Khamis, 12 Mac 2015

SAYA KEHILANGAN RAKAN BLOGGER YANG BAIK DAN PERAMAH


Antara kelebihan menjadi seorang penulis blog adalah kita dapat mengenal dan menambah rakan baru. Dunia blogger ini telah diisi oleh pelbagai manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Masing masing mempunyai cara tersendiri dalam menulis blog dan masing masing mempunyai prinsip tersendiri dalam dunia blog.

Dunia blog ini adalah satu dunia yang menarik. Dunia ini bukan sahaja untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang kebaikkan penulisan bahkan lebih daripada itu. Dunia blog adalah tempat untuk manusia melontarkan pendapat, mengasah bakat, membuat teguran, menyampaikan maklumat, membongkar kebenaran, meluahkan perasaan dan sebagainya. Pendek kata, dunia blog ini adalah satu dunia yang menarik untuk diterokai.

Dengan meneroka dunia blog ini, kita dapat mengenal dengan pelbagai ragam manusia secara langsung ataupun secara tidak langsung. Kita dapat memahami pemikiran, idea dan kehidupan penulis penulis blog yang ada di Malaysia ini. Secara tidak langsung, jaringan persahabatan kita menjadi lebih luas dan terbuka. Ini semua dapat dilakukan dengan melakukan blogwalking.


Sepanjang tiga tahun saya bergelar seorang penulis blog, saya telah menjumpai rakan rakan blogger yang setia dan jujur. Sukar sebenarnya untuk mencari mereka. Mereka ini umpana sebatang jarum di dalam timbunan jerami. Mereka ini adalah rakan, peminat, pembaca, dan pengomen blog saya tanpa pernah rasa jemu dan bosan.

Salah seorangnya adalah Dr. Shikin Zainal yang merupakan penulis blog Life is beautiful...don't waste it. Hari ini (di dalam entrinya) dia telah membuat keputusan untuk tidak lagi menulis blog seperti dahulu. Dia ingin bersara dari dunia blog untuk satu waktu yang entah bila penghujungnya. Dia akan menulis entri hanya bila perlu sahaja dan dia tidak lagi boleh melakukan blogwalking seperti selalu walaupun dia adalah antara blogger yang peramah yang pernah saya kenal dan jumpa.

Dia mengambil keputusan itu kerana beberapa masalah yang membelenggu hidupnya. Anda boleh baca entri ini untuk mengetahui masalah yang dia hadapi. Sehubungan itu, dunia blog yang selama ini dihuni oleh seorang doktor yang berwibawa kini sudah tidak ada lagi. Jika ada pun hanya untuk seketika kemudian hilang dalam masa yang lama. Komen komennya di blog orang lain sudah tidak lagi boleh ditatap seperti biasa.

Dengan keputusannya itu, saya turut menerima tempiasnya. Saya telah kehilangan seorang kakak, kawan dan doktor dalam dunia blog yang saya cintai ini. Saya tidak boleh lagi dapat membaca entri entri mengenai kesihatan dan perubatan seperti selalu. Saya tidak boleh lagi menatap tulisan tulisan mengenai dirinya dan anak anaknya seperti biasa. Saya juga sudah tidak dapat membaca mengenai pengalaman pengalamannya dalam merawat pesakit dan berjumpa dengan pesakit seperti lazimnya. Dan tiada lagi orang yang akan membaca dan memberi ulasan dalam blog saya seperti selalu dan dalam kuantiti yang banyak.  

Kehilangan Dr. Shikin amat dirasai oleh saya. Walaupun saya sedih dengan keputusan itu, saya tetap menghormati keputusannya. Dia punya alasan tersendiri untuk bersara dari dunia blog. Saya yakin dan percaya kehilangannya bukan sahaja akan dirasai oleh saya tetapi juga oleh rakan rakan blogger yang lain.

Kelebihan Dr. Shikin adalah pengetahuannya yang sangat luas dalam bidang perubatan sementelahan dia telah lama bertugas sebagai seorang doktor. Dia juga seorang blogger yang peramah dan ikhlas dalam dunia blog. Dia tidak ‘lokek’ untuk membaca dan memberi komen di setiap blog yang dia kunjungi dalam kuantiti yang banyak. Komen komennya bukan sekadar komen tetapi komen yang punya isi dan komen yang menandakan dia baca setiap perkataan dalam entri kita. Sukar untuk mencari blogger seperti dirinya. 

Kasih sayangnya sebagai seorang ibu dan wanita memang terserlah dalam setiap entri mengenai anak anaknya. Ironinya, salah seorang anaknya mempunyai nama yang sama dengan saya – Haziq. Sayang seribu kali sayang, saya tidak bisa lagi membaca itu semua selepas ini.

Tiada apa yang dapat saya tulis lagi berkenaan dengan keputusannya untuk bersara itu. Menulis entri ini juga sudah membuat saya sebak dan sedih. Mahu mengalir air mata rasa malu pula. Apa yang dapat saya ungkapkan adalah semoga Dr. Shikin dan keluarga sentiasa sihat dan selalu berada di bawah lindungan Allah. Semoga Dr. Shikin terus menjalani kehidupannya sebagai seorang manusia, hamba Allah, ibu, doktor dan isteri dengan penuh tabah dan ikhlas. Selamat bersara Dr. Shikin….semoga persahabatan kita akan kekal selama lamanya.


Nota : saya menulis entri ini agar memori saya berkenaan Dr. Shikin tidak mudah terpadam apabila saya tua nanti. Di hari tua saya nanti, saya akan kembali membaca kesemua entri yang pernah saya hasilkan sepanjang saya menjadi penulis blog.


7 ulasan:

  1. Begitula adat dunia, datang dan pergi. Kesibukan jg selalu menghambat terutama 2015 ni. Cuma, syg la pembaca tidak lg mndpt info dan perkongsian dari seorg blogger bergelar doktor.

    BalasPadam
  2. lah saya baru tahu..... saya pun suka baca blog dr.... :(

    BalasPadam
  3. patutlah dah agal lama x blogwalking di blog saya . ingatkan dia busy . saya mmg tahu dia ada masalah dalaman ... semoa beliau tabah mengharungi ujian Allah itu ...

    BalasPadam
  4. Alahai Dr. Shikin dah berhenti menulis? Terkejut baca pasal nie...

    BalasPadam
  5. kalau dah rapat dengan seseorang,walau belum pernah bersua muka,mesti akan rasa kehilangan jika menyepi kan.tak pelah,kalau diizinkan Allah,pasti doktor tu kembali menulis.dan boleh terjah menerjah kembali.

    BalasPadam
  6. Kak ekin pun ada bc entri dia sebelum terkejut gak bila taw sis dr shikin.nak bersara dari dunia blog... semoga dr shikin n family dilindungi Allah s.w.t

    BalasPadam
  7. Salam Haziq...Maaf saya baru saja membaca entri Haziq ni. Terharu sungguh meniti tiap2 baris kata Haziq... Thanx a lot...Ye,saya juga doakan semoga persahabatan kita berkekalan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.