Sumber : Google |
Gempar sungguh negara
apabila sebuah program I Want To Touch A Dog diadakan di Bandar Utama baru baru ini.
Banyak pihak mengeluarkan pendapat masing masing atas isu yang pertama kali melanda
umat Islam di Malaysia. Sebelum ini belum pernah lagi ada mana mana individu
atau pihak yang berani menganjurkan satu program yang langsung tidak membawa
faedah seperti itu.
Soalan saya apa perlunya
program tidak berfaedah seperti ini dibuat? Apa kebaikan yang umat Islam dapat?
Mahu dapat ilmu? Alangkah bagus jika penganjur program menganjurkan ceramah di
mana mana masjid dan memanggil seorang
penceramah dalam kalangan agamawan yang berwibawa untuk bercakap soal ini?
Mengapa mesti kita menganjurkan program seperti itu?
Demi Allah, Islam tidak pernah benci pada
anjing. Anjing juga binatang dan mesti dihormati haknya tetapi orang Islam
bukan boleh suka suka atau sengaja untuk memegang binatang itu tanpa ada sebab
musabab yang kukuh. Rasulullah sendiri pun tidakk pernah anjur program seperti
ini ketika di zamannya tetapi kenapa kita betul betul jahil untuk menganjurkan
program seperti itu?
Anjing memang tidak dicela
oleh Islam tetapi di dalam Islam anjing adalah najis. Najis mughallazah. Jangan
samakan antara orang bukan muhrim bersentuhan dengan orang Islam bersentuhan
dengan anjing. Jangan cuba
‘meliwat’ hukum yang telah Allah tetapkan. Kalau orang bukan muhrim bersentuhan
kulit, mereka masih boleh sembangyang tanpa sertu tetapi bolehkah kita bersolat
apabila kita memegang anjing tanpa sertu?
Ya, saya akui bahawa wujud
khilaf ulamak di dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Hanya
ulamak dalam Mazhab Syafie sahaja mengatakan bahawa seluruh tubuh anjing itu
adalah najis mughallazah tetapi tidak pada mazhab besar yang lain di mana
mereka menyatakan hanya najis dan air liur anjing sahaja yang najis.
Walaubagaimanapun, adalah haram untuk menyentuh anjing secara sengaja tanpa ada
sebab sebab yang kukuh untuk melakukannya maksudnya haram untuk kita sengaja
memindahkan najis ke atas tubuh kita.
Adakah penganjur telah
mendapat pencerahan yang betul daripada mana mana ulamak yang muktabar untuk
membicarakan masalah ini sebelum menganjurkan program yang tidak mendapat
sebarang faedah itu? Ingat, saya kata mesti mendapat pencerahan dari ulamak
yang muktabar dan bukannya ustaz. Ilmu seorang ulamak lebih tinggi dan lebih
banyak dari ustaz.
Saya tidak nampak
kebaikannya program ini dianjurkan. Orang yang mempertahankan program ini sepatutnya
bertanya terlebih dahulu kepada yang pakar dalam bab bab agama seperti ini dan
bukannya ‘main hentam keromo’ sahaja.
Soalan saya mengapa tidak
dianjurkan program mengimarahkan masjid pada waktu subuh yang sememangnya
kurang orang itu? Inilah orang kita. Kalau mahu pegang anjing bukan main laju
lagi tetapi bila bab mahu sembahyang subuh di masjid, seorang pun tidak mahu
pergi. Alangkah bagusnya orang ramai yang datang ke program itu boleh datang ke
majid untuk sembahyang subuh berjemaah!
Ingatlah, sekarang kita sedang
disuntik oleh pemikiran liberal dan pluralisme agama yang keterlaluan. Perkara
sepatutnya diharamkan kita halalkan untuk sebab musabab yang tidak kukuh
alasannya. Jangan sampai Islam rosak kerana perkara perkara seperti ini.
Jika program seperti ini
boleh wujud, tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu boleh membela dan
menternak anjing di rumah. Dan tidak mustahil juga selepas ini akan ada program
I Want To Touch A Pig yang akan dianjurkan! JAKIM harus segera bertindak agar
perkara perkara karut marut seperti ini tidak akan berlaku. Jangan biarkan
pemikiran liberal menyuntik dalam pemikiran umat Islam di Malaysia.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.