Jumaat, 31 Oktober 2014

PEROGOL BAHASA

Sumber : Google


Tega sungguh dirimu,
Merogol bahasa ibundamu,
Hilang sudah jiwamu,
Memperkosa bahasa kebangsaanmu.

Malu benar dirimu,
Bertutur bahasa itu,
Kau gunakan Inggeris sebagai ganti,
Kau buang Melayu dari sanubari,
Kau rojakkan bahasa itu,
Kau cacatkan bahasa itu,
Hingga lupa hukum asalnya,
Kau mencari ganti,
Perkataan demi perkataan,
Untuk dilihat sebagai ilmuan tinggi.

Kau cemuh pertuturnya,
Tanpa peduli akan natijahnya,
Kau biarkan dia menderita,
Di bumi yang dia dicipta.

Siapa yang akan mendaulatkannya,
Jika bukan kita,
Wahai bangsa,
Si empunya bahasa,
Adakah kau mengharapkan bangsa lain,
Yang jelas benci dan prejudis,
Adakah kau juga begitu,
Memandang hina pada bahasamu.

Wahai si perogol bahasa,
Adakah kau Melayu,
Jika bahasa ibundamu kaku,
Sanggupkah kau lihat,
Bahasa keramat itu hilang,
Akibat kealpaan dan keangkuhanmu,
Yang tidak mahu,
Menggunakan bahasa itu,
Sanggupkah kau lihat,
Anak dan cucumu,
Lupa akan bahasa itu,
Yang pernah menjadi,
Lingua franca suatu waktu dahulu.

Adakah kau terhina,
Tatkala bertutur bahasa itu,
Lihat sahaja bangsa yang maju,
Tidak malu menggunakan,
Bahasa ibunda bangsa mereka,
Mengapa kau begitu,
Sejak kau kenal Inggeris dan Hallyu.

Tanamkan rasa cinta pada bangsamu,
Semaikan baja pada bahasamu,
Supaya tidak hilang,
Ditelan zaman dan waktu,
Wahai sang perogol bahasa,
Supaya anak cucumu,
Tidak tercari cari,
Khazanah bangsa yang berharga,
Di muzium cuma.

5 ulasan:

  1. dah sampai masanya kita mendaulatkan bahasa kebangsaan, jika bukan kita...siapa lagi kan.

    BalasPadam
  2. Kena hukum sebat juga perogol bahasa nie...

    BalasPadam
  3. Alamak, saya pun guna bahasa rojak juga.
    Tapi, tak pernah pandang rendah BM.

    BalasPadam
  4. bahasa kita harus gunakan sebaik boleh apa lagi dalam bab penulisan sehariankan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.