I
Seawal pukul 5.30 pagi, Mahani telah bangun dari tidurnya. Dia terus mencapai tuala yang berada di atas ampaian di sudut bilik tidur itu. Walaupun mata masih lagi diserang rasa mengantuk namun Mahani tetap menggagahkan diri untuk bangun dan mandi. Seusai mandi, dia menunaikan solat fardhu Subuh dua rakat seterusnya mengejutkan anak lelakinya Irfan.
“Irfan… bangun…. Hari dah subuh. Pergi mandi cepat.
Nanti lambat pergi sekolah.” Kata Mahani sambil menepuk nepuk kaki
Irfan. Beberapa saat kemudian Irfan mula terjaga.
“Ibu, Irfan malaslah nak pergi sekolah. Cikgu Aida tu
garang sangat. Dia suka marah kat Irfan.” Kata Irfan seraya
memandang ke arah Mahani untuk meminta simpati.
“Irfan, boleh tak Irfan jangan buat perangai pagi pagi
macam ni. Kalau kamu tak pergi sekolah, kamu nak jadi apa kalau besar
nanti. Sudah! Jangan nak mengada ngada. Pergi ambil tuala lepas tu
terus masuk bilik air.” Kata Mahani tegas.
Irfan terus mangambil tuala mandinya dengan wajah yang
masam. Dia sengaja menghentak hentakkan kakinya dilantai ketika pergi
ke bilik air. Setelah melipat kain telekung dengan kemas dan
menyangkutnya di ampaian Mahani terus menyediakan sarapan untuk
mereka berdua. Dia melihat ada sebungkus roti Gardenia dan setin
sardin. Dia tersenyum sendirian kerana dia tahu hendak masak apa pada
pagi itu.
Dia terus memotong bawang merah, cili, bawang putih dan
menyediakan bahan bahan untuk memasak sambal sardin. Kemudian dia
menumis semua bahan tersebut ke dalam kuali. Sambal itu boleh dicecah
bersama roti. Setelah siap memasak dan menghidangkan di atas meja
makan, Mahani terus bersiap. Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 minit
pagi.
Dia tidak mahu terlambat ke tempat kerja. Dia tidak suka
mendengar Encik Ramli memarahinya pada waktu pagi sekiranya dia
lambat sampai ke tempat kerja. Dia mengenakan baju kurung berwarna
kelabu yang bercorak bunga biru. Baju itu dipadankan dengan tudung
bawal yang juga berwarna biru. Walaupun dia hanya bertugas sebagai
tukang cuci bangunan hotel sahaja namun penampilan diri perlu dijaga.
Itulah yang sering dipesan oleh arwah ibunya yang sudah
meninggal dunia kira kira tiga bulan yang lalu. Sesudah siap, dia
terus ke meja makan. Dia melihat Irfan sudah duduk menunggu dirinya.
Wajah kanak kanak berusia tujuh tahun itu cukup kelat. Irfan malas
mahu pergi ke sekolah pada hari itu. Dia lebih suka tinggal di rumah
sambil menonton cerita kartun yang ditayangkan di televisyen tetapi
Mahani tidak membenarkannya.
Jika dia tidak menghantar Irfan ke sekolah, siapa yang mahu
menjaganya di rumah. Dia tidak mahu membiarkan kanak kanak berusia
tujuh tahun itu tinggal di rumah seorang diri.
“Kenapa tak makan roti dengan sardin tu? Penat ibu masak
pagi tadi.” Soal Mahani sambil memandang kepada Irfan.
“Sarapan ni tak sedap. Irfan tak suka. Irfan suka
makan nugget
ayam tu.” Jawab Irfan.
“Hari ni nugget
ayam dah habis. Ibu lupa nak beli kat supermarket
malam tadi. Hari ni ibu beli nanti esok
Irfan boleh makan nugget
ayam ye. Sekarang Irfan makan roti dengan sambal sardin ni. Irfan
kena sarapan kalau tak nanti Irfan sakit perut. Makan ye sayang.”
Mahani memujuk. Irfan memang cerewet terutama dalam bab makanan.
Sikapnya sama seperti bekas suaminya. Bakri suka mengkritik makanan
yang tidak digemarinya. Selama lima tahun dia berkahwin dengan Bakri
dia tidak tahan dengan sikap Bakri yang panas baran itu. Ketika dia
berkahwin dengan Bakri dahulu, tubuhnya umpama punching
bag bagi Bakri. Dia sering dipukul dan
dibelasah jika ada perkara yang tidak berkenan yang dia lakukan di
mata Bakri.
Setelah berfikir dengan semasak masaknya, dia meminta cerai
dari Bakri. Mahkamah menetapkan Irfan akan berada di bawah jagaannya
tetapi Bakri boleh melawat anak itu sekali sekala. Setelah
bersarapan, Mahani terus menghantar Irfan ke sekolah dengan manaiki
bas.
