Isnin, 22 Disember 2014

BAGAIMANA MAHU MENINGKATKAN IQ ANAK ANDA?

Sumber : Google

Selalu benar kita sebut perkataan IQ bukan? Tahukah kita bahawa IQ itu singkatan daripada perkataan Intelligent Quotient. Kanak kanak yang mempunyai IQ yang tinggi adalah sangat bagus kerana kanak kanak itu pasti akan bijak dan mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, pada hari ini  saya mahu menulis tentang bagaimana untuk tingkatkan IQ anak anda.

Antara cara untuk meningkatkan IQ anak kita adalah belajar muzik. Ini merupakan cara yang baik untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil kajian yang dibuat di Universiti Toronto, pembelajaran muzik dapat meningkatkan IQ dan prestasi sekolah seorang anak. Semakin lama kanak kanak kanak itu belajar muzik, semakin tinggilah IQ kanak kanak tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kanak kanak Cina dan Eropah gemar belajar muzik bukan?

Kedua, minum air susu ibu. Banyak hasil kajian menunjukkan air susu ibu dapat meningkatkan IQ bayi dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan selain menyediakan pelbagai jenis zat gizi. Seorang bayi yang yang kerap mengambil susu ibu selama sembilan bulan secara berterusan akan menjadi lebih pandai berbanding bayi yang tidak mengambil susu ibu.


Ketiga, kesihatan yang baik. Banyak hasil kajian menunjukkan kanak kanak yang sihat adalah kanak kanak yang sering mendapat kecemerlangan di sekolah. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu memastikan anak kita sentiasa sihat untuk mereka pergi ke sekolah.

Keempat, memberi permainan yang bagus. Ada banyak permainan yang boleh meningkatkan semangat bersosial, kreativiti, inspirasi, melatih anak untuk berfikir dan melatih kemampuan menulis. Hasil kajian dari Universiti of Rochester mendapati kanak kanak yang suka bermain permainan lebih berkemampuan untuk menemukan petunjuk rasa visual dalam belajar.

Kelima, tidak mengambil makanan ringan. Jangan beri anak anda makanan yang mengandungi gula yang tinggi, berlemak dan makanan ringan dengan kerap. Beri anak anda makanan yang mempunyai gizi yang tinggi kerana dapat meningkatkan IQ anak anda terutama kepada bayi yang genap dua tahun. Beri anak anda makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi kerana dapat membantu pertumbuhan otak. Jika anda kurang memberi anak anda makanan yang berkhasiat, penghantaran impuls saraf akan menjadi lemah.  

Keenam, memupuk minat membaca dalam diri anak anak. Membaca merupakan salah satu cara untuk meningkatan IQ seseorang secara langsung dan efektif. Membacakan cerita untuk anak anak, membenarkan anak anak menjadi pustakawan, dan menambah koleksi buku bacaan adalah cara terbaik untuk memupuk minat membaca terhadap anak anak.

Ketujuh, mengambil vitamin tambahan seperti produk Shaklee. Shaklee ada menyediakan produk yang dapat membantu meningkatkan IQ anak anda iaitu Vita C Shaklee. Di dalam produk ini terdapat Vitamin C yang dapat mengurangkan plumbum dalam darah secara mendadak. Perlu diingatkan bahawa bahawa keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak kanak. Plumbum juga menyebabkan masalah pembelajaran dan IQ lemah. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

Oleh itu, jika anak anda mempunyai masalah dalam pembelajaran, saya sarankan anda supaya mengambil produk Vita C Shaklee ini. Produk ini sangat bagus untuk meningkatkan IQ anak anda. Jangan takut untuk melaburkan sedikit duit untuk kepentingan pembelajaran anak anak anda juga.

Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450  
Sms/whatsapp/wechat/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Keramat.


7 ulasan:

  1. Terima kasih berkongsi tips berguna. Jemput menziarahi blog saya
    http://mummyfiras.blogspot.com

    BalasPadam
  2. iq anak... sememangnya berasal dari pemakanan dan sumbernya yang halal.

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang amat berguna kepada para ibu bapa...

    BalasPadam
  4. thanks for sharing..berguna utk rujukan ibu bapa ni

    BalasPadam
  5. Vita C tablet dia macam Omega guard jugak ekk boleh campur susu. Actually akak dah cuba bagi Omega guard untuk anak akak.. bagi terus dia memang tolak. campur susu biasa memang dia tak nak minum. Akak try campur susu coklat.. Alhamdulillah dia minum.. nasib baik. Akak gamble je beli. Tapi betul.. cepat meransang otak dia. Anak akak speech delay lepas bg omega guard.. dah boleh baca abc sampai Z.. one sampai ten. Bukan setakat hafal.. dia kenal semua huruf & nombor.. Kita cuma usaha & iktiar tp kesembuhan tu dari Allah.. akak pun dok survey2 lagi produk shaklee yg senang boleh campur susu nak bagi untuk anak akak yg umur 3 tahun

    BalasPadam
  6. buat pertama kali nya sy bru tahu IQ Adalah Intelligent Quotient heehee..
    mmg biasa sebut ringkas tu,Terima kasih atas perkongsian berharga ini ya ;)

    BalasPadam
  7. Bagus tambah omega juga..
    Supaya sel-sel otak bersambung.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.