Sumber : Google |
Sekarang kita melihat sudah
ramai artis yang berhijrah – kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar dan
tidak kurang juga yang bertudung. Ini merupakan satu perkembangan yang positif.
Jadi artis itu tidak salah cuma jadilah artis yang benar benar mengikut syariat
Islam yang tulin.
Apabila kita melihat artis
artis yang bertudung ini mula diangkat sebagai pendakwah, itu juga satu
perkembangan positif. Dengan menggunakan populariti mereka, sudah pasti dakwah
yang hendak disampaikan itu akan tersebar dengan luas. Sudah pasti akan ramai
orang mahu mendengar dakwah yang hendak disampaikan oleh artis itu memandangkan
dia mempunyai populariti yang tidak ada pada orang lain. Dari sudut mata kasar,
niat murni artis itu sangat baik dan perlu dipuji.
Ada juga artis yang sudah
bertudung kemudian melompat menyertai parti politik. Mereka mula menggunakan
pentas pentas politik untuk menaikkan nama mereka di dalam dunia politik itu
sendiri. Mereka juga menggunakan populariti yang ada pada diri mereka untuk
menarik ramai orang untuk menghadiri ceramah politik yang dianjurkan oleh parti
politik tertentu. Pada saya. tidak salah artis itu mahu berpolitik. Menyertai politik
dan berdaftar ke dalam mana mana parti politik juga tidak salah dalam sebuah
negara demokrasi. Itu adalah hak mereka.
Apa yang menjadi salah
adalah apabila artis menggunakan pentas pentas politik ini untuk menyampaikan
dakwah dengan cara yang salah. Dakwah itu sudah baik tetapi jika disampaikan
dengan cara yang salah, dakwah itu sudah tentu menjadi jelik atau hodoh. Umpamanya
kita membina sebuah rumah. Rumah yang kini bina itu berjaya menjadi bentuk
rumah tetapi dalam kedudukan yang terbalik! Begitu juga dengan dakwah. Jika
dakwah yang baik itu disampaikan dengan cara yang salah, maka dakwah itu sudah
tidak baik lagi.
Dakwah jenis apa yang
sanggup menghina orang lain? Kita menggunakan pentas politik untuk berdakwah
dengan cara menghina dan memperlekehkan orang lain. Adakah Islam mengajar kita
berdakwah seperti itu? Adakah Islam membenarkan kita menghina dan
memperlekehkan orang lain? Konon apabila kita masuk jemaah politik yang memperjuangkan
Islam maka Islam dan iman kita lebih hebat daripada orang lain. Ini adalah satu
persepsi yang salah sebenarnya. Iman diukur bukan dari parti politik apa yang
kita masuk tetapi sejauh mana kita sanggup melaksanakan perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.
Pada saya, artis yang berdakwah
itu tidak salah, yang salah hanyalah menghina orang lain dan mengatakan itu
adalah salah satu cara untuk beliau berdakwah. Bagaimana satu perkara yang baik
dicampur dengan perkara yang tidak baik? Umpama kita membasuh kain putih dengan
air kencing! Mengutuk dan menghina orang bukan satu cara untuk berdakwah.
Mengutuk dan menghina orang tetap tidak baik disisi agama Allah Taala.
Inilah masalah orang kita.
Baru sahaja bertudung, kemudian sertai pula mana mana parti politik yang
memperjuangkan Islam, kita sudah menganggap diri kita lebih alim daripada orang
lain. Apabila kita mengkritik sikit, sudah mula naik marah dan melenting.
Mengeluarkan kenyataan bahawa kita menghalang mereka melakukan kerja kerja
dakwah. Budaya rimba mana yang mereka pakai?
Apabila kita baru berhijrah,
baru dua tiga hari memakai tudung, baru memyertai parti yang memperjuangkan
Islam, ilmu kita sudah tinggi? Kita mahu berdakwah dengan orang tetapi ilmu
kita sendiri masih tohor. Kemudian kita menghina orang pula dalam dakwah kita.
Apabila kita menggelar mereka sebagai ustazah ekspres mereka marah tetapi
itulah hakikat sebenar tentang diri mereka. Baru dua tiga hari memakai tudung
sudah mula berdakwah tanpa mempunyai asas asas agama yang kukuh.
Oleh itu, saya nasihatkan
kepada artis artis yang menjadi pendakwah di pentas pentas politik itu agar
menuntut ilmu Islam yang cukup terlebih dahulu kemudian baru menjadi pendakwah.
Apabila sudah menjadi pendakwah, jangan menghina dan memperlekehkan orang lain
atas dasar dakwah. Dakwah itu suci dan jangan cemarkannya dengan tindak tanduk
kita yang kotor!
Nice share :)
BalasPadamsmoga mreka pada baca ni artikel.
BalasPadamsaya setuju tu... berdakwah kena ada ilmu... kena belajar dulu...
BalasPadamkadang-kadang orang berilmu juga kedengaran memperlecehkan kewibawaan ilmuan lain.Ini adalah satu fenomena yang tidak patut ada dalam menerapkan ilmu kepada ummah.
BalasPadamBetul. Iman bukan kita dapat ukur.
BalasPadamHanya Allah yang tahu tahap keimanan seseorang.
Cuma, kita perlu dakwah jika kita lihat orang buat dosa..atau perkara lagha...
Amar makruf, nahi mungkar.
berdakwah tanpa ilmu akan menampakkan kepincangan dalam diri...dan pendakwah yang berilmu pun tak sepatutnya memperlekehkan ilmuan yang ada...berdakwah laa mengikut cara Rasulullah...dan itu lah yg terbaik
BalasPadam