adalah sama dengan anak seni bukan aktivis seni. Seni mesti menggerakan pemikiran dan memberi pengajaran kepada masyarakat. Seni juga mesti dibuat untuk pembangunan agama, bangsa dan tanah air. Saya tidak tahu apakah anggapan aktivis seni ini tentang seni itu tetapi saya berharap aktivis seni ini bisa menjadi anak seni suatu hari nanti - membuat kerja kerja seni untuk masyarakat, Islam, Melayu dan Malaysia…       





8 ulasan:

  1. padat sungguh!ramai yang tak sedar ttg ini..

    BalasPadam
  2. Betul itu..anak seni sepatutnya mcm pelukis ke..ni artis

    BalasPadam
  3. Macam tu rupanya beza aktivis dan anak seni... Zumal ingatkan sama ^-^

    BalasPadam
  4. bila sebut anak seni jer...masyarakat kita suka merujuk kepada retis....tp seni itu sndiri byk cabangnya...seni halus mmpunyai nilai seni yg tinggi

    BalasPadam
  5. betul,betul,betul.seni ni kan banyak jenis.bukan setakat menyanyi,menari,berlakon.melukis tu pun seni,menulis lirik tu pun seni, dan macam-macam lagilah.tapi ramai yang tak sedar dan tak tahu kan.

    BalasPadam
  6. dah tak ada artis yang berkualiti zaman laa

    BalasPadam
  7. Malah mungkin anak seni hanya tinggal beberapa kerat pada zaman ni kan..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.