Isu
kenaikan harga minyak dan belanjawan (bajet) yang dibentangkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas mendapat tindak balas
yang negatif sama sekali dari rakyat jelata. Kedua dua isu ini masih lagi
meniti di bibir bibir rakyat untuk melahirkan rasa ketidakpuasan
hati mereka terhadap kerajaan di bawah pimpinan Najib itu. Mana tidaknya,
akibat kenaikan harga minyak, kos sara hidup terutama di bandar bandar besar
semakin meningkat.
Saya
menjangkakan apabila Najib mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan dari RM500 ke
RM700 (jika saya tidak silap) akan menggembirakan rakyat namun telahan saya
ternyata tersasar sama sekali. Rakyat langsung tidak gembira dengan pengumuman
itu sebaliknya mencemuh dengan mengatakan bahawa tidak guna kerajaan beri BR1M
jika harga minyak terus naik dan membebankan hidup mereka.
Ini
bukan cerita dongeng Hikayat Awang Sulung Merah Muda yang penuh dengan panau
kesaktian itu. Ini adalah fakta dan hakikat yang perlu Najib dan barisan
kepimpinan negara terima. Buktinya,
semasa Najib mengumumkan pengurangan subsidi minyak tempoh hari, Facebook
miliknya menjadi sasaran kemarahan rakyat. Apabila Najib membentangkan Bajet 2015,
rakyat mencemuhnya di dalam media media sosial tanpa ada rasa takut dan gentar.
Sebagai
penulis, saya turun di tengah tengah masyarakat untuk meninjau sejauh mana penerimaan
mereka terhadap kenaikan harga minyak tersebut. Saya berjumpa dengan ramai
pemandu teksi dan masing masing meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka kepada
saya. Sudahlah pendapatan mereka tidak seberapa, kenaikan harga minyak ini
tambah membebankan mereka. Mereka bekerja dengan memandu teksi siang dan malam
itu langsung tidak menerima keuntungan sebaliknya perlu ‘dilaburkan’ kepada
harga minyak, kos maintenance dan kos kos yang lain.
Sejujurnya
ini bukanlah petanda yang baik untuk kerajaan Najib dan Barisan Nasional
seluruhnya. Kebarangkalian untuk BN tewas pada PRU yang akan datang amat tinggi
sekiranya Najib masih lagi mengekalkan corak pentadbiran yang sama seperti ini.
Ingat, golongan muda adalah golongan yang terbesar sebagai pengundi dalam
pilihan raya. Saya khuatir, jika mereka sudah jelak dan bosan dengan corak
pentadbiran yang dipakai oleh Najib ini, mereka akan meluahkan rasa amarah
mereka melalui peti undi. Mereka tidak lagi memberi sokongan kepada BN dan
tidak mustahil Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya tidak lama lagi.
Saya
berharap Najib dan BN tidak memandang sebelah mata akan kemampuan PR untuk
menguasai negara ini. Walaupun mereka sekarang sedang terpalit dengan beberapa
isu panas, itu bukan satu kayu pengukur untuk mengatakan mereka lemah.
Seandainya mereka kembali bersatu, kebarangkalian kekuatan mereka akan
bertambah besar. BN bukan seperti zaman Dr. Mahathir lagi. BN sekarang di era
Najib : lemah dan bermasalah!
Jika
Najib tidak melakukan sebarang perubahan pada waktu terdekat, saya yakin UMNO
dan BN akan ditalqinkan pada PRU yang akan datang. Walaupun saya bukanlah
seorang penganalisis politik yang baik, namun pada saya di dalam dunia politik
tiada apa yang mustahil. Jika Najib tidak berhati hati, bersiap siagalah untuk
menjadi pembangkang pada masa akan datang!
Saya pun tanya pendapat orang kampung. mmg dorg pn tak setuju langsung, dengan harga getah yg murah. sedangkan itulah mata pncarian dorg.
BalasPadamMasyarakat kita dimanja sejak awal lagi. Jadi bila ada sesuatu ditarik sedikit demi sedikit memang dorang rasa sangat la...
BalasPadam