Sabtu, 11 Oktober 2014

ORANG YANG DI ATAS


Orang yang di atas
Gambar Hiasan


Oleh kerana wang beribu,
Oleh kerana pengikut berpusu pusu,
Kau berjaya menjadi orang yang di atas,
Yang megah dengan kejayaan,
Juga mewah dengan kekayaan.

Di tirai kata katamu,
Di mimbar penulisanmu,
Terbuka sebuah keangkuhan,
Tersingkap satu kesombongan,
Yang kau anggap sebagai ketegasan,
Untuk memberi seketul pelajaran,
Dengan penuh takbur dan kemarahan.

Wahai orang yang di atas,
Lekas buang kesombonganmu,
Ayuh lontar keangkuhanmu,
Yang tersemat kukuh di sanubarimu,
Supaya dirimu,
Tidak mati menjadi biru dan kelabu,

Ingatlah orang yang di atas,
Jika kau rasa kau sudah besar,
Allah lagi Maha Besar,
Jangan sombong dan angkuh,
Dengan orang bawahanmu,
Kelak kifarah memburumu,
Kerana tanpa orang bawahanmu,
Kau tidak mungkin berada di atas,
Jangan sesekali lupa pada asal usul,
Kerana balasan buruk pasti akan menyusul.


2 ulasan:

  1. sebenarnya pemimpin dna ketua nie banyak tanggungjawabnya... tetapi kadangkala pangkat dan jawatan yg disandang menjadikan kadangkala ada sesetengah dari mereka itu bersikap angkuh dan suka menyalahgunakan kausa demi kepentingan deri sendiri......

    BalasPadam
  2. Manusia semua sama asal dari tanah.
    Cuma sikap & tingkahlaku yang membezakan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.