Sudah ramai sebenarnya orang yang terkena penyakit darah
tinggi terutama golongan yang sudah berusia. Tahukah anda apakah itu penyakit
darah tinggi? Bagaimana penyakit ini boleh berlaku? Bagaimana mahu merawat
penyakit ini? Jangan khuatir kerana saya akan menerangkan satu persatu kepada
anda berkenaan penyakit ini. Jadi saya harap anda dapat membaca rencana ini
sampai habis.
Apa itu penyakit darah tinggi
Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai
hipertensi merupakan satu penyakit kardiovaskular yang biasa. Tekanan darah
merujuk kepada daya darah tersebut menolak ke arah dinding arteri sehingga
darah mengisi arteri dalam kapasiti tertentu. Jika darah mempunyai tekanan yang
terlalu tinggi ketika mengisi arteri tersebut, arteri boleh terancam dan
membawa kepada keadann yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung atau
strok.
sumber : Google |
Punca penyakit darah tinggi
Sekarang saya akan menerangkan punca punca seseorang itu
boleh terkena penyakit darah tinggi. Antara punca punca penyakit ini adalah
keturunan. Jika ada dalam ahli keluarga anda yang pernah mengidap penyakit ini,
anda juga mungkin boleh terkena penyakit yang sama. Selalu benar kita dengar
bahawa orang yang terkena penyakit ini adalah golongan yang berusia. Fakta ini
memang tepat sekali kerana hasil kajian menunjukkan orang yang berusia 55 tahun
ke atas mudah untuk terkena penyakit ini.
Selain itu juga, berat badan berlebihan merupakan antara
punca seseorang itu mudah terkena penyakit ini lebih lebih lagi apabila anda
jarang bersenam. Oleh sebab itu, bersenam sangat sangat digalakkan bukan sahaja
untuk mendapatkan berat badan yang ideal malah untuk mengelak dari terkena
penyakit ini juga.
Faktor pemakanan juga menjadi punca kepada peningkatan
orang yang terkena penyakit ini. Saya nasihatkan anda supaya kurangkan makan
makanan yang mempunyai lemak tepu dan garam yang tinggi.
Cara mengawal penyakit darah tinggi
Menurut pakar kesihatan terkemuka, Kevin Zahri, antara
cara untuk mengawal penyakit ini adalah seseorang itu perlu mengurangkan berat
badan. Berat badan yang berlebihan sangat tidak baik sebenarnya untuk
kesihatan. Selain itu, seseorang itu perlu bersenam dengan kerap. Kevin Zahri
mencadangkan agar seseorang itu perlu bersenam selama 30 hingga 45 minit pada
hari minggu atau 3@4 kali seminggu.
Seseorang itu juga perlu mengurangkan pengambilan garam.
Kevin mencadangkan agar seseorang itu hanya boleh mengambil garam sebanyak 2.3
gram sehari sahaja! Garam yang berlebihan di dalam badan adalah tidak baik
sebenarnya untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang tahu merokok membahayakan
kesihatan bukan? Mengapa? Ini kerana kesan nikotin rokok dapat meningkatkan
tekanan darah sehingga 10 mm Hg sejam! Oleh itu, kepada mana mana perokok
tegar, sila berhenti sekarang! Seseorang itu juga perlu membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala untuk memeriksa tekanan darah anda. Jika doktor
mengesahkan tekanan darah anda terlalu tinggi, anda boleh mengambil langkah
pencegahan pada peringkat awal.
Pengurusan stress atau tekanan yang betul sangat
diperlukan. Sebab itulah mengapa penyakit darah tinggi ini dikaitkan dengan
stress. Orang yang kerap stress mudah untuk menerima penyakit ini. Oleh itu, cuba elakkan
dari mengalami stress yang berpanjangan. Selain itu, mengamalkan diet yang
sihat juga penting untuk mencegah dan mengawal penyakit ini. Anda perlu
kurangkan makanan yang berlemak, bergula dan berminyak sebaliknya lebihkan
memakan makanan yang mempunyai vitamin dan serat yang tinggi seperti sayur
sayuran dan buah buahan.
Cara mengawal dan mencegah penyakit darah tinggi dengan Shaklee
Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya menyarankan anda
untuk mengambil produk Vivix Liquid Dietary Supplement untuk mencegah dan merawat penyakit ini. Bahan bahan berkhasiat
yang ada di dalam produk ini mampu untuk merendahkan tekanan darah. Produk ini
sangat bagus sebenarnya bagi mereka yang mahu mengawal penyakit ini dari terus
berlarutan. Produk ini bukan sahaja mampu untuk merendahkan tekanan darah,
tetapi juga dapat mengurangkan arthritis, mengurangkan rambut beruban, mencegah
masalah prostate, mencegah kanser dan banyak lagi kegunaan produk produk yang
lain.
Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh
menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/telegram/whatsapp : 012 9772806
PM FB : Muhammad Nurhaziq
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala
Lumpur , Keramat dan Bangi (Seksyen 14 Terang Jernang sahaja) dan
seluruh Malaysia .
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.