Selasa, 21 Oktober 2014

CARA MENCEGAH ALZHEIMER



Tahukah anda apa itu Alzheimer? Alzheimer merupakan sejenis penyakit ‘pelupa’ yang biasanya berlaku ke atas orang yang sudah berusia. Penyakit ini adalah satu penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progressif. Apabila seseorang itu terkena penyakit ini, dia akan gagal untuk menguruskan dirinya sendiri dan memerlukan orang lain untuk membantunya. 
Vivix mampu cegah Alzheimer
Sumber : Google


Punca punca penyakit Alzaheimer 

Banyak punca sebenarnya mengapa penyakit ini boleh menyerang diri seseorang antaranya jika seseorang itu tidak mendapat rehat yang mencukupi. Kajian menunjukkan orang yang tidur selama 6 jam sehari akan mengalami memori yang singkat dan jika berterusan kemungkinan untuk mendapat Alzheimer sangat tinggi. Selain itu, apabila anda sering berdengkur, risiko untuk anda terkena penyakit ini juga tinggi. Berdengkur berlaku disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Oleh sebab oksigen sukar untuk sampai ke otak, sel sel otak akan terganggu dan akan menyebabkan daya ingatan anda semakin lemah.

Seterusnya, jika anda berusia 65 tahun ke atas, anda mungkin mempunyai risiko untuk terkena penyakit ini. Pada usia ini, badan anda mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan daya ingatan anda menjadi semakin lemah. Selanjutnya, jika anda kerap mengambil pil tidur atau pil elergi, pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor yang bertauliah terlebih dahulu.  Ini kerana jika anda kerap mengambil pil pil seperti ini, fungsi otak anda akan terganggu. Mengambil ubat ubatan terlampau banyak juga boleh menyebabkan daya ingatan anda terganggu.

Kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan memori berlaku. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya bersenam selalu untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah di samping membuat pemeriksaan doktor untuk mengetahu kandungan gula dalam darah anda.



Cara mengatasi penyakit Alzheimer



Antara cara untuk mengatasi penyakit Alzheimer ini adalah anda perlu selalu bersenam. Antara kebaikan bersenam ini adalah meningkatkan kekuatan jantung, meningkatkan aliran darah ke otak (bagus untuk mencegah Alzheimer), menurunkan tekanan darah dan menurunkan kadar kolestrol.

Selain itu, anda perlulah mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Antara makanan yang dicadangkan adalah sayura sayuran dan buah buahan  yang berwarna gelap seperti terung, paprika merah, bayam, brokoli, anggur dan ceri. Makanan makanan tersebut mempunyai banyak antioksidan yang mampu melindungi otak dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kerosakkan neuron.    

Selanjutnya, anda juga boleh mengamalkan latihan kognitif seperti membaca, bermain catur, menghafal, menulis lagu, belajar muzik dan belajar bahasa baru. Semua aktiviti ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan mental dan menjaga sel sel saraf otak agar kekal terjaga dan terpelihara.


Mengatasi Alzheimer dengan Shaklee


Sebagai seorang pengedar bebas Shaklee, saya mencadangkan anda supaya mengambil produk Vivix Liquid Dietary Supplement untuk mencegah penyakit ini. Vivix mempunyai pelbagai vitamin di dalamnya seperti B12 dan antioksidan untuk membantu anda mencegah penyakit Alzheimer ini. Vivix telah diektrak oleh sainstis Shaklee dengan pelbagai ramuan berkhasiat seperti anggur Muscadine, lobak unggu, elderberry dan polygonum cuspidatum.Ramuan ramuan ini memang banyak khasiatnya bukan sahaja untuk mencegah Alzheimer tetapi juga untuk banyak lagi kegunaan lain.



Vivix mampu cegah Alzheimer

Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/telegram/whatsapp : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14 Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.
 


 


 



 



 

1 ulasan:

  1. nice blog. thanks jenguk blog saya.

    Mr. A
    deepheartless.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.