Sumber : Google |
Sebenarnya sudah ramai ahli politik yang geram dan
selalu mengecam para penulis blog ini. Tidak lama dahulu, Tan Sri Zainuddin
Maidin (bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu dan penulis blog Zamkata) sewaktu
menjadi Menteri Penerangan dahulu pernah melabelkan blogger sebagai ‘goblok’. Ketua
Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah memanggil
blogger sebagai beruk, dan Datuk Shaziman Abu Mansur, bekas Timbalan Menteri Tenaga, Air
dan Komunikasi pernah memanggil blogger sebagai penembak curi.
Terbaru, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak memanggil blogger blogger upahan UMNO sebagai ‘bangang’! Menurut
Najib, mereka ini makan gaji dengan UMNO tetapi menyerang balik parti itu. Oleh
sebab itulah beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.
Merujuk kepada Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi,
Najib berkata : “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang
kadang tembak kita. Dalam istilah perang friendly fire. Friendly fire is not
friendly”.
Tambah Najib lagi : “Bloggers kita ni cari makan
dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam
peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang”. Ucap Najib
ketika pergulungan PAU
di PWTC baru baru ini.
Sebagai seorang penulis blog (walaupun bukan bloggers
upahan UMNO), saya merasakan istilah ‘bangang’ itu tidak sewajarnya keluar dari
mulut seorang pemimpin tertinggi negara. Jelas daya intelektual Najib rendah
tatkala dia mengeluarkan kata kata itu. Sejujurnya saya telah banyak membaca
blog blog upahan UMNO ini dan saya mendapati, mereka telah melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan betul dan berkesan.
Mereka bukan sahaja menyampaikan berita yang tidak
ada dalam surat
khabar arus perdana, bahkan juga mereka bertungkus lumus untuk mempertahankan
UMNO dari serangan pihak pembangkang dan pada masa yang sama menyerang
pembangkang juga. Tidak percaya? Baca blog The Unspinners, Gerakan Anti PKR,
House of PK, Semut Hitam, Cucu Tok Selampit, Din Turtle dan banyak lagi. Baca
dan fahami pemikiran mereka.
Mengapa jentera media sosial UMNO lemah? Sudahlah pemimpin
pemimpin UMNO tidak mahu menghargai usaha usaha para bloggers ini, kemudian
siap maki hamun pula cybertroopers mereka sendiri. Sudah acapkali saya baca
luahan hati bloggers pro UMNO ini yang kesal kerana tidak mendapat sebarang
balasan setimpal di atas kerja dan usaha yang mereka lakukan.
Berbeza dengan pembangkang, mereka mempunyai cybertroopers
yang mantap dan kuat. Oleh sebab itulah, mereka mampu menguasai media media
sosial dan internet lebih baik dari bloggers pro UMNO.
Saya tidak fikir yang bloggers upahan UMNO ini mahu ‘menembak’
UMNO seperti yang didakwa oleh Najib. Saya yakin mereka sekadar mahu mengkritik
kepimpinan Najib yang lemah itu dan menegur ahli ahli politik Barisan Nasional
yang sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan sebenar. Dan sudah pasti
tindakan yang mereka lakukan itu adalah betul.
Tidak cukupkah lagi begitu ramai pengampu, yesman,
kaki bodek, dan kaki kipas yang ada di dalam UMNO? Masakan Najib mahu bloggers
juga mahu jadi seperti ahli ahli UMNO yang dari jenis itu? Najib dan pemimpin
UMNO bukan Nabi sehingga tidak boleh ditegur. Najib juga manusia biasa dan
sudah pasti melakukan kesilapan. Oleh itu, wajarlah tindakan para bloggers ini yang menegur kesilapan pemimpin pemimpin UMNO.
Siapa lagi yang mahu menegur kesilapan kita jika bukan dari puak puak kita
sendiri?
Bloggers bukan seperti kebanyakkan ahli UMNO yang
mempunyai ruang yang cukup untuk menyampaikan buah fikiran dan kritikan mereka.
Ahli ahli UMNO boleh menyampaikan aspirasi mereka melalui perhimpunan agung
tetapi bloggers tidak. Mereka hanya boleh menyampaikan sesuatu perkara di dalam
blog yang mereka tulis sahaja.
Saya fikir jika Najib merasakan yang kepimpinannya
yang lemah itu tidak boleh ditegur dan mahu ‘mentransformasikan’ bloggers
menjadi pak angguk, pak turut, kaki kipas dan kaki bodek, maka bersiap sedialah
UMNO menjadi parti yang bakal hancur dan jahanam! Ini kerana segala kesilapan
UMNO tidak dapat dibongkarkan dengan lebih awal. Oleh itu, bloggers upahan
pembangkanglah akan bersorak gembira kerana berjaya mendedahkannya dengan lebih
awal di blog mereka.
Ingatlah, UMNO menjadi rosak kerana ramainya pak
angguk, pak turut, kaki bodek dan kaki kipas di dalam parti itu. Saya fikir
dengan tindakan bloggers ini yang menegur ahli ahli UMNO supaya melaksanakan
amanah yang diberi di samping mempertahankan UMNO dan membuat serangan balas
terhadap pembangkang adalah satu tindakan yang wajar. Jangan kongkong mereka
seperti mana Najib mengongkong media media arus perdana.
Ingatlah,
kebenaran tetap kebenaran. Sabda Nabi : “sampaikan kebenaran walaupun sepotong
ayat”. Apa yang betul kita perlu sokong, apa yang salah kita perlu tegur. Kita tidak
boleh menyokong perkara yang betul dan perkara yang salah pada masa yang sama.
Akibatnya kumpulan kita akan musnah dan jahanam.
Kesimpulannya, gelaran ‘bangang’ yang diberi oleh
Najib kepada bloggers upahan UMNO ini amatlah tidak wajar sama sekali dan saya
membantah sekeras kerasanya. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada bloggers
pro UMNO ini kerana telah melaksanakan tugasan mereka dengan baik dan berkesan
walaupun saya bukanlah penyokong mahupun ahli UMNO. Moga moga negara kita aman
dan makmur sampai bila bila.
Ermmm..macam-macam.
BalasPadamTakut dengan bloggers lah tu..
Kalau tak salah buat ape nak takut...
menjadi blogger politik memang berisiko besar.
BalasPadamsiapa yg bangang sebenarnya nie? bukankah najib sendiri ada blog?
BalasPadamTeguran rakyat untuk mematangkan pemimpin tapi mereka lebih suka anggap orang nak menjatuhkan mereka.
BalasPadambila ada yg tidak bersependapat dengan mereka iaitu org atasan mulalah mereka mengkritik. rakyat hanya menyatakan apa yg terbuku di hati mereka.
BalasPadam