Sumber : Google |
Keadaan banjir di pantai
timur terutama di negeri Kelantan semakin buruk. Banyak tempat sudah tenggelam
dan banyak jalan darat sudah dinaiki air sehingga negeri itu terputus hubungan
darat dengan dunia luar. Marilah sama sama kita sebagai rakyat Malaysia menadah
tangan memohon pertolongan dari Allah agar banjir di seluruh negara dapat surut
dengan segera dan mangsa mangsa banjir selamat.
Saya melihat musibah yang
berlaku di negara ini adalah kerana kifarah Allah terhadap kita semua. Negara
ini sudah begitu banyak maksiat yang tidak dibendung, perpecahan dalam kalangan
umat Islam akibat kuasa politik, pemimpin tidak menjalankan amanah dengan betul
kepada rakyat, fitnah berleluasa, hukum serta agama Allah tidak dipertahankan
dengan sempurna malah dilacurkan untuk kepentingan pihak pihak tertentu dan
seribu macam masalah yang berlaku. Inilah yang menyebabkan Allah murka dan
menurunkan bala kepada kita.
Sebagai orang Islam, kita
perlu mengambil musibah ini sebagai satu peringatan dari Allah. Kita perlu
melakukan muhasabah diri dan cuba melakukan perubahan atas apa yang berlaku.
Kita juga perlu mencegah segala kemungkaran yang berlaku di negara ini. Ingatlah,
jika dengan peringatan sebesar itu pun kita masih gagal untuk berubah,
bagaimana jika akan datang peringatan yang lebih besar kepada kita?
Semalam saya membaca begitu
banyak kenyataan yang keluar di laman laman sosial yang mengaitkan isu banjir ini
dengan isu politik. Saya sedih melihat keadaan tersebut. Kita bukannya mahu
mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membantu mangsa mangsa banjir tetapi
kita sibuk mahu tunding menunding diantara satu sama lain. Kita sibuk menyalahkan orang lain atas perkara yang remeh
temeh.
Antara isu yang kerap keluar
adalah isu hudud. Saya tidak mahu mengulas isu tersebut kerana pada saya isu
hudud tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu banjir. Begitu juga dengan isu
politik. Apa yang penting sekarang adalah kita sama sama berdoa agar banjir itu
akan cepat surut dan mangsa mangsa banjir selamat. Selain itu, kita perlu
menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan wang ringgit, makanan, selimut, tilam
dan ubat ubatan kepada saudara saudara kita yang berada di pantai timur sana.
Kesimpulannya, marilah sama
sama kita bermuhasabah diri di atas peringatan yang Allah berikan. Marilah kita
berdoa agar banjir akan segera surut dan mangsa mangsa banjir selamat. Amin…
Smoga smuanya slmt hendaknya. InsyaAllah
BalasPadamJemput Join Segmen Zaman Persekolahan Yer
Semoga semua mangsa selamat dan kita semua dilindungi Allah...
BalasPadamsama-sama kita doakan yg terbaik untuk mangsa banjir :)
BalasPadam