Rabu, 12 Ogos 2015

TIDAK SALAH LEBIH MELAYU DARI MELAYU

Sumber : Google

Ramai orang menuduh Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah, seorang ahli akademik, kolumnis dan pendakwah terkenal sebagai lebih Melayu dari Melayu. Tanggapan itu dicampakkan kepada beliau kerana beliau sering membela agama Islam dan orang Melayu (kerana majoriti orang Melayu beragama Islam) di dalam setiap penulisannya di akhbar Sinar Harian. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada beliau antaranya lebih Melayu dari Melayu, Cina lupa diri, agen UMNO, pengkhianat dan sebagainya. Kemaluan beliau yang tidak berkulup itu pun menjadi sasaran media ultrakiasu untuk menghentam dan menghina beliau.

Tuduhan lebih Melayu dari Melayu yang dilontarkan kepada beliau itu datangnya daripada ultrakiasu yang tidak dapat menerima kebenaran dan teguran di dalam setiap penulisannya di Sinar Harian. Mereka menjadi gerun dengan beliau kerana berani mendedahkan rahsia, helah, dan kebobrokkan ultrakiasu yang selama ini tersimpan rapi. Sebagai orang Cina, beliau lebih mengenali bangsa Cina ultrakiasu lebih daripada bangsa Melayu sendiri. Penulisan beliau itu sedikit sebanyak menggugah agenda jahat ultrakiasu yang mahu menjahanamkan Islam dan Melayu di Malaysia maka ultrakiasu pun membuat pelbagai cara termasuklah memfitnah beliau di dalam akhbar akhbar milik mereka bagi mematahkan pena beliau yang tajam itu.

Bukan hanya ultrakiasu, orang Melayu yang beragama Islam sendiri pun ramai yang membenci beliau. Biasanya orang Melayu yang berfikiran liberal sahaja yang sangat sangat membenci kepada beliau. Orang Melayu yang buta mata hati, kurang iman, kurang ilmu dan tidak sedar diri ini akan mencari cara untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang pendakwah dengan membuat pelbagai fitnah seperti beliau adalah agen UMNO supaya masyarakat memandang hina kepada beliau seterusnya membakul-sampahkan penulisan penulisan dan teguran teguran yang dibuat oleh beliau.
   

Sebenarnya Dr. Ridhuan Tee bukanlah lebih Melayu dari Melayu. Beliau sebenarnya hanya mengasimilasikan diri beliau dengan penduduk pribumi di negara ini. Seperti mana bangsa Cina di Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia, Filipina, dan banyak lagi tempat tempat lain di dunia, mereka mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk tempatan seperti menghormati hak bangsa pribumi, memakai nama bangsa pribumi, bercakap dalam Bahasa bangsa pribumi, memakai pakaian rasmi bangsa pribumi dan tidak membuat sesuka hati di negara yang mereka berhijrah. Apa yang dilakukan oleh bangsa Cina di tempat tempat lain itu, telah diikuti oleh Dr. Ridhuan Tee di negara ini.

Thaksin Shinawatra dari Thailand dan Corazon Aquino dari Filipina adalah contoh contoh pemimpin berbangsa Cina di negara masing masing. Mengapa mereka boleh diterima oleh penduduk pribumi sebagai pemimpin? Kerana mereka mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk pribumi. Identiti kecinaan yang ada dalam diri mereka mereka buang sedikit demi sedikit supaya mereka boleh bergaul mesra dan tinggal harmoni di negara mereka berhijrah. 

Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh semua ultrakisu di Malaysia, mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk pribumi. Tetapi oleh kerana mereka ini tidak sedar diri dan terlalu diberi muka oleh pihak kerajaan, mereka menjadi besar kepala lalu membuat sesuka hati terhadap penduduk pribumi khususnya orang Melayu. Mereka bukan sahaja menindas bangsa pribumi dalam bidang ekonomi, malah mereka mempertikai pula hak bangsa pribumi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Malah ada pula diantara mereka yang berani mendakwa Melayu pun bangsa pendatang!

Oleh kerana sikap keras kepala dan besar kepala yang ditunjukkan oleh mereka, maka masalah perkauman masih tidak dapat dibasmi secara menyeluruh di Malaysia walaupun Malaysia sudah hampir 60 tahun mengecapi kemerdekaan. Masalah perkauman memang tidak akan selesai selagi ultrakiasu masih berdegil, tidak mahu mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk pribumi seperti orang Melayu serta penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak.

Dr. Ridhuan Tee memang tidak patut dipersalahkan jika dia mengambil sikap lebih Melayu dari Melayu kerana itulah sikap yang mesti diambil oleh semua ultrakisu jika masalah perkauman mahu di atasi di negara ini. Mana mana pemimpin Melayu dan orang Melayu yang menuduh Dr. Ridhuan Tee dengan tuduhan semacam itu, jelas mereka adalah penjilat nombor wahid kepada ultrakiasu. Mereka masih lagi tidak membuka minda mereka supaya berwaspada dengan agenda jahat ultrakiasu yang mahu menghancurkan Islam dan Melayu di Malaysia.  

Kita sebagai umat Melayu dan Islam mesti memandang berat akan segala teguran yang dibuat oleh Dr. Ridhuan Tee di dalam tulisan tulisannya supaya minda kita boleh terbuka agar lebih berwaspada dengan segala agenda agenda jahat yang mahu dilakukan oleh ultrakiasu di negara ini. Kita jangan sesekali percaya dengan ultrakisu kerana mereka akan mengambil apa sahaja peluang untuk menghancurkan kita. Tidak mustahil nasib umat Islam di Malaysia akan sama dengan nasib umat Islam di Singapura. 

Kesimpulannya, marilah kita berdiri teguh di belakang Dr. Ridhuan Tee supaya agama Islam dan bangsa Melayu dapat dipertahankan sampai bila bila dengan mengambil cakna akan setiap penulisan dan tegurannya. Jika kita tidak berwaspada dari sekarang, jangan menyesal seumur hidup apabila Islam dimusnahkan oleh tangan tangan jahat yang dimiliki oleh ultrakiasu. Bukan hanya Islam, Melayu pun akan turut dimusnahkan oleh ultrakisu yang sangat benci dengan kita!


2 ulasan:

  1. Bila hati telah mencintai Islam, segala-galanya akan kita utamakan. Saya suka Dr Rhiduan Tee ni.. Moga semangatnya dapat membuka hati-hati kita semua.

    BalasPadam
  2. Teruk betul mereka kutuk Dr Ridzuan. Zumal suka dengar ceramah Dr Ridzuan

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.