Rabu, 31 Disember 2014

TAHUN BARU, HARAPAN BARU, CITA CITA BARU

Sumber : Google

Kini kita sudah pun berada di tahun 2015. Kita juga sudah jauh meninggalkan tahun 2014. Menurut Imam Al Ghazali, perkara yang paling jauh dengan kita adalah semalam. Saya yakin anda semua telah mencoret pelbagai kisah suka dan duka pada tahun 2014 bukan? Begitu juga dengan saya. Tidak mengapalah…yang lepas biarkan lepas. Kita tumpu pula kepada yang akan datang.

Tahun 2014 telah berlaku bermacam macam perkara dalam hidup saya. Pelbagai kisah suka duka telah saya lalui sepanjang tahun lepas. Secara tidak langsung, pengalaman itu sedikit sebanyak telah mematangkan diri saya sebagai seorang manusia. Kini usia saya sudah pun menginjak ke 21 tahun. Semoga tahun 2015 ini memberi sinar yang lebih baik kepada saya berbanding tahun lepas.

Pada tahun ini, saya bakal menamatkan pengajian diploma saya. Insha Allah… dengan izin Allah saya akan menamatkannya dalam bulan April nanti. Semoga saya boleh menamatkannya dengan penuh kecemerlangan untuk memudahkan saya melangkah ke alam universiti pula. Itulah harapan dan cita cita saya pada tahun ini. Doakan saya ye… 


Diharapkan juga segala kelemahan saya sebagai seorang manusia, pelajar, hamba Allah, penulis, pengedar Shaklee dan blogger dapat dipertingkatkan pada tahun ini. Kita tidak dapat lari dari kesilapan kerana kita adalah manusia biasa. Jadi, kelemahan dan kekhilafan pada tahun lepas dijadikan pengajaran dan sandaran untuk mencapai cita cita kita pada tahun ini. Semoga Allah memudahkannya…

Menurut beberapa cendekiawan, negara kita – Malaysia bakal mengalami beberapa cabaran dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Sudah bersediakah kita untuk berhadapan dengan segala cabaran itu? Apakah persiapan kita untuk menghadapi cabaran itu? Saya harap pembaca semua telah bersedia rohani dan jasmani bagi menghadapi segala pancaroba pada tahun ini.

Sebagai penganalisis politik, harapan saya kepada negara ini amat besar. Semoga kepimpinan negara mengambil iktibar di atas semua kelemahan yang telah mereka lakukan pada tahun lepas. Kelemahan kelemahan tersebut perlu diatasi dengan sebaik mungkin supaya rakyat dapat hidup dengan lebih aman, tenteram dan selesa.

Seperti mana yang kita sedia maklum, akibat kuasa politik, umat Islam berpecah belah. Moga moga pada tahun ini kita semua dapat mencapai kata sepakat supaya umat Islam boleh bersatu dan mempertahankan agama suci Allah ini dari terus diperlecehkan oleh puak puak yang tidak suka akan kedamaian di negara ini.

Ingatlah, kita tidak boleh mengubah masa lalu. Apa yang kita boleh lakukan adalah membuat persediaan dan perancangan yang rapi supaya kelemahan kita pada masa lalu tidak bertambah buruk dan kita perlu cuba sedaya upaya untuk membuat anjakan paradigma agar hidup kita akan lebih bahagia.


Akhirul kalam, saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikut, pembaca dan pengomen blog MNH Sastera Melayu ini. Tanpa anda siapalah saya sebagai penulis blog.  Saya mendoakan agar anda semua mencapai semua cita cita anda pada tahun ini. Semoga anda juga dikurniakan kesihatan yang baik, ditambah dengan rezeki yang halal lagi banyak serta menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Selamat datang 2015…selamat tinggal 2014….

4 ulasan:

  1. InssyaAllah semoga semua cita-cita tahun ni tercapai ok MNH. Good luck!

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru 2015 buat MNH... MNH baru 21, Zumal dah 31 esok tau ^-^

    BalasPadam
  3. semoga berjaya..saya risau juga manusia boleh meramal masa hadapan..sedangkan esok hari saya tak pasti apa yang berlaku kecuali ada perkara yang telah dirancang awal..kalau macam tu masalah kegawatan ekonomi telah direncanakan oleh seseorang..

    BalasPadam
  4. I like your writing :)
    Honestly.
    Cuma x sempat singgah je.
    Keep up d good work.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.