Sumber : Google |
Kini kita sudah pun berada di tahun
2015. Kita juga sudah jauh meninggalkan tahun 2014. Menurut Imam Al Ghazali,
perkara yang paling jauh dengan kita adalah semalam. Saya yakin anda semua
telah mencoret pelbagai kisah suka dan duka pada tahun 2014 bukan? Begitu juga
dengan saya. Tidak mengapalah…yang lepas biarkan lepas. Kita tumpu pula kepada
yang akan datang.
Tahun 2014 telah berlaku bermacam
macam perkara dalam hidup saya. Pelbagai kisah suka duka telah saya lalui
sepanjang tahun lepas. Secara tidak langsung, pengalaman itu sedikit sebanyak
telah mematangkan diri saya sebagai seorang manusia. Kini usia saya sudah pun
menginjak ke 21 tahun. Semoga tahun 2015 ini memberi sinar yang lebih baik
kepada saya berbanding tahun lepas.
Pada tahun ini, saya bakal menamatkan
pengajian diploma saya. Insha Allah… dengan izin Allah saya akan menamatkannya
dalam bulan April nanti. Semoga saya boleh menamatkannya dengan penuh
kecemerlangan untuk memudahkan saya melangkah ke alam universiti pula. Itulah
harapan dan cita cita saya pada tahun ini. Doakan saya ye…
Diharapkan juga segala kelemahan saya
sebagai seorang manusia, pelajar, hamba Allah, penulis, pengedar Shaklee dan
blogger dapat dipertingkatkan pada tahun ini. Kita tidak dapat lari dari
kesilapan kerana kita adalah manusia biasa. Jadi, kelemahan dan kekhilafan pada
tahun lepas dijadikan pengajaran dan sandaran untuk mencapai cita cita kita
pada tahun ini. Semoga Allah memudahkannya…
Menurut beberapa cendekiawan, negara
kita – Malaysia bakal mengalami beberapa cabaran dari segi politik, ekonomi,
dan sosial. Sudah bersediakah kita untuk berhadapan dengan segala cabaran itu?
Apakah persiapan kita untuk menghadapi cabaran itu? Saya harap pembaca semua
telah bersedia rohani dan jasmani bagi menghadapi segala pancaroba pada tahun
ini.
Sebagai penganalisis politik, harapan
saya kepada negara ini amat besar. Semoga kepimpinan negara mengambil iktibar
di atas semua kelemahan yang telah mereka lakukan pada tahun lepas. Kelemahan
kelemahan tersebut perlu diatasi dengan sebaik mungkin supaya rakyat dapat
hidup dengan lebih aman, tenteram dan selesa.
Seperti mana yang kita sedia maklum,
akibat kuasa politik, umat Islam berpecah belah. Moga moga pada tahun ini kita
semua dapat mencapai kata sepakat supaya umat Islam boleh bersatu dan
mempertahankan agama suci Allah ini dari terus diperlecehkan oleh puak puak
yang tidak suka akan kedamaian di negara ini.
Ingatlah, kita tidak boleh mengubah
masa lalu. Apa yang kita boleh lakukan adalah membuat persediaan dan
perancangan yang rapi supaya kelemahan kita pada masa lalu tidak bertambah
buruk dan kita perlu cuba sedaya upaya untuk membuat anjakan paradigma agar
hidup kita akan lebih bahagia.
Akhirul kalam, saya mengucapkan
selamat tahun baru kepada semua pengikut, pembaca dan pengomen blog MNH Sastera
Melayu ini. Tanpa anda siapalah saya sebagai penulis blog. Saya mendoakan agar anda semua mencapai semua
cita cita anda pada tahun ini. Semoga anda juga dikurniakan kesihatan yang
baik, ditambah dengan rezeki yang halal lagi banyak serta menjadi hamba Allah
yang soleh dan solehah. Selamat datang 2015…selamat tinggal 2014….
InssyaAllah semoga semua cita-cita tahun ni tercapai ok MNH. Good luck!
BalasPadamSelamat tahun baru 2015 buat MNH... MNH baru 21, Zumal dah 31 esok tau ^-^
BalasPadamsemoga berjaya..saya risau juga manusia boleh meramal masa hadapan..sedangkan esok hari saya tak pasti apa yang berlaku kecuali ada perkara yang telah dirancang awal..kalau macam tu masalah kegawatan ekonomi telah direncanakan oleh seseorang..
BalasPadamI like your writing :)
BalasPadamHonestly.
Cuma x sempat singgah je.
Keep up d good work.