“Belajar elok elok ye sayang. Jangan nakal nakal. Dengar
cakap cikgu.” Pesan Mahani ketika menghantar Irfan di pintu pagar
sekolah itu.
“Baik ibu.” Jawab Irfan sambil menyalami ibunya.
Mahani memerhatikan Irfan berjalan ke kelasnya. Dia berdoa kepada
Allah supaya suatu hari nanti Irfan akan menjadi seorang manusia yang
berjasa kepada agama, bangsa dan negaranya. Setelah menghantar Irfan
ke sekolah, Mahani terus manaiki bas untuk ke tempat kerjanya iaitu
di RaHa Hotel. Sebuah hotel bertaraf tujuh bintang yang dimiliki oleh
Datuk Hasanah Aliman. Seorang ahli perniagaan wanita paling berjaya
di Malaysia.
II
Mahani sampai ke tempat kerjanya tepat pada pukul lapan pagi. Dia melihat rakan baiknya sudah siap mengenakan uniform kerja pada pagi itu.
Mahani sampai ke tempat kerjanya tepat pada pukul lapan pagi. Dia melihat rakan baiknya sudah siap mengenakan uniform kerja pada pagi itu.
“Assalamualaikum Nadia.” Ucap Mahani lalu mematikan
lamunan Nadia pada pagi itu.
“Waalaikumsalam. Terkejut aku kau tahu tak.” Balas Nadia
geram.
“Lambatnya kau sampai. Biasanya dalam pukul 7.45 kau dah
terpacak kat hotel ni.” Sambung Nadia lagi.
“Masa aku naik bas nak pergi sini tadi ada kemalangan.
Tu yang jalan sesak tu.” Jawab Mahani.
“Biasalah tu. Nama pun Kuala Lumpur. Kalau tak sesak sekali sekala bukan Kuala Lumpur namanya. Tadi Encik Ramli ada jumpa aku. Dia cakap dia nak jumpa kau bila kau sampai nanti. Pergilah jumpa mamat poyo tu. Nanti tak pasal pasal aku yang kena marah.” Ujar Nadia.
“Kenapa dia nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke?” Soal Mahani. Sejujurnya dia tidak suka berjumpa dengan Encik Ramli. Dia tidak suka bertentang mata dengan lelaki yang berusia awal 30an itu.
“Mana la aku tahu. Pergilah cepat. Dia tengah tunggu kau tu.” Gesa Nadia. Setelah mengenakan uniform kerjanya, Mahani terus berjalan ke bilik Encik Ramli yang merupakan Pengurus Besar RaHa Hotel itu.
Lelaki yang berusia awal 30an itu memang segak. Walaupun tidak mempunyai paras rupa yang tampan, tetapi dia mempunyai satu aura yang membuatkan orang tertarik pada dirinya. Cuma Encik Ramli ini merupakan seorang yang tegas, serius dan jarang senyum. Oleh sebab itulah dia tidak disenangi oleh kebanyakkan pekerja bawahannya. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Encik Ramli, Mahani terus memberi salam sambil mengetuk pintu bilik itu.
“Masuk!” kedengaran suara Encik Ramli dari dalam
bilik. Mahani terus memulas tombol pintu bilik itu. Dia melihat Encik Ramli sedang duduk di meja kerjanya sambil menghadap komputer.
“Sila duduk Mahani.” Pelawa Encik Ramli. Mahani terus duduk di sebuah kerusi yang berwarna hitam berhadapan dengan Ramli.
“Untuk pengetahuan awak, awak adalah antara pekerja yang mempunyai prestasi yang cemerlang setakat ini cuma awak sering datang lewat saja.” Kata Ramli memulakan mukadimah perbualan.
“Saya minta maaf encik. Saya bukan sengaja datang lambat. Rumah saya agak jauh dari sini.” Ujar Mahani jujur.
“Baiklah. Saya faham. Saya panggil awak ke mari sebab ada satu tugasan untuk awak. Pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif RaHa Hotel iaitu Encik Sahimi Sahiril akan menginap di hotel ini selama seminggu. Dia nak orang yang betul betul cekap sahaja yang menguruskan kebersihan dan kekemasan di bilik penginapannya. Saya melantik awak untuk pegang tugas itu dengan sebaik mungkin. Boleh?” Soal Ramli.
“Insyaallah encik. Saya akan laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin.” Jawab Mahani penuh yakin.
“Bagus. Sekarang awak pergi ke suite nombor 104 untuk mengemas apa yang patut. Dalam pukul sepuluh nanti Encik Sahiril nak datang.” Ujar Ramli.
“Baiklah. Kalau tak ada apa apa lagi saya keluar dulu.” Kata Mahani.
“Baiklah.” Jawab Ramli sambil mengangguk.
Rajinnye baca novel:)
BalasPadam