Semua
orang tahu tentang penyakit stroke bukan? Soalan saya apa itu stoke?
Stroke adalah serangan otak yang datang secara mengejut oleh kerana
pembuluh darah pecah atau tersumbat. Stroke adalah satu penyakit yang
merbahaya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa.
Ramai orang telah meninggal dunia akibat terkena penyakit ini. Jika
tidak meninggal pun, barangkali untuk menjadi lumpuh dan cacat amat
tinggi sekali.
Antara penyebab penyakit stroke adalah hipertensi (penyakit
tekanan darah tinggi), kolestrol, arterioklerosis (pengerasan
pembuluh darah), masalah jantung, diabetes, penyakit keturunan, dan
migrain. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat juga boleh
menyebabkan anda dihinggapi penyakit merbahaya ini seperti merokok,
kerap minum minuman beralkohol, selalu makan makanan ringan, tidak
bersenam serta sering kali pemikiran dan jiwa berasa tidak tenang.
Inilah antara sebab mengapa orang mudah terkena penyakit yang
merbahaya ini.
Antara tanda seseorang itu terkena serangan stroke adalah
kehilangan deria rasa pada separuh anggota badan terutama pada
bahagian muka, tangan dan kaki. Selain itu juga, seseorang itu sukar
untuk bercakap, mata menjadi kabur, sukar untuk berjalan dan selalu
mengalami sakit kepala.
Antara cara untuk menghindari penyakit ini adalah seseorang itu
perlu menghentikan tabiat merokok dengan kadar segera sekiranya dia
adalah seorang perokok. Ini kerana bahan bahan di dalam rokok itu
sangat merbahaya dan boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi keras
hingga menyebabkan darah mudah terkumpul dan tersumbat. Selain itu,
seseorang itu perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
untuk mengesan sekiranya dia mengalami penyakit darah tinggi, Ingat,
darah tinggi adalah penyumbang utama kepada penyakit ini.
Seseorang itu juga perlu membuat pemeriksaan jantung secara berkala
dengan doktor pakar jantung untuk memastikan jantung anda tidak
tersumbat dengan kolestrol. Menangani stress atau tekanan dengan baik
adalah satu perkara yang perlu kerana jika seseorang itu sering
tertekan, peratus untuk terkena penyakit ini adalah tinggi.
Memilih makanan yang berkhasiat, selalu bersenam, tidak mengambil
minuman berakohol dan berkabonat juga adalah salah satu cara untuk
anda terhindar dari penyakit ini. Walaubagaimanapu, ada cara lain
yang anda boleh cuba iaitu dengan mengambil vitamin dan makanan
tambahan yang diiktiraf keberkesanannya seperti Shaklee untuk
mengelakkan diri anda dari terkena penyakit ini.
Shaklee ada menyediakan produk Omega Guard Dietary Supplement untuk
membantu anda menghindari penyakit stroke ini. Omega Guard ini
diekstrak dari ikan ikan laut dalam seperti mackerel, sardin, herring
dan sebagainya. Di dalam Omega Guard ini terdapat DHA dan EPA yang
boleh membantu mencegah penyakit saluran darah dan stroke. Bagaimana?
DHA dan EPA ini mampu menentang thrombosis, tekanan darah tinggi,
melicinkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah.
Omega Guard ini sangat berkesan untuk mengekalkan tekanan darah
normal, merendahkan paras kolestrol, melambatkan pembekuan darah
dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit stroke. Oleh itu, saya
mencadangkan kepada anda yang mahu menghindari penyakit ini, boleh
cuba untuk mendapatkan produk ini dengan saya.
Muhammad
Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee
Independent Distributor
ID :
1171450
WhatsApp
/ Telegram : 012 9772806
Facebook ; Muhammad Nurhaziq
COD :
Kampung Baru Kuala Lumpur dan Bangi (Section 14, Teras Jernang
sahaja)
sengsara gak kalau kena strok ni sebenarnya.
BalasPadamMencegah lebih baik dari mengubati..
BalasPadamGood job..Thanks for sharing.
info yang bermanfaat.good job!
BalasPadamjom sama2 cegah dari awal..
BalasPadamGood sharing
BalasPadaminfo yang berguna...Thanks Haziq..
BalasPadamanda mengalami Migraine??
Jom Baca >> http://bit.ly/1sqLgui
Exactly, quit smoking!
BalasPadamDon't burden your doctors when you actually know what's going on inside your body.
Ok, sentap x?