Khamis, 16 Oktober 2014

CARA NAK JAGA MATA

Mata adalah satu anugerah Allah yang sangat berharga kepada manusia. Tanpa mata sudah pasti kita tidak dapat melihat. Sayangnya ramai manusia tidak mampu menjaga mata mereka dengan baik termasuklah diri saya sendiri. Akibat kesilapan kita, mata kita menjadi rosak sehingga kita memerlukan alat bantuan seperti cermin mata untuk membantu kita melihat (rabun). Oleh itu pada hari in saya mahu beri cara cara tentang penjagaan mata agar mata kita tidak mudah rosak atau pun kepada mereka yang mengalami penyakit rabun, rabun anda tidak akan lagi meningkat selepas ini.

Apa maksud rabun?

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, izinkan saya menerangkan tentang rabun. Rabun terdapat dua jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh adalah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas tetapi dapat melihat objek yang dekat dengan jelas.  Rabun dekat pula bermaksud sebaliknya dengan rabun jauh iaitu seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan jelas tetapi tidak pada objek yang dekat.


Apa punca rabun?


Punca rabun sebenarnya adalah apabila kita memaksa mata kita untuk melihat objek yang dekat dengan terlalu lama. Sebenarnya mata kita hanya sesuai untuk melihat objek yang jauh sahaja. Oleh kerana kita selalu melihat objek yang dekat,  maka otot otot mata akan menekan mata kita dan mengubah bentuk mata kita untuk melihat objek yang dekat. Apabila kita melihat objek yang dekat dengan terlalu lama, bentuk mata kita tidak dapat kembali ke bentuk asal dengan sempurna. Oleh itu, saya nasihatkan agar anda tidak melihat objek yang terlalu dekat melebihi 20 minit kerana boleh memberi kesan buruk kepada mata anda.

 

Cara mencegah penyakit rabun?

Ada pelbagai cara sebenarnya untuk menjaga mata kita antaranya setiap kali mandi atau berwuduk, biarkan air mengalir ke dalam mata anda. Cara ini mungkin membuatkan mata anda menjadi pedih namun dengan cara ini, anda dapat membersihkan kotoran yang melekat di mata anda. Selain itu, anda juga mesti selalu membuat senaman mata dengan cara selalu melihat objek yang berwarna hijau seperti pokok umpamanya. Warna hijau mampu merehatkan dan menenangkan mata anda. 
Mengamalkan makanan yang seimbang juga antara salah satu cara untuk menjaga kesihatan mata anda. Anda mesti mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C seperti susu, sayur sayuran dan buah buahan. 

Shaklee juga anda menyediakan satu produk yang sesuai untuk menjaga mata anda iaitu B - Complex Dietary Supplement. Di dalam produk ini terdapat banyak vitamin vitamin yang mampu untuk menjaga mata anda seperti B1, asid folik, biotin dan sebagainya. Oleh itu, kepada anda yang mengalami masalah rabun, anda boleh menggunakan produk ini untuk memastikan agar rabun anda tidak lagi meningkat. 


kebaikan vitamin dalam B Complex




Kepada yang mempunyai mata yang sihat, produk ini mampu untuk menjaga mata anda dengan baik. Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya dengan cara :


Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
ID : 1171450
sms/telegram/whatsapp : 012 9772806
PM FB : Muhammad Nurhaziq
COD : Kampung Baru Kuala Lumpur dan Bangi Seksyen 14, Terang Jernang sahaja.

 

 

 

4 ulasan:

  1. Penjagaan mata mat penting kita perlu ambil berat.. B complex memang terbaik..

    BalasPadam
  2. Mata la pancaindera paling penting pada kita... Masa kecil lagi patut dijaga...

    BalasPadam
  3. Ow B Complex bagus utk mata jugak ye..tq utk entri ni Haziq ;)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.