Sumber : Google |
Keputusan Najib menggugurkan
Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO) dari jawatan Timbalan Perdana Menteri
semasa mengumumkan barisan kebinet barunya telah menggemparkan seluruh negara
lebih lebih lagi apabila dia melantik Zahid Hamidi (Naib Presiden UMNO) untuk
menduduki jawatan itu. Jelas, Najib telah melanggar tradisi yang dipegang oleh
UMNO selama ini iaitu Timbalan Perdana Menteri mestilah dari Timbalan Presiden
UMNO kecualilah dalam kes kes tertentu.
Orang ramai menjadi keliru dengan
tindakan Najib itu kerana yang bersalah dalam isu 1MDB dan pelbagai lagi isu
adalah Najib tetapi mengapa Muhyiddin dan Shafie Apdal pula yang menjadi
mangsa? Sepatutnya Najiblah yang perlu ‘dibuang’ dari kabinet, bukannya
Muhyiddin mahupun Shafie.
Oleh kerana kedua dua tokoh politik
UMNO ini telah tidak bersetuju dengan cara Najib menangani isu 1MDB, maka mereka
pun dibuang. Itulah hakikat yang orang terima walaupun dinafikan
sekeras-kerasnya oleh Najib dan kabilahnya. Maka, Najib telah menjadi sama
seperti Mahathir dahulu iaitu ‘membunuh’ musuh politik dan pengkritiknya bagi
menyelamatkan kuasa politik mereka berdua.
Tindakan Najib itu jelas tidak bijak
dan memakan dirinya sendiri. Tindakan yang dibuat oleh Najib itu menyebabkan
rakyat Malaysia tambah benci kepadanya. Tidak mustahil dengan tindakan dungu
Najib itu akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional akan terhukum pada PRU
akan datang.
Semua orang tahu bahawa menteri dan
timbalan menteri yang berada dalam kabinet Najib sekarang adalah terdiri
daripada kaki kipas dan kaki bodek. Mereka langsung tidak mahu menegur Najib
yang jelas telah melakukan banyak kesalahan semasa pentadbirannya oleh kerana
mereka takut kehilangan pangkat, jawatan dan kuasa. Segala kesalahan yang Najib
lakukan mereka diamkan seribu bahasa. Maka, Najib terus bermaharajalela membuat
apa sahaja untuk mengukuhkan kuasa politik sementaranya dan mengeluarkan
kenyataan kenyataan dungu seperti mendakwa RM2.6 bilion yang terkandung dalam
akaun peribadinya adalah daripada duit derma!
Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy
Jamaluddin yang dianggap sebagai pemimpin pelapis yang berani, berkarisma dan
berilmu juga sudah kehilangan bisa kerana telah ‘dikasi’ oleh Najib dengan
jawatan Menteri Belia dan Sukan. Pemuda UMNO yang sepatutnya menjadi kumpulan
pengimbang dan pendesak di dalam UMNO seperti di era Datuk Harun Idris dan Tan
Sri Jaafar Albar telah tumpul perjuangannya kerana telah disumbatkan dengan
pangkat dan harta.
Bukan itu sahaja, wartawan, blogger,
ahli akademik, ketua ketua pertubuhan bukan kerajaan, pegawai tinggi kerajaan
dan kebanyakkan ahli ahli UMNO juga menjadi kaki bodek dan kaki kipas Najib
semata mata tidak mahu kehilangan jawatan dan pangkat. Mereka menghalalkan
perbuatan Najib yang jelas salah itu dengan mengeluarkan pelbagai hujah hujah
dangkal untuk menyatakan sokongan padu mereka terhadap pimpinan Najib yang
lemah dan bermasalah itu.
Sikap yang ditunjukkan oleh manusia
manusia kaki bodek ini akan menyebabkan negara terus berada dalam keadaan
bermasalah. Negara terus dihambat dengan pelbagai bala terutama dari segi
ekonomi, politik, dan sosial kerana negara mempunyai Perdana Menteri yang jelas
tidak bagus.
Sebagai manusia yang berilmu,
mempunyai kuasa, dan mempunyai kepentingan dalam masyarakat, mereka perlu
berani menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh Najib dan kabilahnya.
Mereka tidak boleh takut kerana ketakutan mereka itu akan menyebabkan negara
menjadi musnah dan jahanam. Adakah mereka mahu melihat negara ini musnah baru
mereka mahu bertindak?
Saya angkat topi dengan sebilangan
rakyat Malaysia yang masih berpihak kepada kebenaran dan terus melakukan
kritikan kepada Najib terutama di media media sosial. Tindakan mereka itu,
walaupun tidak memberi kesan besar bahkan tidak membawa apa apa perubahan dalam
pentadbiran Najib, namun sedikit sebanyak mampu membuatkan Najib tersentak
bahawa apa yang dilakukannya itu tidaklah mendapat sokongan daripada rakyat
marhaen seperti yang didakwanya. Cuma dia sahaja yang masih ‘syok sendiri’ kerana
menyangka bahawa ramai rakyat masih menyokongnya terutama ahli ahli UMNO yang
berjumlah tiga juta orang itu.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, dan negara janganlah
menjadi manusia yang kaki bodek dan kaki kipas. Nyatakanlah kebenaran jika
benar pemimpin kita melakukan kesalahan. Kita tidak boleh berdiam diri dan
membiarkan pemimpin kita terus bermaharajalela menjarah harta negara ini sesuka
hati mereka tanpa rasa bersalah. Kita mesti berani untuk menegur dan mengkritik
pimpinan negara yang bermasalah supaya negara tidak ‘tergolek’ pada bila bila
masa sahaja.
bila pemimpin hanya pentingkan diri maka jadi la pengipas tegar.....tapi kita kena ingt....Allah itu Maha Adil....perkara yg busuk lama2 terbongkar jua...walaupun ditutup rapat sekali pun....
BalasPadamSaya menyokong penuh mengenai apa yang ditulis ini. Semua menteri, timbalan menteri, pegawai-pegawai pengurusan tertinggi kerajaan dan ahli-ahli umno takut kehilangan jawatan,pangkat dan kemewahan sehingga mereka menghalalkan apa yang telah dan sedang terjadi scenario pentadbiran kerajaan masa kini.
BalasPadamApalah kesudahan nasib kita bila semua yang di atas adalah kayu...
BalasPadamLebih ramai yang mengambil pendirian tunggu dan lihat dengan 'kebodohan' najib dan para pemimpin negara. Sama ada dibalas dengan memangkah parti lain pada pru14 atau tunggu habuan lebih lumayan melalui kaedah politik kotor dan jijik najib dan rosma..
BalasPadam