Selasa, 28 Oktober 2014

SEDARKAH DIKAU?

puisi sedarkah dikau?
Gambar Hiasan


Mengapa kau begitu kejam,
Mengongkong diri yang bukan milikmu,
Mengapa kau begitu zalim,
Melukakan hati seorang sahabatmu,
Mengapa kau begitu sadis,
Berlaku curang di hadapan kekasihmu.

Perbuatanmu sukar dimaafkan,
Sedarkah dikau di atas kekejamanmu,
Insafkah dikau di atas kebobrokanmu,
Wahai perempuan kejam,
Di sebalik kebijaksanaanmu,
Di sebalik kecantikanmu,
Di sebalik kepetahan kata katamu,
Dirimu umpama nila,
Yang boleh merosakkan susu sebelanga,
Dirimu umpama racun,
Yang boleh membunuh di kalbu.

Insaflah wahai perempuan kejam,
Sedarlah wahai perempuan kejam,
Di atas semua perbuatanmu,
Sebelum kamu,
Dikuluhumkan oleh Tuhanmu,
Akibat perbuatan kejammu.



Related Posts:

  • KENCING RAKYAT Sumber : Google Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE … Read More
  • PERJUANGAN TANPA MUSIM Sumber : Google Menggunakan pena dan juga kertas, Kita tulis bantahan dengan sangat keras, Ketika kita turun ke jalan raya, Kita arakkan ker… Read More
  • BICARA SEORANG SENIMAN Sumber : Google   Aku yang bergelar seorang seniman, Hanya mampu berlakon di pentas teater yang kurang tontonan, Engkau yang bergelar… Read More
  • BERTEMAN DENGAN SENI Sumber : Google Sepi yang lena telah keluar dari kamar kalbu, Runsing yang pegun telah berdiri tanpa kaku, Petaka yang senyap sudah tidak la… Read More
  • HADIAH KEADILAN Sumber : Google  Ketika kau beri sejambak bunga cinta, Tubuh munggilku kau nikmati sepuasnya, Lalu kau kongsi bersama teman-teman, Yang… Read More

2 ulasan:

  1. ujian dan dugaan hadir dalam pelbagai bentuk, la tahzan http://cahayaummurizqi.blogspot.com/search/label/LA%20TAHZAN%20-%20JANGAN%20BERSEDIH

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.