Sumber : Google |
Kalau disebut tentang istilah ‘anak
seni’, pasti anda akan terbayang tentang kerjaya seorang pelakon, penyanyi,
pelawak, pengarah, pengacara, dan sebagainya. Itulah tanggapan yang sering
dibuat apabila istilah ‘anak seni’ disebut. Mungkin tanggapan tersebut dibuat
memandangkan artis artis yang ‘melimpah’ di Malaysia ini sering mengatakan diri
mereka begitu. Mereka bangga mendakwa mereka adalah seorang anak seni.
Jika saya menyebut kepada anda
istilah ‘aktivis seni’, apakah gambaran yang muncul di fikiran anda? Adakah
anda beranggapan aktivis seni itu sama dengan anak seni? Jika ya, anda
sebenarnya telah membuat kesilapan dalam penilaian anda.
Baiklah, saya akan melontarkan
pemikiran saya berkenaan istilah ‘anak seni’ dan istilah ‘aktivis seni’ itu
tadi untuk memberi kefahaman kepada anda supaya anda boleh menilai adakah artis
artis di Malaysia ini dikategorikan sebagai ‘anak seni’ atau ‘aktivis seni’.
Anak seni bagi saya adalah orang yang
jujur dalam seni dan jujur ketika mereka berkarya. Hidup mereka adalah untuk
karya seni, kerja kerja seni, kepuasan seni, seni untuk masyarakat, seni untuk
seni, seni untuk Islam dan seni untuk negara. Maksudnya, mereka berjuang dalam
seni itu adalah kerana minat mereka yang terlalu mendalam terhadap bidang seni
tidak kira sama ada lakonan, nyanyian, pengarahan, muzik dan sebagainya. Mereka
tidak menggunakan seni itu untuk mengejar wang ringgit dan populariti. Mereka
berkarya dan membuat kerja kerja seni adalah kerana cinta mereka yang terlalu
tinggi terhadap bidang seni dan mereka menggunakan seni itu untuk pembangunan
agama, bangsa dan negara.
Bagaimana pula dengan aktivis seni?
Saya berpendapat aktivis seni ini adalah artis artis yang berlambak di dalam
dunia seni itu sendiri. Aktivis seni ini adalah orang orang yang biasa kita
lihat di kaca kaca televisyen, orang yang sering muncul di dalam drama atau
filem, orang sering hadir ke anugerah anugerah berprestij, orang yang mempunyai
ramai peminat, orang yang mempunyai wajah kacak dan cantik, orang yang sentiasa
menjadi buruan wartawan hiburan, orang yang banyak mencetuskan kontroversi, dan
orang yang sering diundang dalam sesebuah rancangan televisyen kerana
popularitinya. Pendek kata, aktivis seni ini adalah orang yang popular dan kaya
raya.
Ramai pelakon, penyanyi, pengarah,
pengacara dan pemuzik yang kita anggap sebagai anak seni ini adalah sebenarnya
aktivis seni. Mereka menggunakan seni untuk meraih populariti dan mendapatkan
wang yang banyak. Kadang kala, mereka mempertaruhkan rupa mereka yang kacak dan
cantik itu serta tubuh mereka yang seksi dan berotot itu untuk meraih
pendapatan yang lumayan untuk kerja kerja seni yang mereka lakukan. Aktivis
seni ini biasanya jarang (ada, tetapi sukar dijumpai) melakukan kerja kerja seni
untuk pembangunan bangsa, agama dan negara seperti mana yang dilakukan oleh anak
seni tadi.
Anak seni pula biasanya tidak kacak
atau cantik dan kurang popular. Seperti yang saya sebutkan tadi, anak seni ini
tidak menggunakan seni untuk kekayaan dan populariti. Anak seni ini berjuang
dalam seni adalah untuk menimbulkan atau mencetuskan sesuatu masalah yang
berlaku di dalam sesebuah masyarakat untuk diselesaikan bersama oleh semua
anggota masyarakat tidak kira anggota masyarakat itu adalah pemimpin, ahli
akademik, pegawai tinggi kerajaan atau wartawan sekalipun. Anak seni ini tidak
mudah untuk menggadai prinsip diri dan nilai seni semata mata untuk wang
ringgit dan populariti.
