Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger Miss Zulaikha sebab sudi tag saya untuk cabaran Liebster Award kali ini. Sudah menjadi tradisi, sesiapa yang ditag untuk Liebster Award ini, perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh orang yang mengetag. Di bawah ini adalah soalan soalan yang perlu saya jawab :
1. Siapakah orang yang paling anda sayang?
Jawapan : Rasulullah, ibu, ayah dan opah.
2. Manusia yang paling banyak beri kesan kepada hidup anda?
Jawapan : Ayah saya. Ayah sayalah yang telah membentuk jiwa dan pemikiran saya sebagai seorang manusia yang mencintai Islam, Melayu dan Malaysia. Ayah saya juga yang banyak menanam sifat suka membaca dalam diri saya. Sebab itu, saya mempunyai minat dan pemikiran yang sama dengan ayah saya.
3. Saat paling melucukan yang terjadi dalam hidup anda dan tidak dapat dilupakan?
Jawapan : Banyak sangat sampai satu pun saya tak ingat. haha
4. Kata kata atau quote yang meninggalkan kesan di hati anda?
Jawapan : "Siapa yang dapat menafikan kata kata saya? Tidak mungkin ada kejuruteraan lain yang lebih hebat daripada kejuruteraan Jerman. Kenapa? Apabila masuk sahaja ke kelas kejuruteraan Jerman, mereka seperti berperang di dalamnya. Kelas itu berperang! Dan sudah pasti tidak ada pengawal keselamatan di dalamnya!" Kata kata Prof. Abu Hassan Hasbullah - Penyarah Universiti Malaysia Kelantan,
5. Berapa tinggi anda?
Jawapan : Tak ingat sebab jarang ukur. Kali terakhir ukur tahun 2009.
6. Anak ke berapa dalam keluarga dan apa faedahnya?
Jawapan : Anak pertama dan faedahnya saya dah merasai semua pengalaman hidup lebih awal dari adik beradik saya.
7. Bila kali terakhir anda menangis? Sebab?
Jawapan : Tahun 2012 sebab tertekan memandangkan gagal memandu dengan baik walaupun dah 16 jam belajar memandu. Cikgu memandu marah sebab dia ajar tak dapat dapat. Ibu dan ayah pun marah sebab membazir duit walaupun duit tu duit sendiri hasil mengajar tuisyen.
8. Siapakah penulis kegemaran anda dan sila cadangkan satu penulisannya yang dibaca?
Jawapan : S. H. Alattas dan buku yang saya cadangkan adalah 'MH370 Hilang, Ke Mana Najib Nak Menghilang?'
9. Apa pandangan anda tentang manusia yang tiada keyakinan diri?
Jawapan : Allah itu Maha Adil dan dia tidak jadikan manusia itu sama semuanya. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing masing. Manusia yang tiada keyakinan diri ini sebenarnya tidak jumpa satu sumber yang boleh memberi keyakinan kepada dirinya untuk melakukan sesuatu. Jika dia sudah jumpa, saya yakin dia pasti akan ada keyakinan diri itu.
10. Apa barang yang anda suka kumpul dan kenapa? Berapa banyak yang telah dikumpul?
Jawapan : Barang yang saya suka kumpul adalah buku dan buku saya banyaknya dalam satu rak kecil. Rasanya lebih 50 buah buku ada dalam rak tu.
11. Ceritakan insiden seram yang pernah anda atau orang terdekat anda lalui?
Jawapan : Masa saya kecil dahulu, makcik saya pernah ajak masak maggi kat dapur. Masa tengah masak maggi tu, kami berbual bual kosong dengan rancaknya. Tiba tiba makcik saya berlari ke ruang tamu dan saya yang tengah terkejut pun terus lari ikut dia. Kemudian nenek saya yang ada kat ruang tamu tu tanya, kenapa lari lari ni? Makcik saya cakap ada orang ketuk dinding dapur lepas tu cakap "HOI!" Lepas tu nenek saya terpaksa teman kami masak maggi kat dapur. Siapa ketuk? Tak tahu! Mungkin orang dan mungkin hantu sebab masa tu dah pukul 12 tengah malam!
Tamatlah sudah cabaran Liebster Award yang yang ditag oleh MZ ni. Saya dah tak tag orang lain sebab saya malas! hahaha.
tahniah :) template blog kita sama . hehee
BalasPadamjawapan jujur. tahniah :)
BalasPadamJawapan no 11 tu agak seram.
BalasPadamTerima kasih menjawab... haahhahahaha... jadi ke makan maggi tu?? Ke dah kena curi dengan tukang ketuk dinding dapur tu?
BalasPadamNo.7 - duit hasil mengajar tuition?
BalasPadamMasa tu umo berapa?