Selasa, 28 Oktober 2014

SEDARKAH DIKAU?

puisi sedarkah dikau?
Gambar Hiasan


Mengapa kau begitu kejam,
Mengongkong diri yang bukan milikmu,
Mengapa kau begitu zalim,
Melukakan hati seorang sahabatmu,
Mengapa kau begitu sadis,
Berlaku curang di hadapan kekasihmu.

Perbuatanmu sukar dimaafkan,
Sedarkah dikau di atas kekejamanmu,
Insafkah dikau di atas kebobrokanmu,
Wahai perempuan kejam,
Di sebalik kebijaksanaanmu,
Di sebalik kecantikanmu,
Di sebalik kepetahan kata katamu,
Dirimu umpama nila,
Yang boleh merosakkan susu sebelanga,
Dirimu umpama racun,
Yang boleh membunuh di kalbu.

Insaflah wahai perempuan kejam,
Sedarlah wahai perempuan kejam,
Di atas semua perbuatanmu,
Sebelum kamu,
Dikuluhumkan oleh Tuhanmu,
Akibat perbuatan kejammu.



Related Posts:

  • PEROGOL BAHASA Sumber : Google Tega sungguh dirimu, Merogol bahasa ibundamu, Hilang sudah jiwamu, Memperkosa bahasa kebangsaanmu. Malu benar dirimu, … Read More
  • BUKAN AKU TIDAK MAHU IKUT KAMU Sumber : Google Jangan kau marah diriku, Kerana tidak bisa mengikutimu, Bukan kerana aku tidak suka, Bukan pula kerana aku tidak rela, Tetapi a… Read More
  • APA GUNA? Gambar Hiasan Apa guna punya anak seribu, Jika seorang pun tidak bisa membantu, Apa guna punya banyak harta, Jika dibenci oleh sanak saudara, Wa… Read More
  • SEBESAR KEBEBASAN Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* … Read More
  • SEDARKAH DIKAU? Gambar Hiasan Mengapa kau begitu kejam, Mengongkong diri yang bukan milikmu, Mengapa kau begitu zalim, Melukakan hati seorang sahabatmu, … Read More

2 ulasan:

  1. ujian dan dugaan hadir dalam pelbagai bentuk, la tahzan http://cahayaummurizqi.blogspot.com/search/label/LA%20TAHZAN%20-%20JANGAN%20BERSEDIH

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.