Anak seni juga berkarya untuk
kesejahteraan agama dan negara. Anak ini melakukan kerja kerja seni seperti
berlakon, mengacara, mengarah, menyanyi atau apa sahaja cabang kerja seni untuk
menyedarkan masyarakat tentang sesuatu masalah, isu, atau perkara. Anak seni
adalah penggerak dan pemimpin pemikiran masyarakat yang khayal dengan nikmat
keduniaan.
Berbeza dengan aktivis seni, mereka
berkarya untuk meraih populariti dan wang ringgit. Aktivis seni ini mudah untuk
menggadai prinsip diri dan nilai seni untuk kedua dua perkara itu. Sebab itu,
ramai aktivis seni sanggup melanggar hukum agama dan nilai moral semata mata
untuk kerja kerja seni kerana mereka memburu keduniaan dengan menggunakan seni
itu tadi. Mereka melacurkan seni dengan membuat perkara yang karut marut dan
bukan bukan.
Jika anda bertanya kepada saya,
siapakah anak seni dan siapakah aktivis seni, saya akan menjawab anak seni
adalah golongan yang sukar untuk anda kesan kewujudannya di dalam industri seni
tetapi sumbangan mereka di dalam masyarakat dan di dalam bidang seni sangat
besar. Mereka ini jarang muncul di kaca televisyen, di anugerah anugerah
popular, di dalam drama mahupun di dalam filem tetapi mereka ini wujud dan
masih berkarya sehingga sekarang. Antara nama nama besar yang merupakan anak
seni adalah Khalid Salleh, Nasir Jani, Pyanhabib, M. Nasir, dan ramai lagi
tetapi mereka ini kurang popular dan kurang disedari oleh masyarakat Malaysia.
Mereka wujud namun kewujudan mereka tidak dihebahkan oleh media sebaliknya
dihebahkan melalui karya karya mereka seperti teater misalnya.
Aktivis seni pula biasa sangat anda
lihat di kaca kaca televisyen sehingga kadang kadang anda muak dengan wajah
mereka. Mereka ini adalah pelakon, pengarah, pengacara, dan penyanyi yang
popular dan kaya raya. Mereka ini biasanya kacak dan cantik. Mereka juga
senantiasa menjadi duta untuk produk produk kecantikan, jenama jenama terkenal
dan pakaian pakaian mewah. Mereka juga sentiasa menjadi buruan wartawan hiburan
dan peminat.
Seni bagi saya adalah sama dengan
anak seni bukan aktivis seni. Seni mesti menggerakan pemikiran dan memberi pengajaran
kepada masyarakat. Seni juga mesti dibuat untuk pembangunan agama, bangsa dan
tanah air. Saya tidak tahu apakah anggapan aktivis seni ini tentang seni itu
tetapi saya berharap aktivis seni ini bisa menjadi anak seni suatu hari nanti -
membuat kerja kerja seni untuk masyarakat, Islam, Melayu dan Malaysia…
padat sungguh!ramai yang tak sedar ttg ini..
BalasPadamBetul itu..anak seni sepatutnya mcm pelukis ke..ni artis
BalasPadamMacam tu rupanya beza aktivis dan anak seni... Zumal ingatkan sama ^-^
BalasPadambila sebut anak seni jer...masyarakat kita suka merujuk kepada retis....tp seni itu sndiri byk cabangnya...seni halus mmpunyai nilai seni yg tinggi
BalasPadambetul,betul,betul.seni ni kan banyak jenis.bukan setakat menyanyi,menari,berlakon.melukis tu pun seni,menulis lirik tu pun seni, dan macam-macam lagilah.tapi ramai yang tak sedar dan tak tahu kan.
BalasPadamdah tak ada artis yang berkualiti zaman laa
BalasPadamMalah mungkin anak seni hanya tinggal beberapa kerat pada zaman ni kan..
BalasPadamemmm.
BalasPadamJOM FOLLOW SAYA