Jumaat, 14 Ogos 2015

BUKAN HANYA PENZINA

Sumber : Google


Dosa yang engkau lakukan sudah terlalu banyak,
Tetapi sengaja engkau pijak-pijak,
Menjatuhkan setitis demi setitis air mani,
Ke dalam rahim seorang gadis suci,
Untuk melahirkan benih yang bakal mati.

Sudah banyak kesalahan yang sudah engkau lakukan,
Malangnya tiada sedikit pun rasa penyesalan,
Iman dan taqwa yang menjadi pegangan,
Telah lama engkau persetankan.

Engkau bukan hanya seorang penzina,
Tetapi adalah seorang pembunuh juga,
Sedikit pun di hati engkau tiada belas kasihan,
Tatkala riwayat bayi itu engkau tamatkan. 

Tuhan sering membuka pintu keampunan,
Supaya engkau boleh mengejar keinsafan.

Engkau yang bergelar seorang manusia,
Bukanlah binatang yang tinggal di rimba,
Usah sesekali engkau membakulsampahkan,
Bayi yang tidak mempunyai kesalahan,
Hanya kerana engkau yang bikin kesilapan.


3 ulasan:

  1. Zaman sudah semakin menggila, bukan naksalah kan zaman ataupun era sekarang ini. Tapi semakin ramai manusia yang tak berpandukan ajaran agama, buat dosa yang berganda-ganda...kemana lah hati nurani mereka...?? sedih tengok gambar baby tu, baby tu tak berdosa....syurga buatmu baby..

    BalasPadam
  2. membunuh insan kecil begitu adalah tanda hatinya sudah mati dengan nilai kemanusiaan..

    BalasPadam
  3. Apabila zina dan dosa semakin berleluasa..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.