Jumaat, 26 Disember 2014

APABILA MUJAHID BERCAKAP TANPA AKAL

Sumber : Google


Ahli Parlimen PAS kawasan Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa pernah mengeluarkan kenyataan : "Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat?" Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota jawatankuasa PAS Pusat ini.

Saya benar benar hairan dan pelik bagaimana seorang tokoh politik dari parti PAS begitu teruja untuk mempertahankan agama Kristian sedangkan agama Islam sendiri semakin teraniaya di bumi Melayu ini. Saya juga hairan bagaimana seorang tokoh politik berpendidikan tinggi seperti beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Saya tidak pasti beliau ini ahli politik Islam yang bagaimana sehingga boleh berfikir seperti itu. Cuba beliau lihat di Sabah, oleh kerana Kristian 'minoriti' di negara ini, bagaimana pula mereka boleh menundukkan umat Islam sehingga kalimah Allah berjaya dipakai di dalam kitab dan gereja mereka? Tidak sedarkah beliau tentang permainan orang kafir ini? 


Kita lihat Yahudi di Amerika Syarikat. Bilangan mereka dianggarkan 1.8% hingga 2.0% sahaja dalam 293,027,571 orang penduduk Amerika Syarikat. Cuba beliau fikir, bagaimana kumpulan minoriti di negara itu boleh menguasai politik dan ekonomi di negara kuasa besar tersebut? Tidak bacakah Mujahid tentang teori teori konspirasi yang berlambak di pasaran sekarang ini?

Inilah masalahnya jika seseorang manusia itu terlalu taksub kepada kuasa politik sehingga mata hatinya buta lalu tega menjual agama demi mendapatkan kuasa politik. Minoriti atau majoriti bukan soalnya sekarang tetapi sejauh mana kumpulan mereka itu boleh mempengaruhi seseorang pemimpin untuk mencapai cita cita mereka.   


Sebagai orang Islam, kita perlu berhati hati dengan permainan orang orang kafir ini supaya kita tidak terjerumus di dalam kancah permainan mereka. Jangan sampai kita terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh mereka. Nabi sendiri pernah memberi peringatan akan bahayanya orang Yahudi, Nasrani dan Majusi ini. Tidak percaya? Baca semula sejarah Israk dan Mikraj untuk mendapat pencerahan mengenai perkara ini. 

Saya sedih melihat seorang pemimpin yang berada di dalam parti yang memperjuangkan Islam tetapi lebih suka 'memperjuangkan' agama lain dari agama Islam sendiri. Kita melihat begitu ramai orang bukan Islam mencaci agama suci ini dan mencaci Allah tetapi langsung tidak mendapat pembelaan dari beliau.

Ingatlah, orang Melayu masih kuat di bumi Malaysia ini kerana adanya Islam. Bagaimana nanti jika Islam sudah terkubur suatu hari nanti akibat dirosakkan oleh orang orang Islam sendiri? Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. 

Nasihat saya kepada pembaca blog ini adalah berhati hatilah dengan permainan orang orang bukan Islam ini. Mereka akan sentiasa mencari cara bagaimana untuk merosakkan Islam dari luar dan dalam. Kita, sebagai orang Islam juga janganlah menjadi salah seorang boneka mereka demi mendapatkan kuasa politik. 


nota : sumber maklumat dari blog Helen Ang

2 ulasan:

  1. Pelik. Harap takde yang mengikut benda yang bertentangan dengan agama Islam ni. Kita mesti dengar pendapat Jemaah bukan personal macam ni.
    Boleh rosakkan akidah kan MNH?

    BalasPadam
  2. semoga syiar Islam makin kukuh di negara kita...dan kehidupan cara Islam perlu diutamakan... :)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.