Charyl Chappuis |
Rabu lalu telah
berlangsungnya perlawanan akhir peringkat pertama antara Malaysia dan Thailand
di Stadium Rajamangala yang menyaksikan pasukan Thailand berjaya menewaskan
Malaysia sebanyak 2-0 menerusi jaringan Charyl Chappuis (penalti) dan Kroekrit
Thawikan. Kesedihan jelas terpancar di jiwa rakyat Malaysia di atas kekalahan
tersebut. Harapan rakyat Malaysia
besar - mahu Harimau Malaya menebus kekalahan mereka malam ini di Stadium
Nasional Bukit Jalil.
Muncul persoalan di benak
rakyat Malaysia ,
apakah mungkin Harimau Malaya membawa kemenangan untuk negara pada malam ini?
Berdasarkan teori dan mata kasar, pasukan Thailand memang kuat dan sukar
digugat. Mengapa? Pertama dalam kedudukan FIFA setakat Mei 2014, kedudukan Thailand berada di tangga 143 manakala kedudukan
Malaysia
berada di tangga 145.
Kedua, pasukan Thailand
mempunyai Charyl Chappuis yang merupakan penyerang yang berbisa dan telah
menjadi fenomena kerana mempunyai wajah yang tampan. Bukan itu sahaja,
pasukan Thailand
mempunyai bekalan selesa dua gol untuk dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Saya optimis Harimau
Malaya mampu untuk membawa kemenangan untuk negara sekiranya mereka menukar
strategi, cara dan corak permainan. Sekiranya tidak, harapan untuk Malaysia
menggali kubur di tempat sendiri amat besar. Apa yang penting sekarang,
bahagian pertahanan dan bahagian serangan mesti diperkukuhkan. Elakkan juga
dari membuat kesilapan di petak penalti kerana buruk padanya nanti.
Saya tidak mahu
memperlecehkan pasukan negara kita tetapi saya harap mereka akan membawa pulang
kejayaan buat negara. Cukup cukuplah kekalahan demi kekalahan yang menimpa kita
selama ini. Saya begitu sedih dan kecewa Rabu lalu melihat kekalahan kita. Jangan
lagi perasaan yang sama berulang lagi pada malam ini.
Besar harapan saya
sebagai seorang pemerhati sukan yang mahu kegemilangan bola sepak kita seperti
di era Allahyarham Mokhtar Dahari dahulu. Mengapa kegemilangan dahulu tidak
bisa dibawa ke hari ini? Satu kajian yang konkrit dan holistik perlu dilakukan
untuk mencari tahu mengapa pasukan negara kita seteruk itu? Tidak mahukah kita
melihat pasukan negara kita beraksi di Piala Dunia contohnya?
Malam perlawanan saya melihat
ketidakmatangan penyokong penyokong kita yang terlalu mengikut emosi di laman
laman sosial. Kemenangan Thailand
itu telah menimbulkan pelbagai perkara perkara negatif antaranya Charyl
Chappuis itu seorang gay, mahu memboikot tom yam dan sebagainya. Mengapa
perkara itu mesti terjadi? Kekalahan Harimau Malaya adalah disebabkan oleh
kesilapan mereka sendiri dan mengapa kita mesti menimbulkan perkara perkara
negatif seperti itu?
Saya bukan mahu menyokong
pasukan Thailand
tetapi saya melihat ketidakmatangan masyarakat kita dalam sukan. Cukup cukuplah
insiden rakyat kita memukul penyokong penyokong Vietnam tidak lama dahulu. Jangan cuba
buat perkara yang karut marut lagi semata mata kita tidak berpuas hati dengan
kekalahan yang menimpa pasukan kita.
Apa pun, marilah kita
berdoa agar pasukan Harimau Malaya membawa pulang kejayaan untuk negara pada
hari Sabtu ini. Semoga Malaysia
dapat mengulangi kejayaan dalam kejohanan ini seperti tahun 2010 dahulu. Tiada
istilah mustahil untuk itu sekiranya ada usaha, doa dan tawakkal. Jika kita
menang, kita perlu bersyukur, jika kalah, kita perlu menerimanya dengan tangan
terbuka.
Nampaknya kita kena tunggu lagi... Apa pun tahniah untuk Harimau Malaya kerana lakukan terbaik pada Sabtu lepas....
BalasPadamOh ye lah...hensem jugak.
BalasPadamHaha..