Selasa, 18 Ogos 2015

JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENIPUAN ORANG KAFIR

Sumber : Google

Orang kafir walau di mana sahaja pasti akan mencari cara bagaimana untuk memusnahkan Islam tidak kira ia dari bangsa dan agama apa. Perasaan benci mereka terhadap Islam semakin meluap luap hari demi hari. Perasaan benci yang tersemat kukuh dalam sanubari mereka sejak sekian lama itu mereka lontarkan melalui penulisan mereka di dalam media sosial selepas tidak puas ‘membuat serangan’ di dalam akhbar akhbar milik bangsa mereka dan buku buku karangan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka menindas pula umat Islam melalui ekonomi seperti menaikkan harga barang sesuka hati, menjual barang tiruan dengan harga yang tinggi, dan tidak membenarkan perniagaan yang dikuasai oleh orang Islam maju dan berjaya. Mereka juga sering mengutamakan orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka terlebih dahulu (dari segi kenaikan pangkat dan gaji) di dalam bidang pekerjaan walaupun orang Islam sendiri yang bertungkus lumus membangunkan syarikat mereka.

Mereka bebas melakukan apa sahaja di dalam negara Islam tanpa ada sebarang tindakan undang undang walaupun perbuatan mereka itu jelas salah kerana mereka menguasai kekayaan ekonomi negara. Melalui kekayaan ekonomi ini, mereka memegang tengkuk elit pemerintah supaya menyokong mereka walau apa sahaja yang berlaku. Elit pemerintah yang kurang iman dan terlalu mengutamakan kuasa politik pasti akan menyokong mereka walaupun terpaksa menggadai akidah.


Oleh itu, orang kafir terus lepas bebas untuk melakukan apa sahaja kerana mereka punya sokongan padu daripada elit pemerintah. Apabila berlaku pertembungan dengan orang Islam, elit pemerintah pasti akan berpihak dan memenangkan orang kafir. Sikap bacul orang kafir dan kedunguan elit pemerintah ini menyebabkan orang Islam sering teraniaya dan tersepit. Hak hak yang sepatutnya orang Islam dapat dinafikan oleh orang kafir yang disokong kuat oleh elit pemerintah tadi. Maka, orang Islam terpaksa bertindak sendiri bagi mempertahankan hak mereka walaupun tindakan itu sangat radikal pada pandangan sesetengah orang. 

Apabila orang Islam mula bertindak maka orang kafir mula berasa terancam. Mereka mula memikirkan tentang keselamatan diri dan perniagaan mereka. Apabila mereka berasa terancam, maka mereka menunjukkan kelunakkan mereka terhadap agama Islam yang selama ini mereka caci dan benci. Mereka memuji kebaikkan agama Islam dan memberi sokongan kuat kepada agama tersebut. Mereka mempamerkan diri mereka sebagai tidak anti-Islam dengan pelbagai cara antaranya menyambut perayaan yang disambut oleh orang Islam.

Mana mana orang Islam yang berfikiran liberal, tiada ilmu, kurang iman, dan tidak sedar diri pasti akan mudah terpedaya dengan kosmetik yang dipakai oleh orang kafir ini. Mereka mula berasa sayang pada orang kafir dan mengecam orang Islam yang hanya mahu mempertahankan hak mereka yang dirampas oleh orang kafir. Mereka mula mengeluarkan hujah hujah dangkal, lucu dan songsang untuk memberi sokongan kepada orang kafir atas alasan perpaduan kaum, keharmonian agama, dan ketenteraman negara.    

Apabila wujud orang Islam yang berfikiran songsang sebegini, maka berlakulah pertembungan antara orang Islam yang mempertahankan hak yang dirampas oleh orang kafir dengan orang Islam yang menjadi si penjilat super tegar kepada orang kafir. Justeru, berlakulah pertikaman lidah dan pengkelahian antara kedua dua kumpulan ini menyebabkan umat Islam berpecah belah. Orang kafir yang menjadi pemerhati bersorak kegembiraan melihat perpecahan ini. 

Orang kafir memang bijak untuk memanipulasikan keadaan, fakta, dan hujah supaya keuntungan berpihak kepada diri mereka. Orang Islam yang buta hati terus dimanipulasikan oleh orang kafir dengan pelbagai istilah antaranya perpaduan kaum, menjaga keharmonian agama, menjaga ketenteraman negara dan sebagainya. Maka, orang Islam terus menjadi rugi dan orang kafir terus mengaut keuntungan hasil daripada kerugian yang ditinggalkan oleh orang Islam itu.  

Orang kafir akan terus mempamerkan lakonan dan kosmetik mereka supaya keuntungan akan terus berpihak kepada diri mereka. Mereka akan terus melakukannya supaya orang Islam terus tertipu dan terpedaya. Dengan mempamerkan lakonan mantap dan pemakaian kosmetik berkesan, mereka terus mengaut keuntungan daripada orang Islam dan secara tidak sedar mereka mencucuk jarum jarum halus mereka supaya orang Islam terus lemah dan berpecah belah. Di ketika itu, proses memusnahkan Islam akan mereka lakukan sebagai tindak balas sakit hati mereka terhadap agama Islam sejak sekian lama.


Orang Islam mesti menimba banyak ilmu, bersatu padu, dan kembali ke jalan Allah jika mereka mahu sedar dengan penipuan orang kafir itu dan membentengi diri daripada terus dirosakkan oleh orang kafir. Jika orang Islam masih alpa dan leka, orang Islam akan terus rugi. Yang untung siapa? Orang kafir juga! Kerana ekonomi dan politik berjaya dikuasai oleh mereka…  

3 ulasan:

  1. Malangnya sebilangan umat Islam terus memilih untuk berpecah belah dan rakus terhadap kuasa ditangan. Semoga bumi malaysia khususnya dan umat Islam seluruhnya dibantu Allah dalam menghadapi mereka ini..

    BalasPadam
  2. betu. manusia lebih memilih untuk memecah belahkan bangsanya sendiri

    BalasPadam
  3. Andai kita berpegang teguh pada Al Quran & Hadith, pasti hidup umat Islam tidak begini.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.