Rabu, 31 Disember 2014

MENGAPA SAYA MENOLAK PKM SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN?

Mendiang Chin Peng

Oleh kerana ketaksuban yang sangat dahsyat terhadap kuasa politik, ada sesetengah golongan yang ingin mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai pejuang kemerdekaan dan mahukan pejuang pejuang mereka seperti Chin Peng diiktiraf. Saya yakin pasti ada orang orang yang berideologi komunis atau sosialis yang mahukan komunis bergerak cergas di dalam negara ini.

Tidak dapat kita nafikan, sebelum wujudnya UMNO, sudah ada pihak pihak tertentu yang sudah berjuang terlebih dahulu untuk menentang British iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938. Pada waktu itu juga sudah wujudnya Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyusun kaum buruh Cina di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Oleh kerana perasaan benci terhadap penjajah, maka KMM dan PKM pun bergabung untuk menentang British. Apabila Jepun datang menjajah pada tahun 1941, telah tertubuhnya Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang dibantu oleh British untuk menentang penjajah dari bangsa Jepun pula.


Dengan takdir Allah, Jepun telah kalah dalam peperangan pada tahun 1945. British datang kembali untuk menjajah Tanah Melayu setelah lari meninggalkan negara ini akibat tidak tahan dengan serangan tentera tentera Jepun. Oleh itu, gerakan nasionalime telah mula wujud dengan tertubuhnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Untuk pengetahuan pembaca, PKMM, API dan AWAS adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menentang British di Tanah Melayu. Untuk pengetahuan pembaca juga, mereka ini bukan komunis. Mereka dilabel sebagai komunis oleh British kerana British tidak mahu gerakan seperti ini menentang mereka.

PKM sahaja yang memang berideologi komunis. Selepas kekalahan Jepun, mereka berkuasa selama 14 hari. Mereka telah melakukan kerosakan di bumi Tanah Melayu dengan membunuh, merogol dan menculik orang Melayu. Mereka menentang British dan Jepun bukan kerana mereka mahu menghalau kedua dua penjajah itu sahaja, mereka juga mahu berkuasa di Tanah Melayu dengan menjadikan negara ini sebuah negara komunis seperti Vietnam, China, Korea Utara dan Russia.  

Jika benar mereka seorang pejuang kemerdekaan, mengapa mereka melakukan pembunuhan, merosakkan harta benda dan merogol orang Melayu melalui tentera tentera mereka iaitu Bintang Tiga? Adakah seorang pejuang kemerdekaan sanggup membunuh rakyatnya sendiri? Tepuk dada dan tanya iman.   

Cuba kita tinjau berapa ramai orang awam dan tentera tentera Malaysia mati akibat perbuatan komunis? Lupakah kita kepada Kanang Anak Langkau? Jika benar komunis itu pejuang, mengapa mendiang Kanang sanggup menggadaikan nyawanya semata mata untuk membunuh dan memburu komunis? Begitu juga dengan tentera tentera yang lain.

PKM juga telah mewujudkan Perlembagaan Rakyat 1947 di mana di dalam perlembagaan ini mengatakan sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dianggap sebagai Melayu. British menolak perlembagaan ini kerana terlalu radikal. Jelas, jika kita menerima perjuangan komunis, hak istimewa orang Melayu akan terhapus. Begitu juga peruntukan peruntukan yang lain seperti agama Islam dan sebagainya kerana seperti mana yang kita tahu fahaman komunis adalah atheis – tidak percaya kepada Tuhan.

Jika kita menerima pejuangan PKM, bermakna kita akan menjadikan negara kita bukan lagi negara demokrasi. Negara kita akan menjadi seperti Russia, China, Korea Utara dan Cuba. Segala kenikmatan yang kita dapat pada hari ini tidak akan kita kecapi jika PKM berjaya menguasai negara ini.

Jika benar PKM itu perjuang, mengapa pemimpin PKM seperti Musa Ahmad, Chin Peng, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D dan lain lain lari meninggalkan negara ini dan pergi ke China? Seorang pejuang seperti Ahmad Boestamam contohnya tidak akan lari meninggalkan tanah airnya sendiri walaupun menerima pelbagai seksaan. Ini membuktikan PKM bukan perjuang. Mereka hanya mahu menjadikan Tanah Melayu pada waktu itu sebagai sebuah negara komunis.

Kesimpulannya, saya menolak perjuangan PKM walaupun mereka lebih awal menentang penjajah berbanding UMNO. Mereka telah membunuh, merogol, merosakkan harta benda orang Melayu dahulu. Ramai yang mati dan menjadi mangsa mereka. Mereka juga atheis (anti tuhan) dan fahaman mereka tidak sesuai dengan orang Melayu yang beragama Islam.

Mereka juga mahu menjadikan negara ini sama seperti Russia, China, Korea Utara dan banyak lagi negara negara komunis yang anti demokrasi yang lain. Oleh itu, wajarlah perjuangan mereka ditolak. Namun, saya yakin, pasti akan ada pihak pihak tertentu di negara ini yang masih mahukan perjuangan komunis itu dikekalkan. Mereka juga mahu perjuang pejuang PKM diiktiraf di negara ini. Marilah sama sama kita berdoa agar ideologi komunis tidak berjaya bertapak di negara ini.



3 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    BalasPadam
  2. Setuju dengan MNH, PKM bukan pejuang... Pejuang bawa kebebasan, bukan bawa fahaman sesempit komunis tu...

    BalasPadam
  3. Kupasan yang sangat terperinci.
    Dapat refresh balik apa yang saya x ingat.
    " Mereka menentang British dan Jepun bukan kerana mereka mahu menghalau kedua dua penjajah itu sahaja, mereka juga mahu berkuasa di Tanah Melayu dengan menjadikan negara ini sebuah negara komunis seperti Vietnam, China, Korea Utara dan Russia. "
    Rasanya kenapa orang nak angkat komunis semula? Mesti sebab dah disogokkan dengan fahaman yang salah kan, di mana PKM dianggap pejuang la kononnya.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.