Selasa, 23 Disember 2014

TUJUH CARA MUDAH UNTUK KURUS DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

Sumber : Google

Mempunyai berat badan ideal menjadi idaman setiap orang di dunia ini. Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai pengidap obesiti di dunia. Punca sebenar yang menyumbang kepada masalah ini adalah pemakanan yang tidak seimbang, faktor genetik, kurang bersenam, masalah hormon dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai seorang blogger dan pengedar Shaklee, saya mahu kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda menguruskan badan dengan selamat dan berkesan.

Pertama, elakkan diri anda dari berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan berlapar, sudah pasti akan makan dengan lebih banyak. Walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali seperti biasa, metabolisme tubuh anda masih lemah lagi. Ini menyebabkan kalori dibakar dalam keadaan yang tidak sama lagi. Oleh itu, segera makan sekiranya anda berasa lapar.


Kedua, ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi mengelakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Ketiga, minum lapan gelas air kosong atau lebih sehari. Air dapat mengurangkan selera makan anda dan membantu badan memetabolismekan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan, minumlah air dengan banyak. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

Keempat, jangan minum minuman berkarbonat dengan kerap. Minuman berkarbonat mengandungi tujuh hingga lapan sudu gula dan tidak bagus untuk kesihatan dan menyumbang kepada masalah obesiti.

Kelima, jangan ambil garam secara berlebihan dalam makanan seharian. Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam menyebabkan air yang bertakung dalam badan anda menjadi sedikit. Oleh itu, berat badan anda berkurang disebabkan air.

Keenam, jangan sesekali tidak mengambil sarapan pagi. Menurut kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai risiko yang besar untuk mendapat obesiti berbanding orang yang mengambil sarapan pagi kerana sarapan pagi dapat menstabilkann hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.    

Ketujuh, mengambil vitamin yang dijamin selamat. Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan anda supaya mengambil Vita C Shaklee untuk melangsingkan badan anda kerana di dalam produk ini terdapat Vitamin C yang terbukti berkesan untuk membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan yang ideal.

Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya akan menyarankan anda supaya mengambil Vitamin C dalam diet seharian kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.



Kepada anda di luar sana yang mahu mempunyai badan yang langsing seperti seorang model, saya sarankan anda mengambil produk ini. Jangan takut untuk laburkan sedikit wang untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan untuk kesihatan anda juga. Ingat, kesihatan lebih berharga daripada kekayaan.

Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/wechat/telegram : 012 9772806

Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Keramat.

4 ulasan:

  1. Takutnya dengan perkataan obesiti ni, mujurlah ada set kurus shaklee yang membantu saya menurunkan berat badan. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit yang berbahaya dan terjadinya komplikasi, jadi jangan sampai anda mengalaminya. Perkongsian yang menarik sekali Haziq, terima kasih atas infonya....meh pakat-pakat beli Vita C plus selagi harga promosi...!!!

    Penyusuan Susu Ibu Begitu Istimewa Bagi Ibu Dan Bayi

    BalasPadam
  2. Zumal turun 5kg hanya kerana selalu tak sihat...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.