Khamis, 23 Oktober 2014

CARA MENCEGAH MASALAH PROSTAT

Penulisan kali ini saya akan lebih memberi tumpuan kepada masalah atau penyakit yang sering melanda kaum lelaki iaitu masalah prostat. Kaum wanita juga boleh baca untuk mengetahui sama ada suami atau anak lelaki anda mungkin terkena penyakit ini. Sebelum saya menerangkan tentang penyakit ini, saya akan menerangkan terlebih dahulu apa itu prostat. Prostat adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing lelaki dan mengelilingi salur kencing yang dikenali juga sebagai urethra. Saiz prostat ini hanya sebesar kacang walnut sahaja dan fungsinya adalah untuk menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.

Masalah prostat terbahagi kepada dua iaitu pembesaran kelenjar prostat dan kanser prostat. Pembesaran kelenjar prostat ini berlaku disebabkan ransangan hormon testosterone. Apabila kelenjar prostat anda besar, anda akan mengalami kesukaran dalam membuang air kecil. Aliran kencing anda kurang baik, kerap membuang air kencing, tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air dan air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air. Sekiranya tidak dirawat, salur kencing anda akan tersumbat dan anda tidak dapat membuang air kencing secara normal.

Banyak lagi sebenarnya kesan buruk pembesaran kelenjar prostat ini antaranya buah pinggang akan gagal berfungsi, berlaku pembentukan batu karang, kerap ke tandas dan sebagainya.

Kanser prostat pula terjadi apabila sel sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa kawalan. Apabila anda terkena penyakit ini, anda akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, aliran kencing anda lemah, dan kerap kencing. Selain itu, mungkin akan terdapat darah yang keluar ketika anda membuang air kecil. Bukan itu sahaja, sel sel kanser prostat juga boleh merebak melalui aliran darah ke organ organ lain seperti tulang peha dan paru paru.

Seseorang itu akan mengalami sakit sakit tulang serta akan mengalami masalah bernafas. Jika sel sel kanser itu sudah merebak ke tulang belakang, risiko untuk anda menjadi lumpuh sangat tinggi.

Faktor faktor terjadinya masalah prostat


Antara faktor masalah prostate ini adalah usia. Lelaki yang berusia 55 tahun ke atas berisiko untuk mengalami masalah ini. Walaubagaimanapun, ada juga lelaki yang berumur di bawah 40 tahun yang menderita penyakit ini! *takut pula aku mendengarnya*. Faktor genetik juga boleh menyebabkan seseorang itu terkena masalah atau penyakit ini. Jika ada dalam kalangan keluarga anda yang terkena penyakit prostat ini, anda juga berisiko untuk terkena penyakit yang sama. Faktor yang terakhir adalah faktor wilayah. Hasil kajian menunjukkan lelaki yang tinggal di wilayah Amerika dan Australia sering mengalami masalah ini.

cara mencegah masalah prostate


Cara mencegah masalah prostat


Bagi mengelak masalah ini berlaku kepada anda, anda boleh mengambil beberapa langkah pencegahan antaranya jangan sesekali menahan kencing anda. Segera buang air kencing sekiranya perasaan ingin kencing itu muncul. Selain itu, anda harus menhindari dari minum minum beralkohol dan minuman berkafein terutama pada waktu malam.

Anda juga dilarang minum air terlalu banyak sekaligus dan cuba hindarkan dari minum air dua jam sebelum tidur. Seterusnya, anda juga hendaklah selalu bersenam dan melalukan aktiviti aktiviti Kagel iaitu satu latihan menguatkan otot pinggul. Yang terakhir sekali adalah anda perlu menguruskan stress anda dengan betul. Jangan tidak percaya bahawa jika anda sering gugup atau berlaku ketegangan akan menimbulkan rasa untuk buang air kecil.

Mencegah masalah prostat dengan Shaklee



Sebagai seorang pengedar sah Shaklee, seperti biasa saya menyarankan anda untuk mencuba produk serbaguna ini iaitu Vivix Liquid Dietary Supplement. Saintis sainstis Shaklee telah mencipta produk yang’ajaib’ ini untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit seperti masalah prostat yang sering terjadi kepada kaum lelaki.

Di dalam produk ini terdapat pelbagai bahan bahan berkhasiat seperti anggur Muscadine yang diekstrak untuk mendapatkan asid ellagik yang mampu untuk menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus, anti bakteria dan sebagainya.

Vivix mampu mencegah masalah prostat


Jika anda mahu mendapatkan produk ini dengan saya, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/ whatsapp/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14 Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.














0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.