Sumber : Google |
Kejadian yang
berlaku di Universiti Malaya Isnin lalu memperlihatkan ketidakmatangan
mahasiswa mahasiswa kita berfikir. Ini kerana mereka mengikut cara perjuangan
yang salah dalam politik. Saya tidak kata salah untuk menyokong Anwar Ibrahim
tetapi cara mereka memberi sokongan itu yang salah. Mengapa mereka mesti
rosakkan pagar UM semata mata untuk memberi laluan kepada Anwar? Mengapa mereka
mesti mahu Anwar berucap di dalam UM? Sudah tidak ada tempatkah yang
penganjur boleh sediakan selain daripada UM?
Universiti adalah
tempat kita menuntut ilmu. Universiti bukan tempat untuk menganjurkan ceramah
politik. Universiti juga bukan tempat kita melakukan rusuhan, provokasi dan
mempamerkan sikap vandalisme! Saya kesal melihat mahasiswa mahasiswa UM yang
majoritinya Melayu berkelakuan seperti orang yang tidak berakal! Belajar di
sebuah universiti antara yang terbaik di dunia tetapi pemikiran lebih teruk
dari pelajar pelajar di Somalia dan Ghana sana.
Jujur saya katakan tidak salah untuk
kita berpolitik atau menyokong mana mana parti politik tetapi bukan dengan cara
seperti itu. Itu bukan cara orang yang mempunyai intelektual yang tinggi. Ibu
bapa menghantar mereka ke univerisiti supaya mereka belajar untuk menjadi orang
yang berjaya bukan untuk berpolitik. Kalau mahu berpolitik sangat, belajarlah
sehingga mendapat segulung ijazah, kemudian mahu masuk mana mana parti politik
atau bertanding di dalam pilihanraya pun tidak ada masalah.
Jika pihak universiti
mengambil tindakan membuang semua pelajar yang terlibat di dalam program
tersebut, apakah akan jadi kepada masa depan mereka yang majoritinya Melayu
itu? Apakah ibubapa mereka tidak sedih melihat anak anak mereka yang berjaya
masuk ke UM kemudian dibuang oleh kerana menganjurkan program yang tidak
membawa faedah kepada agama, bangsa dan negara.
Seandainya mereka
dibuang dari universiti, adakah Anwar Ibrahim mahu membantu mereka menyambung
semula pengajian? Sebab itu saya selalu menulis di blog ini supaya sebarang
tindakan yang mahu diambil mesti menggunakan akal fikiran dan bukannya
menggunakan nafsu politik! Tanggungjawab seseorang mahasiswa adalah pada
pelajaran, pada ibu bapa, agama, bangsa dan tanah air bukannya kepada Anwar
Ibrahim! Untuk apa kita mesti menggadai masa depan kita untuk Anwar Ibrahim?
Dia mahu meliwat, terliwat atau diliwat sekalipun apa yang kita peduli? Negara
kita ada mahkamah dan sekarang dia sedang berjuang untuk melepaskan diri,
mengapa kita mesti campur tangan? Mengapa kita mesti sibuk untuk memberi
keadilan kepada beliau sedangkan beliau sekarang sedang bertarung untuk
mendapatkan keadilan bagi kes liwatnya.
Pelik bin aneh
apabila mereka sanggup menggadai masa depan mereka untuk seorang manusia
bernama Anwar Ibrahim. Mengapa mereka tidak beria ia mahu melakukan provokasi
sebegitu rupa dalam mempertahankan kalimah Allah yang mahu digunakan dalam
Bible Bahasa Melayu? Mengapa mereka tidak beria ia mahu ‘mengganas’ seperti itu
apabila ramai saudara seagama dengan mereka sedang dimurtadkan oleh pihak pihak
tertentu? Mengapa mereka mesti berjuang untuk keadilan Anwar Ibrahim dan tidak
pada kalimah Allah? Adakah Anwar Ibrahim itu lebih hebat dari Allah?
Inilah masalah
mahasiswa kita. Mempunyai pemikiran yang cetek dan tohor. Mudah digunakan oleh pihak pihak tertentu. Bagaimana Islam dan Melayu mahu berjaya
sekiranya mempunyai mahasiswa yang mempunyai pemikiran yang jumud tahap kaki
seperti itu! Kerajaan masukkan mereka ke universiti untuk mereka belajar dan
menjadi pandai supaya mereka boleh tolong agama, bangsa dan negara mereka
bukannya berpolitik secara membabi buta seperti itu. Bukan juga mahu melakukan
tindakan yang tidak membawa sebarang faedah seperti itu. Senaraikan kepada saya
sepuluh faedah yang kita boleh dapat dalam penganjuran program tersebut?
Jika mahu sangat
berjuang dalam menegakkan keadilan, pergi sahaja ke Palestin. Masuk sahaja
Briged Al Qassam dan berjuang bersama rakyat Palestin dalam menegakkan keadilan
buat mereka. Bukan dengan sengaja mencetuskan provokasi, merosakkan harta benda awam,
menggadaikan masa depan dan membuat program yang tidak mendatangkan sebarang
faedah..
Kedudukan mahasiswa
dalam masyarakat sangat besar dan penting sebenarnya. Jangan kita rendahkan
kedudukan kita dengan berkelakuan seperti orang yang tidak berakal. Mahasiswa adalah pelapis dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanah
air. Sekiranya mahasiswa bersikap seperti itu, akan terbelakah agama, bangsa
dan tanah air kita pada masa akan datang? Saya selaku mahasiswa amat malu
melihat sikap mahasiswa kita yang lebih sudu dari kuah!
Nasihat saya kepada semua mahsiswa, berhentilah melakukan kerja yang
karut marut seperti itu. Belajarlah sehingga berjaya menggenggam segulung
ijazah kemudian bertandinglah dalam politik untuk membawa aspirasi anda
terhadap negara ini. Ubahlah negara ini dengan cara anda sekiranya anda
merasakan bahawa cara anda lebih bagus dan lebih baik dari cara yang digunakan
oleh kerajaan sekarang. Jangan sesekali membiarkan anda diperalatkan oleh pihak
pihak yang tidak sepatutnya kerana itu akan merugikan masa depan, agama, bangsa
dan tanah air sendiri. Dan berfikirlah menggunakan akal yang waras dan bukannya
menggunakan nafsu politik semata mata.
nice share ^^
BalasPadamBegitulah apabila ketaksuban dan kebencian melampau hidup subur dalam hati dan akal dangkal..
BalasPadam