Mendiang Chin Peng |
Oleh kerana ketaksuban yang sangat
dahsyat terhadap kuasa politik, ada sesetengah golongan yang ingin mengangkat
Parti Komunis Malaya sebagai pejuang kemerdekaan dan mahukan pejuang pejuang
mereka seperti Chin Peng diiktiraf. Saya yakin pasti ada orang orang yang
berideologi komunis atau sosialis yang mahukan komunis bergerak cergas di dalam
negara ini.
Tidak dapat kita nafikan, sebelum
wujudnya UMNO, sudah ada pihak pihak tertentu yang sudah berjuang terlebih
dahulu untuk menentang British iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan
pada tahun 1938. Pada waktu itu juga sudah wujudnya Parti Komunis Malaya (PKM)
yang menyusun kaum buruh Cina di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Oleh kerana perasaan benci terhadap
penjajah, maka KMM dan PKM pun bergabung untuk menentang British. Apabila Jepun
datang menjajah pada tahun 1941, telah tertubuhnya Malayan People Anti Japanese
Army (MPAJA) yang dibantu oleh British untuk menentang penjajah dari bangsa
Jepun pula.
Dengan takdir Allah, Jepun telah
kalah dalam peperangan pada tahun 1945. British datang kembali untuk menjajah
Tanah Melayu setelah lari meninggalkan negara ini akibat tidak tahan dengan
serangan tentera tentera Jepun. Oleh itu, gerakan nasionalime telah mula wujud
dengan tertubuhnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf
(API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
Untuk pengetahuan pembaca, PKMM, API
dan AWAS adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menentang
British di Tanah Melayu. Untuk pengetahuan pembaca juga, mereka ini bukan
komunis. Mereka dilabel sebagai komunis oleh British kerana British tidak mahu
gerakan seperti ini menentang mereka.
PKM sahaja yang memang berideologi
komunis. Selepas kekalahan Jepun, mereka berkuasa selama 14 hari. Mereka telah
melakukan kerosakan di bumi Tanah Melayu dengan membunuh, merogol dan menculik
orang Melayu. Mereka menentang British dan Jepun bukan kerana mereka mahu
menghalau kedua dua penjajah itu sahaja, mereka juga mahu berkuasa di Tanah
Melayu dengan menjadikan negara ini sebuah negara komunis seperti Vietnam,
China, Korea Utara dan Russia.
Jika benar mereka seorang pejuang
kemerdekaan, mengapa mereka melakukan pembunuhan, merosakkan harta benda dan
merogol orang Melayu melalui tentera tentera mereka iaitu Bintang Tiga? Adakah
seorang pejuang kemerdekaan sanggup membunuh rakyatnya sendiri? Tepuk dada dan
tanya iman.
Cuba kita tinjau berapa ramai orang
awam dan tentera tentera Malaysia mati akibat perbuatan komunis? Lupakah kita
kepada Kanang Anak Langkau? Jika benar komunis itu pejuang, mengapa mendiang
Kanang sanggup menggadaikan nyawanya semata mata untuk membunuh dan memburu
komunis? Begitu juga dengan tentera tentera yang lain.
PKM juga telah mewujudkan
Perlembagaan Rakyat 1947 di mana di dalam perlembagaan ini mengatakan sesiapa
sahaja yang lahir di Tanah Melayu dianggap sebagai Melayu. British menolak
perlembagaan ini kerana terlalu radikal. Jelas, jika kita menerima perjuangan
komunis, hak istimewa orang Melayu akan terhapus. Begitu juga peruntukan
peruntukan yang lain seperti agama Islam dan sebagainya kerana seperti mana
yang kita tahu fahaman komunis adalah atheis – tidak percaya kepada Tuhan.
Jika kita menerima pejuangan PKM,
bermakna kita akan menjadikan negara kita bukan lagi negara demokrasi. Negara
kita akan menjadi seperti Russia, China, Korea Utara dan Cuba. Segala
kenikmatan yang kita dapat pada hari ini tidak akan kita kecapi jika PKM
berjaya menguasai negara ini.
Jika benar PKM itu perjuang, mengapa
pemimpin PKM seperti Musa Ahmad, Chin Peng, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin,
Abdullah C.D dan lain lain lari meninggalkan negara ini dan pergi ke China? Seorang pejuang seperti Ahmad Boestamam contohnya tidak akan lari meninggalkan
tanah airnya sendiri walaupun menerima pelbagai seksaan. Ini membuktikan PKM
bukan perjuang. Mereka hanya mahu menjadikan Tanah Melayu pada waktu itu
sebagai sebuah negara komunis.
Kesimpulannya, saya menolak
perjuangan PKM walaupun mereka lebih awal menentang penjajah berbanding UMNO.
Mereka telah membunuh, merogol, merosakkan harta benda orang Melayu dahulu.
Ramai yang mati dan menjadi mangsa mereka. Mereka juga atheis (anti tuhan) dan
fahaman mereka tidak sesuai dengan orang Melayu yang beragama Islam.
Mereka juga mahu menjadikan negara
ini sama seperti Russia, China, Korea Utara dan banyak lagi negara negara
komunis yang anti demokrasi yang lain. Oleh itu, wajarlah perjuangan mereka
ditolak. Namun, saya yakin, pasti akan ada pihak pihak tertentu di negara ini
yang masih mahukan perjuangan komunis itu dikekalkan. Mereka juga mahu perjuang
pejuang PKM diiktiraf di negara ini. Marilah sama sama kita berdoa agar
ideologi komunis tidak berjaya bertapak di negara ini.
Assalamualaikum
BalasPadamSELAMAT TAHUN BARU 2015
Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...
Setuju dengan MNH, PKM bukan pejuang... Pejuang bawa kebebasan, bukan bawa fahaman sesempit komunis tu...
BalasPadamKupasan yang sangat terperinci.
BalasPadamDapat refresh balik apa yang saya x ingat.
" Mereka menentang British dan Jepun bukan kerana mereka mahu menghalau kedua dua penjajah itu sahaja, mereka juga mahu berkuasa di Tanah Melayu dengan menjadikan negara ini sebuah negara komunis seperti Vietnam, China, Korea Utara dan Russia. "
Rasanya kenapa orang nak angkat komunis semula? Mesti sebab dah disogokkan dengan fahaman yang salah kan, di mana PKM dianggap pejuang la kononnya.